1.31.2009

Letih dan sakit.

Penulis balik lambat ke Kedah atas beberapa perkara. Kawan-kawan baik penulis mahu keluar jalan-jalan bersama, jadi penulis terpaksa tangguhkan perjalanan pulang ke Kedah. Hmm, berbaloi atau tidak? Sangat berbaloi! Mungkin tidaklah berbaloi yang sangat-sangat berbaloi, tapi ya, sememangnya berbaloi. Aiman dan Izzat ajak menonton wayang tengah malam. Kalau ikutkan hati, penulis sebenarnya tidak mahu. Tak sukalah tempat gelap dan tertutup. Bukan fobia, cuma tak selesalah. Tapi oleh sebab terlalu lama tidak berjumpa, haruslah mengalah.

Malam pertama: KLCC
Wayang ditonton: Underworld 3 : Rise of The Lycans



Pendapat? Sangat menarik penceritaannya. Penulis sangat meminati cara dan gaya para vampires berlawan. Sangat aristrokat. Sangat elegan. Sangat bergaya. Lycans? Ganas. Itu saja penulis mampu terangkan. Filem ini adalah prequel kepada Underworld 1 dan 2. Tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana masih ada yang degil membawa anak-anak masuk untuk menonton wayang. Gilakah mereka? Cara watak-watak dalam filem ini berlawan tersangatlah ganas.

Malam Kedua: Midvalley Megamall
Wayang ditonton: Inkheart



Filem ini memang dinanti-nantikan penulis. Sebabnya penulis telah lama mebaca buku ini dan telah lama menunggu untuk filemnya ditayangkan. Mungkin ada beberapa bahagian di dalam buku susah untuk dibayangkan. Melalui filem ini, beberapa bahagian tersebut sudah terjawab. Penceritaan yang menarik dan sangat teliti penceritaannya di sesuatu bahagian, terutamanya apabila Mo membaca buku kepada geng kongsi gelap rekaan. Haha.

Kemudian Irfan datang ke Subang. Banyak benda yang berlaku. Sangat-sangat menyeronokkan. Nak tahu? Tanyalah Irfan. Sukanya dapat berjumpa dengan "orang" di Summit! Hehe :P

P/s:
Balik rumah, sakit kaki pulak. Dah okay dah sikit. :)

1.21.2009

Roh yang terkunci.

Cubalah lari, walaupun terkunci,
roh itu mahu bebas, tanpa batas,
ikatlah kaki jasadnya, tetap bebas merasa,

lihatlah matanya mampu, arahan si minda, ia taat terkedu,
kaki jauh melangkah, si roh dihindari, permintaannya salah.

jasad melaksanakan perintah, jangan berhenti,
berhentilah!, roh meronta-ronta, kebebasannya dicabuli.
roh mahu melawan jasadkah?
menang, kalah, kanan langkah, kiri langkah.

tapi logik minda merajai segala persoalan,
tak perlu semua tahu, cukup sudah sekadar ingatan,
si roh melangkah, tersentak lambat sudah,
semua tahu yang apa berlaku sudah berbuah,
walaupun terpaksa memilih terbaik ada,
pastinya hanya tangkai si roh merasa.

hambar sudah,
pergilah sudah,
jangan ketawa menghina,
si roh bukannya sempurna.

------------Opportunity Cost------------
lari ke destinasi atau duduk bersembang?
sudah dipilih.
------------------------------------------

1.17.2009

Ayat-Ayat Cintan

Penulis menulis ini setelah kawan baik penulis beredar dari bilik penulis. Bukannya apa, sebab semasa penulis sedang mandi, dia sedang menggunakan laptop penulis. Sekembalinya dari bilik mandi, penulis dapati tiada orang di bilik. Mungkin teman baik penulis sudah pergi. Dia pun ada temu janji dengan seseorang malam ini. Penulis mendapatkan laptop. Seperti yang telah diagak, ada ayat-ayat cintan yang ditinggalkan. Bukan untuk penulis yah. Nanti ada pulak yang salah anggap. Hehe :) Tetapi untuk seseorang itu.

Untuk teman penulis;

"Aku tahu."

Cukuplah. Penulis tahu, malah sudah menghafal madah-madah mereka. Biarlah mereka bahagia. Penulis hanya boleh mendoakan kebahagiaan mereka dan minta dijauhkan dari maksiat dan kemungkaran.

Sekarang Mr. Ang, teman serumah penulis bising-bising dan mula merungut. Tanda protes mungkin. Dia protes dan membantah sekeras-kerasnya akan tindakan penulis mengajaknya makan malam di tingkat 1. Katanya bosan terpaksa melapah makanan yang sama setiap hari. Penulis sebenarnya tak ambik pusing langsung pasal makanan. Mungkin kalau ada makanan laut selain ikan akan menyebabkan penulis rungsing, tetapi penulis tetap tidak bising.

