5.30.2009

Episod 3: Kemanakah kau menghilang.

k

Penulis nak berterus terang. Penulis tak tahu nak buat apa. Laptop dah lama menghilang. Facebook pun menjauh. Setakat pinjam desktop abang dengan desktop rumah. Yes. Laptop penulis hilang. HILANG. HILANG. Ini gara-gara penulis sendiri yang leka dan juga sedang seronok untuk pulang ke rumah di Kedah.

Malam sabtu tu menjanjikan seribu perasaan yang bercampur baur. Nak balik rumah mestilah happy. Tapi kalau dah kehilangan barang tersayang, penulis pun tak boleh nak buat macam mana tapi sabar.

Begini hendak diceritakan. Penulis nak menggunakan kata nama ganti diri "aku" akibat terlalu beremosi dan juga marah.

Aku mahu pulang. Aku plan dengan seorang kawan, janjinya pukul 8.30 malam mahu turun dan dapatkan teksi. Turunlah aku dahulu, menuggu kawan aku yang kemudiannya turun beberapa minit kemudian. Ambil teksi di hadapan casa.

Sekilas pandang pak cik india ini, aku dah tahu. Muka memang crooked. Crooked ini dikatakan sama dengan muka Captain Hook dalam cerita Peter Pan. Malah mungkin sama, sebab misai dia lebih kurang dengan villain-villain cerita hindustan. Kami cuba haggle the price down, tapi pak cik yang serupa Captain Hook tu cuba mempertahankan harga yang ditawarkannya. Kami mengalah, malas mahu bertekak lebih-lebih. Aku tinggalkan bag laptop aku bersama sweater di tempat duduk belakang.

Sampai dekat stesen Shah Alam, aku seronok. Yelah, lagi 1 jam, aku nak naik bas. Aku keluar. Pakcik tu keluarkan semua barang dari kereta, KECUALI bag laptop aku. Dia buat-buat lupa rasanya. Aku pun terlupa jugak. Tapi yang pasti, dia memang kelam kabut, seperti mahu ke tempat lain. Aku 5 saat selepas itu baru tersedar bahawa bag laptop aku tidak digalas di belakang.

Benda dah nak jadi. Aku tercangang. Nak report polis, aku tak tahu nombor plate, muka pak cik Captain Hook tu aku tak berapa cam. Aku tak tahu nak kata apa.

5 hari dah berlalu. Tiada berita. Susah nak cari manusia yang baik hati sekarang. :(

Photobucket

5.29.2009

Episod 2: Cuti-cuti, jalan-jalan, ke Terengganu jua…

Selamat tinggal oh sayang~♪
Selamat tinggal oh sayang~♫
Mungkin jua ia untuk selamanya~♫

Tetiba lirik ini bermain di minda penulis. Dipikirkan kembali, lagu ni wujud ke tak sebenarnya. Runsing pun ada. Pening pikirkan balik masalah yang timbul. Semak balik punca, salahnya pasti sudah termaktub.

Aduh, pening. Gusar. Penulis kurang tidur. Banyak sangat memikirkan segala-galanya. Walaupun dah selesai, tapi masih rasa bersalah. :S

Benda dah nak jadi.

By the way, I’m away to Terengganu for nearly a week. Don’t miss me. :P

5.23.2009

Episod 1: Bila cuti datang bertandang.

Okay. Exam is already out. Finish. Tamat. Bukan untuk selamanya. Penulis tahulah yang itu. Mana mungkin kalau exam tamat sebegitu sahaja. Penulis rasa, setiap hari kita diberi ujian. Tak Tapi itu bukan persoalannya. Sekarang dah cuti.

Ada apa-apa cadangan tak? Penulis nak pergi Terengganu lagi. Nasib baik Terengganu tu ada pantai tau, kalau tak penulis mati kempunan tempat untuk berlibur.

Tapi tak sabar nak balik jumpa mak ayah, adik-beradik dengan anak-anak saudara penulis.

Hari tu call Ayah, pastu mintak nak cakap dengan Ain.

“Hello, Ain~~!” suara merdu penulis berbunyi. (perasan)

“Pak Chu!” Ain berkata macam ala-ala “Pikachu!”

“Ain buat apa?” suara merdu penulis berbunyi lagi. (perasan lagi)

“Pak Chu, nacik!” Ain berkata.

Dia mintak dekat penulis nasik semasa cakap telefon. Gelak guling lah penulis atas katil. (Jangan sesekali bertanya muat ke tidak katil tu untuk penulis bergolek mahu pun berguling-guling.)

Rindu pulak rasanya.

Tengah-tengah boring nih, penulis colour-colourlah koleksi manga yang ada.

Dari yang ini:

01hinata

Hinggalah jadi yang ini:

hinata Antara karakter-karakter manga, penulis paling suka Hinata. Dia jer yang tak suka dekat Sasuke. Sasuke tu dah bosan penulis tengok. Naruto lagi menarik dari Sasuke. Hinata memang bukan gadis typical macam Sakura, Ino, atau Karin.

