5.23.2009

Episod 1: Bila cuti datang bertandang.

Okay. Exam is already out. Finish. Tamat. Bukan untuk selamanya. Penulis tahulah yang itu. Mana mungkin kalau exam tamat sebegitu sahaja. Penulis rasa, setiap hari kita diberi ujian. Tak Tapi itu bukan persoalannya. Sekarang dah cuti.

Ada apa-apa cadangan tak? Penulis nak pergi Terengganu lagi. Nasib baik Terengganu tu ada pantai tau, kalau tak penulis mati kempunan tempat untuk berlibur.

Tapi tak sabar nak balik jumpa mak ayah, adik-beradik dengan anak-anak saudara penulis.

Hari tu call Ayah, pastu mintak nak cakap dengan Ain.

“Hello, Ain~~!” suara merdu penulis berbunyi. (perasan)

“Pak Chu!” Ain berkata macam ala-ala “Pikachu!”

“Ain buat apa?” suara merdu penulis berbunyi lagi. (perasan lagi)

“Pak Chu, nacik!” Ain berkata.

Dia mintak dekat penulis nasik semasa cakap telefon. Gelak guling lah penulis atas katil. (Jangan sesekali bertanya muat ke tidak katil tu untuk penulis bergolek mahu pun berguling-guling.)

Rindu pulak rasanya.

Tengah-tengah boring nih, penulis colour-colourlah koleksi manga yang ada.

Dari yang ini:

01hinata

Hinggalah jadi yang ini:

hinata Antara karakter-karakter manga, penulis paling suka Hinata. Dia jer yang tak suka dekat Sasuke. Sasuke tu dah bosan penulis tengok. Naruto lagi menarik dari Sasuke. Hinata memang bukan gadis typical macam Sakura, Ino, atau Karin.

Apa kata penulis pulak jadi Naruto :P

P/s: Hinata dengan Naruto. Cute jugak.

Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.