"Takpelah, Anggum. Makan Mydinlah!"

Okay, Mydin baik kau jangan sesak.

Bagus sangatlah tu.

Penulis tak tahu kenapa, dan pastinya penulis mahu tahu kenapa. Kenapa remaja sekarang suka-suka nak mencarut tanpa sebab, dan suka mengeluarkan perkataan kotor dari kolonialist terkenal itu? Mungkin lama sangat dijajah, kita mula terikut-ikut dengan apa yang mereka telah terapkan suatu masa dahulu. Tapi yang diterapkan kepada bukanlah anak remaja, tapi orang dewasa yang mampu berfikir baik buruknya sesuatu. Penulis hairan, kenapa remaja yang terjebak? Kurang didikankah? Atau terlebih perhatiankah? Pelik. Itulah penulis mampu fikirkan. Pelik sungguh. Kenapa mereka mudah melafazkan ayat-ayat "lakhnat" itu dari melafazkan ayat-ayat yang baik lagi elok?



Penulis berfikir dan mendapat satu idea "Bagus sangatlah tu".

Mungkinlah, mungkin mereka ini berfikiran dengan dapat mencarut-carut, memaki-hamun, mencaci-caci, dan mengeluarkan kata-kata kesat, mereka akan kelihatan lebih cool atau bagus daripada remaja lain. Kenapa dengan memaki-hamun dapat merasakan dirinya lebih bagus? Penulis pun hairan. Tetapi penulis rasakan, jika mereka dapat melakukan sesuatu yang lain dari yang lain, mereka akan dianggap hebat di mata masyarakat. Masyarakat yang terpesong hatinya dan pandangan mata, mungkin ya, tetapi kalau masyarkat yang bertamadun fikirannya dan mengikuti sepenuhnya ajaran Islam, mungkin tidak sama-sekali. Penulis sendiri membenci perkataan sebegitu, tetapi penulis hanyalah manusia. Kadang-kadang terlepas dari mulut ini. Penulis hanya mengeluarkan perkataan-perkataan sebegitu kepada diri sendiri, mungkin selepas penulis melakukan kecuaian. Tidak pernah pula terlintas di pemikiran penulis untuk memaki-hamun manusia lain. Penulis bukannya Tuhan maha Kuasa, bukannya ada hak untuk melaknat seseorang.

Sesama manusia, kita patut tahu lebih isi hati masing-masing, dan pastinya penulis tidak suka dicaci-maki oleh orang lain yang belum tentu layak untuk mengkritik hal ehwal penulis. Sesama manusia haruslah menjaga hati dan perasaan orang lain. Janganlah main ikut sedap mulut untuk berkata-kata. Allah S.W.T sudah kurniakan otak dengan akal fikiran lagi. Mengapa persiakan pemberian-Nya? Rugilah, tidak digunakan sebaik-baiknya. Apa kata, gunakan akal fikiran, dan fikir sebelum mahu berkata-kata. Penulis bukan mahu mengajar orang ramai untuk berhipokrit. Tetapi, apakah salahnya menjaga hati dan perasaan orang lain. Penulis ingat lagi kata-kata Ustazah penulis ketika di Tingkatan 3.

"Kalau mahu hati dan perasaan dijaga, mula-mula, kita mestilah menjaga hati dan perasaan orang lain,"

Susahkah sebenarnya mahu menjaga perasaan orang lain? Tidak kan?

Sudahlah pasal remaja sekarang. Yang pastinya penulis dapat bersalam dengan Pak Lah, ya perdana menteri kita sekarang itu. Semalam, beberapa rakan penulis, A'kak dengan "Wahida" (perlu bunyikan syahdu yang perlu) telah menghadiri pelancaran "Kempen Belilah Barangan Malaysia" Memetik ucapan Pak Lah:

"Seharusnya kita mencuba dahulu. Cuba dulu, baru kita tahu." - Pak Lah of PM Malaysia.

Rasanya, ada kebenaran dalam apa yang Pak Lah cuba sampaikan. Kita mestilah mencuba dulu dalam apa-apa perkara (yang jahat janganlah dicuba-cuba, takut dicoba pulak) barulah kita tahu apakah kebaikan dan keburukannya. Seperti membeli barangan Malaysia, ramai yang berfikiran stereotaip bahawa, produk Malaysia tidak setanding dengan barangan yang diimport lain. Sebenarnya, penulis berfikiran begitu dahulu. Mungkin dikaburi dengan pengiklanan secara mega oleh syarikat-syarikat ternama itu. Tetapi, pernah suatu ketika, ayah penulis membeli televisyen jenama Khind, dan sampai sekarang masih elok lagi digunakan. Dan terlintas di hati penulis, "Produk Malaysia taklah teruk sangat seperti yang orang sangka.".

