Mari dekat screen sini. Penulis nak mengaku. Pengakuan yang sesungguhnya tak langsung mengaibkan. Apa nak malu?
Pakai minyak wangi Perfume Generics inspired by Eternity salah ker?
Baju BUM putih campur hitam yang tidak pernah dipakai ke mana-mana salah ker?
Penulis pun nak melaram. Bukan selalu dapat melaram. Selalu malas-malas saja ke kolej. Bukan ada benda sangat pun kan dekat kolej?
Penulis cukup suka bauan yang ini. Kalau-kalau rajin nak hadiahkan, belilah yang ini. Baunya sangat sedap. Tak terlalu kuat, dan ringan lagi bersahaja. Kalaulah semua komputer sekarang sangat maju, sampai boleh keluarkan bau sekali, pasti memang tercalit dekat seluruh pelusuk blog ni.
Macam-macamlah mereka. Bukan marah. Cuma sahaja nak memberitahu.
Itulah gunanya kawan. Sakat-menyakat. Sambil-sambil itu semua pun bergelak ketawa. :)

