4.19.2010

warkah rindu seorang anak



ayah,
anakmu ini merindui hadirmu,
anakmu ini merindui suaramu,
anakmu ini merindui wejangmu,
anakmu ini merindui umbimu.

tatkala anakmu ini melodrama tafakurnya,
tatkala itu jua bepinar matanya,
jika dilihat anak-anak beraleman,
hati anakmu terdetik bersama,
mengingati lempias waktu dahulu,
ketika anakmu ini masih wangsa,

anakmu ini kolokan lagi,
dewasanya bukan tolokan lagi,
rindu ini bukannya kepalang,
kerana rindu anakmu ini buatmu ayah.

kan anakmu kabul pesanmu,
kan anakmu khanah kasihmu,
kerana anakmu telah berjanji
dan janjinya ini untuk insan,
bergelar ayah.

p/s: selamat hari jadi ayah. semoga cepat sihat sepenuhnya. adik tunggu ayah di adelaide. kita pergi apple picking nak?  :)
Categories:

6 comments:

This box must be used with care.