7.22.2009

Debu-bunga

Dunia ni kalau orang kata petak pun penulis sanggup percaya. Letih nak dengar itu, nak percaya ini. Senang-senang ambik je semua. Telan hidup-hidup, pedih ke, manis ke, masam ke, masin ke, kelat ke.. terimalah. Itu pilihan kamu, tindakan sendiri. Jangan salahkan tangan yang melakukan, atau lidah yang salah rasa atau mulut salah bicara, atau telinga yang pekak binasa.

 Flower_And_Butterfly.png

Pernah ada suatu hikayat di suatu tasik yang permai. Penghuninya aman sentosa. Yelah, yang hidup pun kumbang, lebah, bunga-bunga pelbagai jenis, dan mestilah ikan-ikan. Tersebutlah kisah mengenai kumbang badak yang susah nak terbang, yelah sudahlah berat, sayapnya kecil pula. Hatta, dia ingin sekali terbang melihat alam sekeliling tasik. Tiada tempat lain lagi, ia pun merangkak pergi melawat kawan yang tiada renggang dengannya melainkan si lebah madu, si lalat, si pepatung dan juga si pepijat. Si kumbang badak rapat dengan si lebah madu, jadi dinyatakan hasratnya dahulu. Maka terdengarnya permintaan si kumbang badak itu, si lebah madu mengikat janji membawa si kumbang badak pergi. Lalu berterbangan lah mereka melihat dunia.

 2916795870_6f8765ece8

“Apakah nama dahan itu, lebah madu?” si kumbang bertanya, minatnya tiada lagi terperi.

“Itu namanya tiada lain dan tiada bukan adalah, Segunggum Kasih, sahabatku, hatta racunnya di buat penawar dan penawarnya mampu dijadikan buatan racun!” si lebah madu berteriak.

Mulut kumbang badak terasa amat berat seperti di lipat-lipat bibirnya. Sudahlah ia tidak dapat terbang, tinggalnya bunga ini jauhan di pendalaman.

Sepurnama berlalu, tiada juga kumbang badak membawa diri. Hatinya tertaut akan Segunggum Kasih, entah tiada lagi memikirkan seperkara dunia. Pergilah ia merangkak-rangkak, kakinya letih apatah sudah, merangkak jua ia terpaksa. Setibanya ia di sana, semuanya tiada berguna.

Rerama Bestari sedang asyik dan leka, maka tidak sedarlah kehadiran si Kumbang Badak, apatah lagi ia ingin menyapa. Asyiknya tidak terperi, cobanya ia menghisap madu di Segunggum Kasih, lawannya entah, terimanya entah. Kumbang Badak cuba terbang dengan sayapnya, beratnya tidak membenarkan.

Baliklah si Kumbang Badak ke halamanya hampa. Ceritakan pula pada si lebah madu, maka ditertawakannya ia terbahak-bahak.

“Bukankah sudah aku katakan, penawarnnya adalah racun!!” lebah madu ketawa terbahak-bahak.

 

beautiful_flowers

Sepurnama pun berlalu pergi, Rerama bestari beredar pergi, mengikut musim, ia terus terbang kesana-kemari. Hatta, terlintas untuk Si Kumbang Badak terbang ke Segunggum Kasih, melawat ia, menyentuh tidak. Kali ini, ia terpaksa meminta bantuan si pepatung, dan si pepijat untuk membawanya pergi. Segunggum Kasih walaupun cantik, ia mudah di bawa arus tasik. Sehari-suntuk mencari, ke hujung tasik ia juga pergi. Rupa-rupanya Kumbang emas sedang berehat di celah-celah dahan Senggungum Kasih. Kumbang Emas, cantikknya tiada peri itu, bagaikan secocok dengan Segungum Kasih. Hatta, hari itu hujan turun dengan lebatnya. Segunggum Kasih masih tegak berdiri, bersama ia Si Kumbang Emas, tundukknya tidak pada hujan.

Golden Beetle

Si Kumbang Badak akhirnya terus menetap di sebelah hujung tasik menghadap gunung, mecari kawan tidak. Hiduplah ia berseorangan.

The End.

P/s: Terror jugak aku ni nak mengarang hikayat. Huu :)

8 comments:

  1. omg~!
    ayat2 kamu begitu indah sekali sehinggakan aku perlu membaca setiap ayat berkali2 agar aku dpt memahami dgn lebih menadalam~
    huahuahuahau~

    ReplyDelete
  2. metaphor and personification. as usual, dua element ni bila merge, what a great value in master piece. haha..

    ReplyDelete
  3. Shafiqueva: terima kasih!!! silalah lawat lagi.. nanti kut ada update psai kumbang badak nih..

    wira: :) betul2. ramai takkan paham kan kan?

    ReplyDelete
  4. walawei chom!!! best gilaaaaaaa!! terpesona aku!!! *tho aku faham cerita ni tapi tak tau kat sape kau refer. heeee.. ^ ^

    waallaahhh utk kau! bagus bagus bagus. aku harap aku ada bakat menulis macam kau.

    ^.^

    ReplyDelete
  5. aku pon same cm aqila chom..aku phm mksd cite ni cume xtau refers to whom..
    XD

    btw,congratez!haha..sebuah prosa klasik yg mmg klasik lah! :D

    ReplyDelete
  6. qila: thanks tp jgn puji lebeh.. malu aku nnti :P
    btw,watak tu mungkin hidup atau tak wujud, atau dah meninggal. aku reka je nih..

    izyan: trimas! tapi takdelah klasik mane pun.. klasik kontemporori adalah..

    ReplyDelete
  7. waaahhh..chom..originally from u?? serious!!?? i thot ure more into eng lit..;p btw..well done..mcm bace prosa klasik dalam antologi form 4 plak!! ngee..;p

    p/s:merong mahawangsa..;p

    ReplyDelete
  8. owh.. mestilah ayat yang original from me.. tkkan ciplak pulak.. huhu.. biasa sajer.. :P

    ReplyDelete

This box must be used with care.