5.30.2009

Episod 3: Kemanakah kau menghilang.

k

Penulis nak berterus terang. Penulis tak tahu nak buat apa. Laptop dah lama menghilang. Facebook pun menjauh. Setakat pinjam desktop abang dengan desktop rumah. Yes. Laptop penulis hilang. HILANG. HILANG. Ini gara-gara penulis sendiri yang leka dan juga sedang seronok untuk pulang ke rumah di Kedah.

Malam sabtu tu menjanjikan seribu perasaan yang bercampur baur. Nak balik rumah mestilah happy. Tapi kalau dah kehilangan barang tersayang, penulis pun tak boleh nak buat macam mana tapi sabar.

Begini hendak diceritakan. Penulis nak menggunakan kata nama ganti diri "aku" akibat terlalu beremosi dan juga marah.

Aku mahu pulang. Aku plan dengan seorang kawan, janjinya pukul 8.30 malam mahu turun dan dapatkan teksi. Turunlah aku dahulu, menuggu kawan aku yang kemudiannya turun beberapa minit kemudian. Ambil teksi di hadapan casa.

Sekilas pandang pak cik india ini, aku dah tahu. Muka memang crooked. Crooked ini dikatakan sama dengan muka Captain Hook dalam cerita Peter Pan. Malah mungkin sama, sebab misai dia lebih kurang dengan villain-villain cerita hindustan. Kami cuba haggle the price down, tapi pak cik yang serupa Captain Hook tu cuba mempertahankan harga yang ditawarkannya. Kami mengalah, malas mahu bertekak lebih-lebih. Aku tinggalkan bag laptop aku bersama sweater di tempat duduk belakang.

Sampai dekat stesen Shah Alam, aku seronok. Yelah, lagi 1 jam, aku nak naik bas. Aku keluar. Pakcik tu keluarkan semua barang dari kereta, KECUALI bag laptop aku. Dia buat-buat lupa rasanya. Aku pun terlupa jugak. Tapi yang pasti, dia memang kelam kabut, seperti mahu ke tempat lain. Aku 5 saat selepas itu baru tersedar bahawa bag laptop aku tidak digalas di belakang.

Benda dah nak jadi. Aku tercangang. Nak report polis, aku tak tahu nombor plate, muka pak cik Captain Hook tu aku tak berapa cam. Aku tak tahu nak kata apa.

5 hari dah berlalu. Tiada berita. Susah nak cari manusia yang baik hati sekarang. :(

Photobucket

6 comments:

  1. chop. chom ade install assetrax x?

    ReplyDelete
  2. Hurm, I did want to install so many times before.. tapi setiap kali nak download, tak dapat2..

    ReplyDelete
  3. woh~
    kesiang kt ang~~!
    besabq norh~ (aku nasehat org besabq, kalu aku la, dh lama aku meraung tnpa melodi di tepi jalan)~~

    ReplyDelete
  4. laaa...saba jela ek chom?huhu..

    ReplyDelete
  5. Salam.. Chom, sabar k?

    Allah nak gantikan dengan sumthing lagi best la tu..

    =)

    ReplyDelete
  6. Aku sabar je. Aku doa-doa lah Allah s.w.t. bukakkan hati dia untuk bagi balik laptop aku.

    :)

    ReplyDelete

This box must be used with care.