8.21.2009

Salam Pertemuan buat Kau dan Aku

Salam. Lebih formal, penulis ucapkan Assalamualaikum.

Sudah lama berpijak di bumi ini baru sedar diri penulis banyak kekhilafannya. Sudah berapa lama penulis terlupa siapa penulis di muka bumi ini. Penulis tidak mahu mencari alasan, cuma mahu meminta keampunan. Seribu alasan takkan memberikan ruang pada hati-hati manusia untuk memberikan kemaafan mereka. Seribu keampunan, mungkin segelumit dosa akan terlerai dari tubuh badan ini, itupun kiranya hanya 2 atau 3 pengampunan yang telah diberikan.

Sedarkah kita apabila melakukan kesalahan?

Mungkin tidak jika hati bergelumang dosa.

Berilah ruang sesama insan untuk kita berubah.

Anda percaya kepada “second chances?”

Mungkin anda patut. Manusia boleh berubah.

 

Ketenangan AbadiJadi itu, dalam bulan Ramadhan yang mulia ini, saya ingin meminta maaf atas kekhilafan diri ini. Mohon ampun dan semoga perjalanan kita sepanjang bulan puasa ini penuh dengan berkat-Nya insnyAllah.


Salam berpuasa. :)

Categories:

1 comment:

  1. salam. it's been long since i last browsed ur blog :P skrg dh pki BM plak ea? ayat sdap2 plak tuh cayalah!

    nway, nk quote some part of that post, boley? halalkn erk!

    ReplyDelete

This box must be used with care.