Apa-apa pun, semalam kami kenyang. Penulis merasa itu dan ini. Sedaplah perusahaan biotek Malaysia. Tak sangka sungguh penulis. Tetapi seronok lagi berjalan-jalan dengan meraka yang memahami. Dan paling muka tak malu, sudah tentulah "Wahida". Adakah patut suruh penulis mintak banyak-banyak Laksa Shack?

P/s: Belilah barangan Malaysia.

1.14.2009

Realiti selalunya indah ke?

"Mesti mahu maju!"
"Aku sudah berazam."
"Mana boleh stop-stop lagi."
"Mana boleh rehat lama-lama."
"Nanti kalau aku rehat, mesti aku jadi malas balik."

Pernah tak ada persaaan macamtu? Darah adrenalin remaja zaman sekarang la katakan. Kalau berhenti walaupun hanya seketika mesti rasa nak berhenti buat selama-lamanya. Tapi kes ini berlainan bagi mereka yang ingin memberhentikan ketegihan. Nama pun ketagihan. Kalau tak, senanglah nak berhenti kan? Tapi begitulah hidup, bukannya selalu cerah pun. Kadang-kadang mendung. Kadang-kadang pula hujan rintik, tup tap pulak, lebat jadinya. Aku pandang kehidupan sebagai hadiah yang berkotak-kotak di mana kotak-kotak itu mewakili sehari dalam hidup aku. Aku seronok menanti hari esok, ya lah, sebab esok, tiada siapa yang tahu melainkan Tuhan. Macam buka hadiah daripada kawan-kawan, macam tulah seronoknya aku menanti hari esok.

Banyak hari dah berlalu, dan aku buat banyak aktiviti. Tapi malas sangatlah nak post gambar-gambar. Mungkin aku memberontak seorang diri, kerana kamera yang digunakan bukan sehebat kamera mereka-mereka yang selalu tangkap gambar dan post di blog masing-masing. Nak post ke tak sudah menjadi persoalan. Tulah, mula jadi malas balik, baru semalam je nak semangat-semangat gila-gila nak dapat high TER. Hari ni, jadi pemalas balik. Adeh, kalau ada ubat penguat semangat, memang aku telan 2-3 biji dah setiap hari. Malas nak tulis pun ada jugak. Hehe. Nak kamera canggih-canggih boleh? :P

P/s: Lain kali jangan jerit KEDAHMAN kuat-kuat. Bocor rahsia.

1.11.2009

Bila itu Bila?


Semua orang berubah. Itu hakikat. Hakikat yang tidak dapat disekat kebenarannya. Kalau mahu berubah, salahkah? Ikutlah apa yang kau berubah menjadi. Kau nak jadi baik? Aku galakkan dengan penuh sokongan padu lagi mantap. Kau nak jadi kurang baik? Itu terpulang pada engkau. Pastinya, aku bukan di belakang kau untuk menyokong, kerana aku akan ditepi untuk menegurmu. Kadang-kadang, pernahkah kamu semua duduk sejenak memikirkan betapa khilafnya diri ini di muka bumi milik Sang Pencipta?

Mungkin akan ada yang berkata:

"Chom tu kan, dia kan sok sek sok sek."
"A'ah la, aritu dia pun
sok sek sok sek."

Aku tahu. Aku bukan perfect. Malah perkataan itu jauh dari hidup aku. Dan semestinya bukan aku mahu menjadi perfect, dan pastinya aku mahu merubah. Lebih baik. Aku melihat sekeliling, dan pastinya bukan suatu pandangan yang aku cari-cari. Aku tahu aku dulu macam tu. sok sek (define sendiri, penulis tiada tahu apakah perkara yang dicakapkan). Salahkah aku mahu terus menjadi seorang yang lebih baik? Bukan mahu mengatakan bahawa aku tiada pernah beribadah kepada-Nya, tetapi aku fikir, apa yang aku buat masih belum dikatakan seseorang yang betul-betul memeluk Islam secara sedalam-dalamnya. Setakat solat lima waktu, membaca Al-Quran, dan berpuasa belum tentu dikira sebagai seorang Muslim yang berjaya dunia dan akhirat. Semuanya harus aku ucapkan terima kasih kepada Abang aku. Kalau dia tak ada semasa aku balik cuti tahun lepas, mesti aku masih di takuk yang lama. Masih kabur pandangan mata. Masih tergapai-gapai, walau jalan sudah terbentang dan lurus pula laluannya.

