Showing posts with label Drawing Art. Show all posts
Showing posts with label Drawing Art. Show all posts

1.23.2013

Pesanan 2 Imam Hassan Al-Banna


Banyakkanlah membaca Al-Quran sesungguhnya di dalam Al-Quran terdapat pelbagai pengajaran bagi mereka yang berfikir. Ibrah darinya boleh dijadikan panduan dalam menjalani kehidupan seharian. Ambil sedikit masa yang sibuk untuk menelaah al-quran dan memikirkan isi kandungannya, supaya kita dielakkan dari menjadi hamba yang tidak bersyukur.

Banyakkanlah juga membaca ilmu-ilmu yang berguna dan ambillah kesempatan untuk menghadiri majlis-majlis ilmu.

Pastinya hidup anda tidak akan dipenuhi dengan perkara yang tidak berfaedah.

11.15.2012

Pesanan 1 Imam Hassan Al-Banna


Pesanan ini rasanya paling relevan dengan kita-kita sebagai pelajar apabila masuk waktu peperiksaan. Ada yang sampai kebas punggung ulang kaji. Kalau boleh haritu jugak settle segalanya. Panggilan Azan diremehkan secara tidak sengaja atas nama mengulangkaji pelajaran. Belajar itu ibadah. Solat itu kewajipan setiap mukmin.

Jikalau kedengaran azan, cepat-cepatlah melangkah mengambil wuduk dan bersedia untuk solat. Bagi yang sering bermain hingga lewat petang pula, boleh pulang lebih awal untuk bersiap sedia untuk solat Maghrib. InsyaAllah ada ganjarannya bagi mereka yang menepati waktu solatnya.

11.03.2012

HD for UMMAH!


tarbiyah bukanlah segalanya, tetapi segalanya bermula dengan tarbiyah.

bagaimana nak bina rumah bungalow kalau bahan asasnya rapuh?

bangkitlah ummat ku, bangsa ku! tidakkah kau mahu kembali agung seperti zaman para sahabat dimana amanah agama dijunjung?

sudahlah dengan kelekaan melampau, tiada titik noktahnya.

:)