Apa kata penulis pulak jadi Naruto :P

P/s: Hinata dengan Naruto. Cute jugak.

5.21.2009

No boundaries.




He really deserves to win. Enough said. I might buy his album too. :)

Photobucket

5.17.2009

Antara zombie, tumbuhan dan pelajaran.

Inilah. Kalau dah ada laptop depan mata. Buku-buku pun dah jatuh dari genggaman tangan. Jatuh. Terbiar. Hanya mampu melihat sedih. Abaikan perasaan sedih. Renung skrin putih. Senyum terukir kembali. Penulis ketagihan. Ketagihan ini mungkinkah akan terubat jua nanti? Ketagihan ini memakan diri.

Penulis. Dengan tulusnya mengaku. Penulis ketagihan.

Penulis ketagihan facebook. I’m a facebookholic. Enough said. (Ghani, 2009)

Tak kisahlah. Janji facebook ni dah melepaskan gian penulis yang dahulunya ketagihan myspace dan facebook. Haha.

Sekarang terjumpa mainan baru. Seronok. Unique sangat. Pernah terlintas guna tumbuh-tumbuhan untuk melawan yang mati hidup kembali, zombie?

preview

Penulis suka gila. Apa-apa yang related dgn zombies memang taste penulis. Tak kisah la kalau kiut-miut cenggini pun. Janji ada benda boleh ditembak. Penulis tekad nak main habis-habis lepas exam. Oh, tapi sudah buat janji nak main left 4 dead ramai-ramai dekat bawah.

Semua orang dijemput yah?

P/s: Datanglah. Penulis nak dua senapang semi-automatic. Hebat. Hebat.

5.13.2009

Erm, jangan cuba mula dengan aku, aku boleh gigit!

Penulis paling tak suka kalau stay back dekat Taylor’s. Tambah-tambah lagi bila stayback and time nak berangkat dari library taylor’s.. mesti terlepas bas. Penulis pening dengan jadual bas. Takde yang ikut betul-betul pun. Abang “Botak kononnya Macho” tu pun dah jarang muncul. Kalau dia ada, bas-bas tu bukan main lagi ikut jadual….kalau boleh siap sampai awal dari jadual lagi. Kalau hilang je mamat botak tu.. terus tak boleh pakai jadual.

Complain?!

Penulis malas dah nak complain. Nanti kena cop budak tak reti nak bersyukur pulak asyik-asyik complain. Takde muka lain dah nak complain. Kalau complain pun, in the end benda tu jadi balik. Hampeh sungguh pemandu-pemandu itu.

Satu lagi penulis tak suka.

PETALUMA, CA - JUNE 20:  A Chihuahua named Elwood sits with his tongue out before the start of the 20th Annual Ugliest Dog Competition June 20, 2008 at the Sonoma-Marin Fair in Petaluma, California. Owners of ugly dogs travel to Petaluma from all over the country to participate in the annual contest.  (Photo by Justin Sullivan/Getty Images)

Anjing-anjing milik tuan yang tak reti nak jaga anjing-anjing masing-masing. Tuan yang tahu bela tapi tak reti nak jaga. Menyampah setiap kali penulis tengok tuan anjing sebegitu. Tuan-tuan tu pun macam anjing. Tak reti nak jaga anjing, kenapa mau dibela anjing-anjing?!! Gila!

Sebab?

Penulis hampir dikejar anjing-anjing yang separuh kelaparan. Mulanya macam lagak mesra cuba main-main kejar dengan penulis. Ingat penulis akan terpedaya. Jangan harap! Penulis ANTI-ANJING! Tuan dia ada. Mula-mula buat-buat tak nampak. Pastu, anjing-anjingnya membuat bising, lalu menarik perhatian orang ramai. Baru dia nak marah anjing-anjingnya.

TAK BERTANGGUNGJAWAB!!

Jangan bela anjing kalau tak reti nak urus anjing. Anjing kau tu menggelikan okay? Penulis rasa macam nak sepak je sekor-sekor. Tapi dipikirkan harus samak selepas itu membatalkan segala niat.

Perasaan?

Sangat geram dan seperti telah dinodai.

Penulis ada hak untuk berasa selamat ketika berjalan-jalan atau bercanda-ria di jalan awam.

P/s: Anjing-anjing tu. Jangan kasi penulis guna racun tikus.

5.10.2009

Ini bukan hari-hari biasa.

Penulis panggil ibu penulis sebagai Mak. Takde perkataan lain yang penulis gunakan nak panggil ibu kesayangan penulis. Sayang? Memang tak terkira. Mesti sayang ibu penulis kepada penulis lagi besar dan bermakna, tapi takde yang mampu menggantikan dia.

mamaday

Ala, yang baju kuning tu. Mestilah ibuku yang penyanyang. Takkan yang berjanggut itu pulak.

