1.21.2009

Roh yang terkunci.

Cubalah lari, walaupun terkunci,
roh itu mahu bebas, tanpa batas,
ikatlah kaki jasadnya, tetap bebas merasa,

lihatlah matanya mampu, arahan si minda, ia taat terkedu,
kaki jauh melangkah, si roh dihindari, permintaannya salah.

jasad melaksanakan perintah, jangan berhenti,
berhentilah!, roh meronta-ronta, kebebasannya dicabuli.
roh mahu melawan jasadkah?
menang, kalah, kanan langkah, kiri langkah.

tapi logik minda merajai segala persoalan,
tak perlu semua tahu, cukup sudah sekadar ingatan,
si roh melangkah, tersentak lambat sudah,
semua tahu yang apa berlaku sudah berbuah,
walaupun terpaksa memilih terbaik ada,
pastinya hanya tangkai si roh merasa.

hambar sudah,
pergilah sudah,
jangan ketawa menghina,
si roh bukannya sempurna.

------------Opportunity Cost------------
lari ke destinasi atau duduk bersembang?
sudah dipilih.
------------------------------------------
Categories:

1 comment:

  1. Happy Wednesday! Bloghoppin' here... Hey, I have an interesting tutorial for you that I have written myself. It is about adding Adsense on your Single Post in XML template. I hope you'll like it! God Bless you!

    ReplyDelete

This box must be used with care.