2.20.2010

malangnya metafora : kapitel 1

Malam di suburb Jordbro tenang, awannya jarang-jarang, dan langit dipenuhi bintang terang. Lampu-lampu jalan menerangi Hafestord Street. Emerald sedang mengamati kawasan perumahannya dengan penuh kusyuk melalui tingkap bilik kecilnya itu. Sunyi tanpa sebarang aktiviti manusia. Dia seperti kelihatannya resah. Berulangkali dia menyemak jam tangannya.

“Sudah 2 pagi kah?” tanya Emerald bersendirian seolah-olah pertanyaan itu dibuat kepada orang lain.

Gadis kecil itu melihat kembali keluar tingkap. Harapannya palsu semata-mata. Mana mungkin selewat pagi ini Neil akan datang melawatnya. Beberapa buah kereta menyusul di Hafestord Street. Mungkin pemuda-pemuda Jordbro baru pulang dari kota Stamford. Parti lewat malam merupakan kebiasaan kepada para remaja, terutamanya mereka yang tinggal di kota.

Emerald bangun dari tempat duduknya yang berhampiran dengan tingkap lalu membaringkan dirinya di atas katilnya yang diperbuat daripada oak merah itu. Matanya berkelip perlahan. Dahinya berkerut memikirkan temannya yang masih belum muncul-muncul itu.

Esok merupakan hari terakhir Emerald di Jordbro, dan semestinya hatinya bercampur-baur. Gembira. Teruja. Sedih. Resah. Anak sulung keluarga Terrysif itu terpaku seketika. Hatinya bergelora bagaikan dilanda taufan.

Program Teknologi Pesat MEASTRAF.

Program angkasawan di tahap antarabangsa yang diadakan secara besar-besaran untuk mencari ahli untuk ekspidisi pencarian planet baru untuk didiami oleh manusia sejagat. Umpama mimpi. Realitinya tidak jauh dari genggaman manusia.

Manusia jika mahukan ulat menjadi ular, tidak perlu tunggunya keajaiban. Mereka sudahpun melanggar hukum alam ini, dan juga terlalu lama mereka merosakkan keseimbangan dunia. Maka haruslah yang lain menjadi mangsanya walaupun tidak tahu sebarang angkara.

Ketika matanya mulai lelap, tingkap di bilik kecilnya diketuk kuat.

P/s: Huh. :)

Categories:

4 comments:

  1. omg,,sape ketuk tingkap dye?? peter pan kah?? hee

    ReplyDelete
  2. bukan peter pan, tapi someone like that would be nice aite?

    ReplyDelete
  3. yep2,, hopefully someday, someone would knock our door,, hee

    ReplyDelete
  4. yeahhhhh. i wanna feel like ittt!

    ReplyDelete

This box must be used with care.