12.19.2008

Bulan ini bulan apa yah?

Ini bukan pertanyaan yang rapu-rapek seperti "Chom, ada kau nampak tak cincin aku?" or "Chom, mana aku letak phone aku?" Sebab semua pertanyaan itu, si penanya sudah tahu jawapannya. Cuma belum diteliti habis kut baru tanya aku beberapa kali. Tapi itu bukan persoalannya. Dan tajuknya bukan bererti yang aku sudah jadi seorang yang pelupa. Cuma, kadang-kadang, terasa otak tak mahu-mahu jalan. Sibuk sangatkah aku? Tapi rasanya tak. Macam biasa saja. Ada masa lagi nak buat banyak perkara. Aku terlalulah mempunyai masa yang lapang.. aku sempat menemani si adik kecil bernama Ain Zulaikha menonton kartun.

Tapi ada satu rancangan kartun yang sangat menarik perhatian si kecil itu. "The Adventures of Manny Rivera". Alah, yang "El Tigre" tu. Kalau sesiapa tahu mesti diorang tahu cerita tu agak best. (Pendapat sendiri adalah perlu dalam hal seperti ini) Tapi, sekali lagi, itu bukan persoalannya. Persoalannya adalah.. apabila setiap kali menonton kartun itu dan apabila terdapat bahagian yang melibatkan watak "Puma Loco" pasti si Ain akan mendapatkan aku.

Jadi, adakah aku terlalu tua? *sigh*
Categories:

6 comments:

  1. chom.......
    aku rasa ang dh 18 dh kot?

    huahuahuahua~

    ReplyDelete
  2. hahaha.. chom, jangan risau! kite mude lagi! enjoy ur young while u still can! g la hangout and blaja somethin baru, maybe how to bake biscuits! Lolzz

    ReplyDelete
  3. chom..
    ko mmg dah tue la chom..
    n smkin hari smkin tue.
    ak je yg mude sntiase..
    heee~~:D

    ReplyDelete
  4. kau bnyk tngk cerita ngarut2.. tu yg bnyk berangan... hehe

    ReplyDelete
  5. chom, carikan cincin aku.

    phone aku tertinggal atas meja r.

    haha.. ake lagi amnesia tahap gaban.

    :)

    ReplyDelete
  6. wey, dulu aku benci gila lgkw, skarang rinduuuu

    ReplyDelete

This box must be used with care.