4.10.2009

Kabinet oh Kabinet

Pagi tadi sebaik sahaja penulis tiba di perkarangan kolej, penulis segera mendapatkan senaskah surat khabar The Sun. Sebagai seorang pelajar yang mengambil jurusan undang-undang, penulis dapat merasakan kepentingan untuk mengambil tahu tentang hal ehwal semasa politik di Malaysia, walaupun apa yang penulis belajar selama ini adalah mengenai pembentukan undang-undang dan kerajaan di Australia, tapi alah, lebih kurang sahaja Malaysia dengan Australia. Kedua-duanya pernah dimiliki oleh British dan kedua-duanya mengambil contoh pembentukan kerajaan British dan mengadaptasinya dalam pembentukan kerajaan masing-masing. Okay, sudah-sudah pasal pelajaran Sejarah pada kali ini.

najib3

Hari ini, terpampang di dada-dada akhbar bahawa Perdana Menteri ke-6 sudah mengumumkan barisan menterinya untuk kabinet di bawah pimpinannya. Jujur, penulis berasa sangat teruja untuk mengetahui pertukaran yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Najib. Mungkin dengan perubahan yang dilakukan akan membawa perubahan kepada Malaysia dan sekaligus dapat membangunkan Malaysia dengan jayanya?

Dengan mengurangkan jumlah Portfolio, tentu dapat menjimatkan perbelanjaan (mungkin jugak tidak, rasuah masih berleluasa, malah mungkin dapat menaikkan lagi perbelanjaan negara?). Di dalam senarai barisan menteri itu, penulis dapat mengecam beberapa muka yang tidak lagi asing dan juga beberapa muka baru yang di naikkan pangkatnya. Mungkin perdana menteri yang baru ini tahu apa yang dibuatnya tetapi kita juga ada hak untuk mengkritik segala perbuatannya, tidak? Dia telah mendapat mandat rakyat jadi dia harus berkerja demi rakyat, bukan?

pinocchio_3

Penulis tidak berniat untuk menunding jari malah memihak mana-mana pihak.

Bagi penulis, pemerintah haruslah telus dalam memerintah sesebuah negara. Dia memegang satu amanah yang sangat besar nilainya.

Dan ini adalah satu lumrah bagi manusia, apabila mendapat wang dan kuasa, mereka akan sengaja membutakan hati mereka. Yang baik pun boleh jadi jahat dan ini kerana mereka tamakkan harta dan kuasa.

P/s: Entry kali ini macam skema skit kan? :)

2 comments:

  1. well, say what u want, but i'm staying optimistic with my country's future.. a lot of people have been talking a lot of smack towards our new PM, but I still want to look on the bright side.. He's got big plans for our country, and he's already been hard at work implementing all these changes, and i hope that it all works out positively, for Malaysia's sake.. I guess we'll just have to wait and see..

    ReplyDelete
  2. You can stay optimistic Anwar, as long as you want, but for how long?

    Truth remains the truth, even the most optimistic people can't deny the truth once it's spread out.

    Sooner or later people are going to talk.

    I'm not saying I don't like Najib or I don't like the new government. It's just every new things should have been given chances to proof themselves out, so let's just say this 4 years gonna be a period for Najib to proof his worth.

    I'm cheering for the new government actually. :)

    Cheers~

    ReplyDelete

This box must be used with care.