Aku pasti akan ada mereka-mereka yang mahu berkata-kata. Tapi aku tidak salahkan mereka. Mereka punya mulut. Aku tiada kuasa ke atas mulut-mulut mereka. Yang aku pasti, kalau aku berubah, aku akan pasti merasa ketenangan. Maafkan aku jikalau susah difahami. Maafkan aku jika ini terlalu segera. Tapi bila itu bila? Bila mahu berubah kearah kebaikan? Bila? 1 hari? 2 Bulan? 3 Tahun? Jangan tangguh lama-lama sebab kita tak tahu bila kita akan pergi. Hidup mati semua di tangan Tuhan. Aku tak mahu tunggu lagi. Aku malu dengan Abang aku. Aku malu dengan mereka yang elok budi pekertinya. Dan aku paling malu dengan Allah S.W.T.

Aku akan cuba sedaya upaya yang aku mampu untuk terus berubah, sebab perubahan itu akan tetap terus berlaku walaupun ia sekecil-kecil kuman. Tuhan maha kuasa. Allahuakbar.

P/s: Parking lot itu sangat kecil. Haish. Kamu.Stereotaip la sangat.

1.10.2009

Tangisan 1 Liter

Pernah dengar pasal '1 Litre of Tears" atau dalam bahasa Jepun, "1 Litre No Namida"? Sebenarnya, pernah terdengar seorang kawan menyebut-nyebut pasal suatu kisah drama yang sangat menyedihkan. Jadi, tergeraklah hati kecil ini, hendak google akan perkara tersebut. Apa yang terjumpa sangatlah mengejutkan.


Rupa-rupanya, "1 Litre of Tears" itu adalah drama yang diadaptasikan dari sebuah buku atau novel sebenar yang ditulis oleh penulis yang menulis perihalnya sendiri. Apa yang betul-betul menyayat hati aku adalah, penulis membuat diari atau catatan harian tentang dirinya, sejak dia menghidapi penyakit itu ketika dia berumur 14-15 tahun, sehinggalah 10 tahun yang akan datang. Rasa sangat-sangat nak tonton cerita ini.

Jadi, kamu atau kamu. Ada tak CD cerita ini?

P/s: Nik, takkan takdak kot?

By the way, aku telah buat another blog in tumblr, untuk English purposes. So, kalau hendak check, silalah.

1.08.2009

Little Liars

Spending the rest of the evening,
Looking back to see the pen,
Nothing's there, nothing to be seen,
Wish it wasn't late to mend.

The Sun is coming, everyone's laughing,
Left open the window pane,
Now the moon came, everyone's judging,
It's all back down the lane.

Little, little steps that you took away,
Though it's little, hearts are going to sway,
I'm just loosing my parade,
They're just looking for thier faith.

Like little, little liars,
Like little, little kids,
with Popsicle in the back of their hands.
Wishing hard to comprehend, but it'll never do.

1.06.2009

Moon on The Water



Okay, di sini ada video seorang rakan, sehabat handai yang sangat-sangat-sangat teruja nak menang RM 5000. So, tolong undi eh?

Send 'UOX VOTE 0058' to 33334

Macam Akademi Fantasia la pulak.

P/s: Serius, aku tak tahu pulak Usop seroang yang berjiwa romantis.

1.02.2009

Kura-kura loncat!

Wehhhh~!! Kawan aku ada buat blog baru! Aku nak hebohkan kat semua orang! Orangnya boleh tahan, masih muda dan memiliki ciri-ciri wanita melayu terakhir (Aku mengaku, part yg last tu aku bohong saja, tujuan untuk menyedapkan hati dia)

Gambar ini sungguh kontroversi. Nak tahu? Tanyalah tuan gambar.

Akak Kura-Kura

Anyway, dia baru saja melangsungkan perasmian blognya. Takdelah segrand mana pun. Hehe. :P

P/s: Sekarang ni trend semua meluahkan perasaan ke alam siber ke? Kalau camtu, kenapa kawan aku tak nak?

1.01.2009

It's a new year alright...

Nothing excites me most than a new year with new things to do. But it is much more important for me to say this:


Happy birthday BFF!
Happy birthday to you~!
19 is just a number, right?

I wanna be the first to say this, so I'll just post it in the blog, okay? Anyway, remember what I wrote on your special book (it was special indeed since it had my bio in it :P) back then in MRSM?


Nobody knows who you really are,
Maybe they just don't give a damn,
But if you ever need someone to come along,
You know I would follow you and keep you strong. ~♪

Life like a boat - Rie Fu (edited version)