9.29.2009

I can’t seem to escape you.

No matter what I said or do,

I still feel you till the moment I’m gone.

You hold without touch.

You keep me without chains. ♪ ♫

One day, a boy promised himself. Whatever he do, he will do it with pride and dignity. Things come and go, so does people too.

Someone came. Years ago. They instantly become close.

The persona left. Years ago. The boy was left alone.

All the persona left was ‘gravity’.

The boy was quickly sucked into it, forever floating in the empty space.

Good ridden. Sets the boy free. Leaves him be. He just need to stand tall by himself, and lick the wounds he made on his own.

---------------------------------------------------------------------------------------

sad_face

Itu cerita pertama. Cerita banyak cabang, malas nak dipecah-pecahkan lagi. Malas nak diulang berulang-ulang-kali. Mesti perit kalau penulis tanya tuan punya cerita hal yang sebenarnya. Jadi jangan ditanya lagi bukan?

 

lazy_bears_award

Banyak benda harus dilihat kembali dari pelbagai aspek. Mahu diubah sana dan sini. Azam mesti lagi dikuatkan setelah diserang badai. Tiada guna nak menyesal kalau usaha tidak ditaburkan sekuat mungkin. Mungkin ada hikmah. Perlu banyak berusaha lah tu. Jangan malas-malas pulak. Okay?

thumb-Moving-Forward

Penulis tidak akan berhenti untuk terus maju. Doakan kejayaan penulis. Penulis tak sabar nak cakap selamat tinggal sebelum berlepas ke Australia! :P

P/s: Jum ramai-ramai fly :)

9.20.2009

Lebaran yang Suci

Sesungguhnya, penulis ingin memohon maaf, jika terkasar bahasa. Jika terkasar cara.

Sesungguhnya, penulis hanya manusia, selalu melakukan kekhilafan tanpa disedari.

Sesungguhnya, penulis tidak maksum, tetapi bukan lesen untuk penulis buat kejahatan pulak.

Sesungguhnya, penulis ingin mengucapkan...

Selamat Hari Raya Aidilfitri peeps :)
&
Maaf Zahir dan Batin


P/s: Thanks Aiman for letting me to stay in your house :) Fun making kuih raya with your family :D



Photobucket

9.15.2009

Tangisan sedu hiba…

Penulis sangatlah tak larat hari ini. Jadi tak nak ikut Irwan ke bazaar, terpaksalah ke kedai Kak Sue dekat floor 1.

Selepas bersuka-suki (yelah tuuuuu~) membeli-belah di Kedai kebanggaan Abang dan Kak Sue, berserta anaknya yang boleh tahan itu, (ehem-ehem), penulis terus ke tempat menunggu lif.

fun_fair__by_Ellany

Tetiba ada dua figura manusia datang bertandang ke arah penulis. Satunya adalah Pak Cik india tukang repair Sonia, and salah serorang lagi adalah student Taylor’s yang sememangnya satu batch dengan penulis.

Crying_On_The_Inside_by_littlemisslove

Dia menangis. Sebak dan sedu-sedu.

Dia mula mendengar lagu di telefon bimbitnya.

Pak Cik tadi dah lama berlalu.

Penulis menekan anak panah ke atas. Kami berdua naik. Dia masih menangis. Sebak di dada masih ditahan.

Kasihan pula penulis melihatnya. Nak tolong ker x nih? Tapi tak kenal, karang cakap penulis sibuk pula.

Sampai di tingkat sekian-sekian, dia pun turun, mengorak langkah selaju mungkin.

 

P/s:

Kalau kamu baca, jangan menangis di hadapan penulis. Penulis cepat tersentuh hatinya. And kalau boleh senyumlah kalau susah dan perit macam mana pun. :)

P/s/s: All pictures does not belong to me. It belongs to it’s respective owners whom I am too lazy to even mention it right now.

9.09.2009

Semestinya Inilah Economics

Gembira ada. Sedih ada.

Gembira sebab sedih. Sedih pun sebab gembira.

Jumpa kawan lama. Jadi gembira. Keluar balik memori lama, hati jadi sebak.

Opportunity Cost.

Tak semua kita boleh dapat dengan apa yang kita ada dan kita tahu semunya terhad bagi kita. Bukan semua boleh dapat. Itu namanya tamak.

Terpaksa lepaskan kawan-kawan. Dulu selalu bersama-sama. Sekarang dah ada orang baru, takkan nak halang. I’m just a friend kan?

FOREX.

Kalau kisah lama ni bagaikan AUD yang appreciated, ramai yang tak mahu demand mendengarnya. Penulis pun tak nak supply pun.

Nilai sesuatu benda boleh depreciate. Nilai sahabat? Selama diappreciated. Naiklah saham korang eh?

Inelasticity of a Friend.

Kalau kawan tu baik giler, korang mintak apa-apapun dia tolongkan. Inelastic lah katakan. Naik je pricing. Dia go with the flow.

Globalisation.

Blog ni kalau di baca orang ramai, kiranya Globalisation la kan? Bagus. Dunia tanpa sempadan. Jangan sampai Malaysia tak ada sempadan lepas ni sudah.

Love.

Tanya Ridhuan. Banyak falsafah.

P/s: Doalah penulis tak demam dan sihat walafiat eh? Dengan trials sekali ek!

9.07.2009

Pre-Trial Exam Syndrome (PTES)

Tidak cukup tidur dan makan. (check)

Tidak lalu makan (urm k.i.v dulu)

Mimpikan buku Maths hilang bersama GCnya sekali (check)

Kengkawan ajak keluar makan-makan seminggu sebelum (check)

Jerawat naik di mana-mana bahagian di muka (cross XD)

Kawan-kawan datang sebab marah tengok kau study (check)

Facebook ditangguhkan sementara waktu untuk pelajaran (urm k.i.v)

Meja berselerak dengan trial papers (check)

Malam-malam bergelak ketawa dengan rakan di telefon (check)

 

Banyak lagi penulis boleh list, tapi nak pikir semua time consuming.. so yang ini jelah boleh di listkan pun.

Mari kita belajar bersungguh.

P/s: Nik dah khatam satu Economic text book. :P