4.30.2010

pungguk mahukan bulan

ini adalah suatu kisah di mana kebenarannya mungkin separa sahaja. separa sahaja, bukannya sepenuhnya. ingat, anda telah diberi peringatan untuk beringat.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

seekor pungguk. di antara sekumpulan pungguk, hanya seekor tidak dapat terbang. sayapnya tidak patah, mahupun adanya cacat cela. sayapnya kelihatan sempurna, sesempurna pungguk-pungguk yang lain. tetapi pungguk itu tidak juga menerpa langit biru, seindah-indah ciptaan-Nya.

bukannya dia takut, bukannya dia tidak mampu, cuma dia hanya ragu-ragu.

dia ragu;

jika dia dapat terbang sekalipun, mampukah dia kekal terbang untuk selamanya?

jika dia dapat terbang sekalipun, adakah yang mahu menemaninya?

jika dia dapat terbang sekalipun, setinggi manakah cecah sayapnya?

jika dia dapat terbang sekalipun.

pungguk yang lain hanya RINDUKAN bulan. itu termaktub didalam kanun kehidupan pungguk-pungguk. rindu sudahpun mencukupi bagi mereka. tidaklah perlu berusaha lebih dari itu kerana ia hanya menyusahkan.

tetapi lain bagi pungguk ini, kerana pungguk ini MAHUKAN bulan. ya, bulan. semi-sfera yang benderang indah tatkala kepekatan malam mula menusuk bumi. bukannya kerana dia tamak, kerana dia punya CITA-CITA.

tatkala di setiap heningan pagi, setiap itulah pungguk bersiap-siaga, kepaknya dikibas megah.

dan di setiap kali itu jugalah, pungguk-pungguk yang lain berkicau sinis, mempersoal dan meniadakan kesungguhannya.

dan pungguk ini pun kembali meragui.

pernah sekali dia terbang, tapi sayapnya tersangkut di ranting kecil.

niatnya memencil. sepencil kerikir di laut dalam.

sesungguhnya niat si pungguk telahpun disalah ertikan.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

ini untuk kau pungguk. walaupun takde mention pasal pungguk, kau ambikla the moral of the story. :)

p/s: boleh tolong pungguk tak?

Categories:

3 comments:

  1. saya x paham motif anda buat entri nih tapi saya suka ceritanya.
    : )

    ReplyDelete
  2. kpd si pungguk..

    sgt suka dgn cita2 si pungguk. caya lah pungguk. skang mari kita buat roket! ajak pungguk2 lain skali. ssh kot nk buat roket. kn ramai2 br sng..

    Ir. to be..

    ReplyDelete
  3. syafiq: haha. motif dia sungguh abstract. :)

    umair: pungguk naik roket pun boleh? mari ramai2 buat roket :)

    ReplyDelete

This box must be used with care.