10.22.2010

cerita pillow talk la katakan.

“Ayah, adik nak jadi doktor tau. NAK JADI DOKTOR.” kata seorang budak kecil bersungguh-sungguh. matanya yang cokelat gelap itu berpinar-pinar di bawah sinaran lampu kalimantang. tidak berkedip. yakin.

si ayah merenung kembali. bagus anak ini. kecil-kecil sudahpun bercita-cita besar. sengaja ayahnya bertanya, mahukan jawapan mengapa si kecil ini begitu berminat.

“Kenapa?” ayahnya bertanya ringkas.

“Sebab adik nak tolong orang!” budak kecil itu menjawab.

si ayah tersenyum lebar. rupanya si anak kecil ini berniat elok. jangan dilewatkan, nantikan pudar semangatnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

itu sinopsis ringkas penulis time kecik-kecik. ye, penulis bahasakan diri adik. sebab? anak bongsu katakan. mana tak manja ye. i still manja-manja tau! ehem-ehem. back to business. penulis sejak dari kecil, ye dari kecil, sangat berminat dengan doktor. kemungkinan besar penulis ada someone to look up to. i have my sister to thank for. she was everything to me. everything that i should be.

di jadikan cerita, semasa penulis lebih kurang umur 5-6 tahun, my sister went away to united kingdom. time tu, penulis like what? united kingdom, apa tu? berceloteh lah mak penulis, pot pet pot pet bercerita pasal united kingdom. another reason jugak why masa kakak first time balik Malaysia, we weren’t that close. she went too early. when i was born, dia dekat asrama penuh. bila dah besar sket, dah boleh ingat tu ingat ni sket, dia pulak bergegas nak ke oversea.

and i was raised to know her through the phone. yes, i did.

“Kak Ayu, united kingdom tu macam mana ha?” tanya penulis.
(bayangkan nada adik manja bertanya, haha)

“Adik kena belajaq pandai-pandai, baru boleh mai tengok sendiri!” kakak memujuk bijak. pandai dia bagi inspiration.

dan kami bersembang medical terms. penulis baru 7 tahun. baru darjah satu. kalau korang masih ingat lagi, or memang masih ada lagi paper tu, setiap hari khamis kot, dalam paper utusan ada selingan paper pasal kesihatan. i read that every week. siap marah (tapi masih manja) ayah sebab kadang-kadang terlupa belikan. penulis pun baca. kalau kakak call rumah, penulis mintak nak sembang-sembang. cakap pasal penyakit ni. pasal jantung. pasal hati tak boleh process. macam-macam. minat penulis memang membara.

dari darjah 1 lagi, penulis dah decide.

i want to become a doctor, and i want to go to united kingdom (pengaruh besar si kakak neh) and be one.

UPSR, score. PMR, score. Let’s skip these part, sebab semua lebih kurang sama je nada penceritaan. i was doing well. note, i WAS doing well.

Apa kata penulis buat list tahun dari tahun. Mungkin akan lagi jelas sket kepada korang.

Tahun 1-6: Doktor, tak mau benda lain.
Tingkatan 1-3: Doktor Forensik, (pengaruh cerita CSI).
Tingkatan 4-5: Doktor…mungkin Law & Enforcement.

Result SPM pun keluar. Jeng, jeng, jeng!

Jadilah LAWYER.

DSC06687

Love you guys :)

Dekat sini lah agak pelik sedikit. Keluarga penulis, kakak-kakak dan abang penulis, tak pernah terlintas langsung nak jadi lain dari science based field. I am the first in my family and obviously the last. (dah adik bongsu) Sekarang, penulis sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang. Dulu minat penulis sangat mendalam. Dalam sangat.

Tapi bukan itu persoalannya. Penulis tak pernah menyesal, walaupun kadang-kadang teringin nak menyarung coat putih doktor tu, sambil mengalungkan stethoscope.

Tak kisah la. Penulis yakin ada hikmahNya. Tak semua yang kita nak itu baik untuk kita, dan tak semua yang kita tak suka itu tidak baik untuk kita.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untukmu dan boleh jadi (pula), kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untukmu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."              Al Baqarah:216

Apa yang penulis nak stresskan adalah, kita harus redha dalam setiap keputusan yang kita buat. terima qada’ dan qadar. hikmah Allah itu banyak dan tak semestinya datang segera, dan tak semestinya datang secara terang-terangan. penulis belum lagi merasakan hikmah disebalik melanjutkan pelajaran sebagai peguam, tapi penulis sangat yakin, yang bahawa Allah swt takkan mempersia-siakan pilihan penulis.

Tapi jangan pulak takut untuk bermimpi. berangan. dan berharap. tak salah bermimpi. tak apa berangan. tak jadi hal berharap. semua ini membantu kita visualise what we want for ourselves in the future. jangan takut. jangan gentar. mimpi lah yang best-best and almost certain achievable. penulis yakin dengan kehendakNya dan penulis redha dengan pilihan penulis. Korang pun kalau macam penulis, dulu minat lain sekarang buat lain, jangan risau. HikmahNya tu luas, banyak. cuma tunggu turn nak muncul and bagi korang rasa tenang dengan pilihan masing-masing.

Apa-apapun, let’s do our best in whatever choices we made. (yang elok je lah, yang tak elok tu sendiri boleh paham kot?)

Selamat beramal :D

Categories:

1 comment:

  1. Yeah, ingat lagi dulu hang bercita2 jadi pakar forensik..huahua

    i was surprised as anybody finding out that you took up law..

    I'm happy you're happy with that choice..

    :)

    can't wait to see u again bro..

    ReplyDelete

This box must be used with care.