5.03.2009

Jalan-jalan, cari keletihan.

Letih nak mati. Letih macam nak tercabut kaki penulis pun ada. Cabut pastu letak dekat rak kasut suruh kaki tu rehat elok-elok. Biarlah camne pun kaki penulis nak kena rehat elok-elok. Letihlah jalan-jalan dengan kawan-kawan. Huhu. Apa-pun masih best juga.

Besar, tapi hiasan dalaman boleh tahan je.

Kami bertolak bukan mainlah awal. 'Tak mahu kesesakan dan kelambatan' mengikut kata si Cik Izyan kita. Okay, penulis layan. Bangun awal bukan masalah sangat pun. Janji dapat pergi usha-usha One Utama tu. Yelah, tanya kawan A, cakap best. Tanya kawan B, cakap okay-okay. Tanya kawan C... 'O.U apa weh?'. -_-" Ada yang tak tahu jugak rupanya. Takpalah.. kau pun bukan orang Key-Ell pun. Huhu. Penulis pun tak juga.

Tak nak cerita modus perjalanan, nanti blog penuh dengan coretan yang mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah perjalanannya.

Sampai sahaja di sana, angin membuai-buai menyelak bersih rambut. (Yolah tu...) Penulis ikut je diorang. Mana tahu jalan dekat area baru. Turns out to be, semua orang baru datang. Cuma Radzi je second time kut datang. Adeh, tempat punya besar, tapi dalam macam shopping mall biasa-biasa je. Jalan, ya ampun, berbelit-belit. Tapi yang heran... jalan nak ke kaunter pertanyaan tak pulak susah nak carik.

Pergi Toy's R Us selepas makan di food court and then gi TGV's untuk tengok cerita "Tak Dijemput pun, Sape suruh kau datang?" di translate kepada, "The Uninvited". Cerita dia separa-separa. Takdelah dasat sangat mahupun bohsan sangat. Bolehlah dijadikan cerita. Tapi dia comel lah pelakon tu. Terlalu comel untuk dikategorikan sebagai seorang yang sakit jiwanya.

See what I mean? Yang kiri tu. Yang kanan okay juga.

Dekat Toy's R Us, kitorang dah macam bebudak dah. Mengalahkan kanak-kanak yang datang nak shopping. Mau taknya nak rambang mata. Macam masuk kedai coklat, pastu dapat makan coklat free. Tapi takdelah kitorang dapat barang free, cuma dapatlah tekan-tekan sini sana. Adalah yang taksub sikit. Macam budak-budak. Haha. Taknak tunjuk gamba, karang kena attack.



Hurm, nothing much except after that pergi main-main Iphone dekat Apple center. Mau tak bengang muka-muka orang lain duk nampak tiga makhluk lain duk main-main dengan Iphone tu macam diorang punya je. Mau tak kami tak main. Iphone tu terpampang depan mata. Mestilah mahu main-main. Kalau best, mungkin ada yang mahu beli? Hurm?

Balik Subang dah nak dekat malam. Nyanyi-nyanyi dekat belakang bus mini buat sengal. Cukup gila. Haha.

P/s: Bulan malap, camne nak nampak bintang?


Photobucket
Categories:

3 comments:

  1. mari beli kereta yang boleh bukak atap!

    ReplyDelete
  2. haha.. kau nampak gila seronok ;P

    ReplyDelete
  3. yan:
    eh eh yang ni lagi dasat! yang ni boleh siap pusing2 tayar lagi.. haha1

    qila:
    seronoklah kut.. dah lama dah tak gi jenjalan.. asyik buat assignment je.. huu~~

    ReplyDelete

This box must be used with care.