2.24.2010

Tinta Kata Sebuah Rahsia

lihat, dengar, hidu, rasa, sentuh,
tinta kataku.

kataku ini,
bukan nyalamu,
bukan niatku,
bukan rasamu.

rahsianya alam,
tidak kau tahu,
tidak dibelenggu,
tidak meragu.

kau lainnya hati,
lainnya pekerti,
lainnya resmi,
lainnya dicari,

dan aku masih disini,
lihatnya lari,
hatiku benci
tapi lainnya hakiki.

rahsia ini bukan dicari,
untuk dimiliki,
malahan membenci

biarlah tinta kata menjadi dusta
jika hati menolak bicara.

p/s: hari ini masak ayam kicap

2.20.2010

malangnya metafora : kapitel 1

Malam di suburb Jordbro tenang, awannya jarang-jarang, dan langit dipenuhi bintang terang. Lampu-lampu jalan menerangi Hafestord Street. Emerald sedang mengamati kawasan perumahannya dengan penuh kusyuk melalui tingkap bilik kecilnya itu. Sunyi tanpa sebarang aktiviti manusia. Dia seperti kelihatannya resah. Berulangkali dia menyemak jam tangannya.

“Sudah 2 pagi kah?” tanya Emerald bersendirian seolah-olah pertanyaan itu dibuat kepada orang lain.

Gadis kecil itu melihat kembali keluar tingkap. Harapannya palsu semata-mata. Mana mungkin selewat pagi ini Neil akan datang melawatnya. Beberapa buah kereta menyusul di Hafestord Street. Mungkin pemuda-pemuda Jordbro baru pulang dari kota Stamford. Parti lewat malam merupakan kebiasaan kepada para remaja, terutamanya mereka yang tinggal di kota.

Emerald bangun dari tempat duduknya yang berhampiran dengan tingkap lalu membaringkan dirinya di atas katilnya yang diperbuat daripada oak merah itu. Matanya berkelip perlahan. Dahinya berkerut memikirkan temannya yang masih belum muncul-muncul itu.

Esok merupakan hari terakhir Emerald di Jordbro, dan semestinya hatinya bercampur-baur. Gembira. Teruja. Sedih. Resah. Anak sulung keluarga Terrysif itu terpaku seketika. Hatinya bergelora bagaikan dilanda taufan.

Program Teknologi Pesat MEASTRAF.

Program angkasawan di tahap antarabangsa yang diadakan secara besar-besaran untuk mencari ahli untuk ekspidisi pencarian planet baru untuk didiami oleh manusia sejagat. Umpama mimpi. Realitinya tidak jauh dari genggaman manusia.

Manusia jika mahukan ulat menjadi ular, tidak perlu tunggunya keajaiban. Mereka sudahpun melanggar hukum alam ini, dan juga terlalu lama mereka merosakkan keseimbangan dunia. Maka haruslah yang lain menjadi mangsanya walaupun tidak tahu sebarang angkara.

Ketika matanya mulai lelap, tingkap di bilik kecilnya diketuk kuat.

P/s: Huh. :)

2.16.2010

Meredith Street Dingin

Ahh. Impian tercapai. Seronok. Sedih? Sikit-sikit la. Banyak benda kena belajar lebih, jalan situ, jalan ini. Bas itu dan bas ini.

By the way, Adelaide ada tram. Hahaha. *Nada budak tak pernah naik tram.*

Jangan risau, gambar-gambar akan menyusul. Tak payah sebut-sebut pasal Alpha aku. Heh >.<

Siapa-siapa cakap once pergi Australia, especially Adelaide, tak dapat makan Malaysian food, you’re superbyly wrong baby~

Ada kedai makanan melayu, “The Swinging Bowl”. Aha! Translate lah kepada bahasa ibunda. :)

Cuaca? Ha, sejuk. Sejuk angin sepoi-sepoi bahasa. Suka~

Best la angin sini, ada angin perubahan.

Dah ada orang beli handset baru, jalan-jalan dekat Mall muka happy gila, sampai tak nampak la orang lain lalu-lalang. Heh. :)

2.12.2010

eh.oh?

hari ke berapa dah ni?

packnya pun belum, tapi semuanya dah ready tunggu masuk bag je. huhuhu.

malasan-malasan sebentar ya pak.

oh. ehh.. jap, kau siapa sebenarnya? laaaa. asal tak ambil tempat duduk masing-masing.

dengarkan luahan lagu ini yah.

2.08.2010

Rindu Terhenti

satu, dua, tiga, empat, lima. lima hari lagi. perasaan tak menentu.

berat sangat. teruja sangat. campur-campur. tak sedaplah.

perlu cari kembali that one thing yang membuatkan penulis berkobar-kobar.

kemanakah agaknya that one thing eh?

well whatever, life must go on.

Ku pinggirkan lara~♫
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia~♪

P/s: Keep strong dad, we’ll pull it through together. :)

2.05.2010

malangnya metafora : epilog

"Lama lagikah eksplorasi kita di sini Kapten?" ujar Emerald, matanya berpinar-pinar inginkan kebenaran. Dia seolah-olah tahu bahawa eksplorasi mereka ke planet Marikh ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Kapten Richard terdiam. Dia berasa serba salah. Haruskah pengkhabaran yang sebenar dari pihak atasan perlu dirungkai kepada gadis molek itu?

"Kapten, kapten?" Emerald memanggil seraya tangannya memegang bahu Kapten Richard.

Kapten Richard yang tersentak dari lamunannya lalu berkata,"Emerald, sesungguhnya banyak perkara yang tidak kena pada ekspedisi kali ini." Matanya melirik jauh dari tujahan pandangan Emerald.

Diam. Sunyi. Lengang seketika. Hanya bunyi dari mesin pengiraan statik masa dan ruang berfungsi menjalankan kerja mereka.

"Sebenarnya, pihak atasan mahukan kita memanjangkan lagi tempoh ekspedisi ini, walaupun mereka sedar akan risiko yang terpaksa kita harungi." Kapten Richard kembali bersuara memecah sunyi di bilik operasi itu.

Emerald membisu. Dadanya sebak penuh resah. Dia mengalihkan pandangannya ke arah skrin komputer riba di hadapannya. Matanya yang biru cair itu kelihatannya berkaca. Seluruh pelosok mindanya telah terbang jauh ke planet Bumi yang dicintainya dahulu suatu ketika. Adakah ayah dan ibunya sihat? Persoalan demi persoalan pun tiba di benak fikiran gadis Stokholm itu. Jordbro. Tempat tinggalnya suatu masa dahulu. Ingatannya penuh dengan bait-bait indah di Jordbro. Penempatan suburb itu tidak lekang dengan suara tawa kanak-kanak.

Benar. Suatu masa dahulu. 10 tahun yang lalu, bumi Stockholm merupakan tempat terindah bagi Emerald.

Kini semuanya hanyalah metofora malang buatnya.

P/s: penulis takde idea sambungan. :( btw, esok kita ke Penang! Aha!

2.01.2010

Every ticks count the tocks.

There are times when you were supposed to be doing things, and there are times when you’re supposed to do nothing.

There are times you should stop and listen to others, and there are times when you should just leap before looking.

and oh how I wish I just could be stuck forever in between.

that way I don’t have to think.

and satu lagi. bakat boleh diasah bukan? heh. ;)