Warkah buat Ibu,

Mak, Adik nak kata suatu benda yang mungkin jarang adik cakap lately.Adik sayang Mak. Okay. Tiap kali adik call, kalau mak jawab mesti tanya…

Nak duit ke? Tak cukup duit ke?

Tahu. Adik memang selalu menyusahkan mak. Tapi kalau nak tanya khabar, mesti mak tanya yang tu dulu. Nampak sangat adik ni banyak menyusahkan mak, kan?

Tapi adik janji. This will be the last year I will ever menyusahkan Mak. And adik janji, 5A ni untuk Mak yang selalu medoakan kejayaan adik. Muahx3!

Janji ini untuk Mak! Doakan adik yah!

Selamat Hari Ibu.

P/s: Sila abaikan penggunaan “adik” di sini ya. Cuma anak dengan Mak je boleh pakai adik-adik nih.

5.07.2009

Jika kau ingin tahu.

Pulas. Pulas lagi. Tak cukup kuat, gigit saja. Gigit pun tak jadi jugak. Hai, kau ni manusia ke ape nih? –nota 1-

Pusing-pusing. Pening. Sekejap. Letih. Sambung Pusing-Pusing. Pening balik. Tidur terus. –nota 2-

Laju, belok kiri, belok kanan. Erat pegang-pegang. Jatuh kena giling. Taknak aku, Balik tetap awal. Laju sangat ke, angin je tu? –nota 3-

Basah hidung. Mulut yang buka. Tersentap satu badan. Terkejut. Punat telinga mangsa. Isy. Sejarah hitam terbukak kembali. Habislah. –nota 4-

Sekejap 10, peluh pikir-pikir. Sekarang 5, nak lanjut ke tak? –nota 5-

5.03.2009

Jalan-jalan, cari keletihan.

Letih nak mati. Letih macam nak tercabut kaki penulis pun ada. Cabut pastu letak dekat rak kasut suruh kaki tu rehat elok-elok. Biarlah camne pun kaki penulis nak kena rehat elok-elok. Letihlah jalan-jalan dengan kawan-kawan. Huhu. Apa-pun masih best juga.

Besar, tapi hiasan dalaman boleh tahan je.

Kami bertolak bukan mainlah awal. 'Tak mahu kesesakan dan kelambatan' mengikut kata si Cik Izyan kita. Okay, penulis layan. Bangun awal bukan masalah sangat pun. Janji dapat pergi usha-usha One Utama tu. Yelah, tanya kawan A, cakap best. Tanya kawan B, cakap okay-okay. Tanya kawan C... 'O.U apa weh?'. -_-" Ada yang tak tahu jugak rupanya. Takpalah.. kau pun bukan orang Key-Ell pun. Huhu. Penulis pun tak juga.

Tak nak cerita modus perjalanan, nanti blog penuh dengan coretan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah perjalanannya.

Sampai sahaja di sana, angin membuai-buai menyelak bersih rambut. (Yolah tu...) Penulis ikut je diorang. Mana tahu jalan dekat area baru. Turns out to be, semua orang baru datang. Cuma Radzi je second time kut datang. Adeh, tempat punya besar, tapi dalam macam shopping mall biasa-biasa je. Jalan, ya ampun, berbelit-belit. Tapi yang heran... jalan nak ke kaunter pertanyaan tak pulak susah nak carik.

Pergi Toy's R Us selepas makan di food court and then gi TGV's untuk tengok cerita "Tak Dijemput pun, Sape suruh kau datang?" di translate kepada, "The Uninvited". Cerita dia separa-separa. Takdelah dasat sangat mahupun bohsan sangat. Bolehlah dijadikan cerita. Tapi dia comel lah pelakon tu. Terlalu comel untuk dikategorikan sebagai seorang yang sakit jiwanya.

See what I mean? Yang kiri tu. Yang kanan okay juga.

Dekat Toy's R Us, kitorang dah macam bebudak dah. Mengalahkan kanak-kanak yang datang nak shopping. Mau taknya nak rambang mata. Macam masuk kedai coklat, pastu dapat makan coklat free. Tapi takdelah kitorang dapat barang free, cuma dapatlah tekan-tekan sini sana. Adalah yang taksub sikit. Macam budak-budak. Haha. Taknak tunjuk gamba, karang kena attack.



Hurm, nothing much except after that pergi main-main Iphone dekat Apple center. Mau tak bengang muka-muka orang lain duk nampak tiga makhluk lain duk main-main dengan Iphone tu macam diorang punya je. Mau tak kami tak main. Iphone tu terpampang depan mata. Mestilah mahu main-main. Kalau best, mungkin ada yang mahu beli? Hurm?

Balik Subang dah nak dekat malam. Nyanyi-nyanyi dekat belakang bus mini buat sengal. Cukup gila. Haha.

P/s: Bulan malap, camne nak nampak bintang?


Photobucket