2.05.2010

malangnya metafora : epilog

"Lama lagikah eksplorasi kita di sini Kapten?" ujar Emerald, matanya berpinar-pinar inginkan kebenaran. Dia seolah-olah tahu bahawa eksplorasi mereka ke planet Marikh ini seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Kapten Richard terdiam. Dia berasa serba salah. Haruskah pengkhabaran yang sebenar dari pihak atasan perlu dirungkai kepada gadis molek itu?

"Kapten, kapten?" Emerald memanggil seraya tangannya memegang bahu Kapten Richard.

Kapten Richard yang tersentak dari lamunannya lalu berkata,"Emerald, sesungguhnya banyak perkara yang tidak kena pada ekspedisi kali ini." Matanya melirik jauh dari tujahan pandangan Emerald.

Diam. Sunyi. Lengang seketika. Hanya bunyi dari mesin pengiraan statik masa dan ruang berfungsi menjalankan kerja mereka.

"Sebenarnya, pihak atasan mahukan kita memanjangkan lagi tempoh ekspedisi ini, walaupun mereka sedar akan risiko yang terpaksa kita harungi." Kapten Richard kembali bersuara memecah sunyi di bilik operasi itu.

Emerald membisu. Dadanya sebak penuh resah. Dia mengalihkan pandangannya ke arah skrin komputer riba di hadapannya. Matanya yang biru cair itu kelihatannya berkaca. Seluruh pelosok mindanya telah terbang jauh ke planet Bumi yang dicintainya dahulu suatu ketika. Adakah ayah dan ibunya sihat? Persoalan demi persoalan pun tiba di benak fikiran gadis Stokholm itu. Jordbro. Tempat tinggalnya suatu masa dahulu. Ingatannya penuh dengan bait-bait indah di Jordbro. Penempatan suburb itu tidak lekang dengan suara tawa kanak-kanak.

Benar. Suatu masa dahulu. 10 tahun yang lalu, bumi Stockholm merupakan tempat terindah bagi Emerald.

Kini semuanya hanyalah metofora malang buatnya.

P/s: penulis takde idea sambungan. :( btw, esok kita ke Penang! Aha!
Categories:

6 comments:

  1. heheee,, i loike it chom,,, wayy to go!

    ReplyDelete
  2. hahaha. thanks. idea kering dah actually. ingt nak sambung. hoooo

    ReplyDelete
  3. o yeah? aku buat sambungan nanti. hehehe

    ReplyDelete
  4. ini karya kau ke? :P
    btw,nice2..haha,,

    ReplyDelete
  5. aku buat on the spot. bosan tetiba rasa nak menulis cerpen. ;)

    ReplyDelete

This box must be used with care.