2.04.2009

Hilang/Curi + Letih

Apa boleh buat? Benda kalau dah nak jadi memang tak boleh elak kan? Yelah, bukan penulis sengaja. Memang tabiat penulis kalau sudah kelam kabut memang akan tertinggal barang. Nasi pun sudah jadi bubur. Bukan boleh keringkan bubur tu nak jadi balik nasi kan? Pendrive penulis hilang oh. Tertinggal dekat the Web. Dah dekat nak habis semua kelas, baru penulis ingat ada tertinggal sesuatu. Apa lagi, sesi memunggah bag pun berlangsunglah. Serius, tak jumpa-jumpa jugak.

Benda dah jadi. Takkan penulis nak meraung pulak depan the Web tu. Dahla si helper dekat the Web buat muka sedih-turut-simpati atas kehilangan pendrive penulis. (Tak perlulah tunjuk muka sedih, dahla penulis tengah "panas".) Anyway, kalau korang ada nampak, silalah kasi balik dekat penulis eh? Penulis sayang benar dengan pendrive tu.

Ciri-ciri
-Apacer 4GB
-Purplish/Red colour with white linings.
-Nama pendrive tu Chom-Chom. (haha, gelak.)

Okay, sudah letih sangat. Mahu sambung buat Investigative Study yang tak sudah-sudah dengan referencing. Haih. >.<
Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.