10.18.2010

Musim…Exam?

"Mane post baru blog kau untuk minggu ni?" tanya encik rambut 'silky smooth' bertanya.

"Sabarlah, tengah kering idea neh." penulis menjawab ringkas.

Memang benar, kering kontang idea. Nak tulis pasal apa pun tak sure sangat. Mungkin bukan sebab kekeringan idea, tapi more to, banyak idea sangat sampai tak tahu which one untuk ditulis dahulu. Sambil-sambil tulis ni, sambil-sambil pikir nama post. So, kalau ditengokkan kembali sekarang musim apa, tentulah korang semua tanpa segan silu menjawab musim bunga, (Australia) musim hujan, (Malaysia) musim salju (Russia), dan musim durian (Malaysia & Thailand). Bukan musim tu penulis tanya-tanyakan, walaupun sedap dapat makan pengat durian dengan pulut sambil minum milo susu panas.

alt

Musim exam. E.X.A.M.


Hubungan Students dengan Allah.

Time ni baru best nak bercerita tentang hubungan kita-kita ni sebagai students, dengan Allah s.w.t. Hubungan hamba dengan penciptanya.

"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman." Al-Mukminun:2

Kenapa highlight orang beriman? Hish, ramai je penulis tengok orang yang tak beriman yang kaya-raya, pangkat tinggi-tinggi. Mewah je tengok. Ramai jugak yang beriman, tapi hidup pulak miskin. Kais pagi makan petang pulak tu. Well, jangan ingat yang mewah itu adalah nikmat, dan jangan ingat yang miskin itu musibah. Boleh jadi yang mewah itu ujian, dan boleh jadi yang miskin itu nikmat.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik untukmu dan boleh jadi (pula), kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk untukmu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." Al Baqarah:216

Cuba lihat diri sendiri, ala, kita-kita ni sebagai student. Dapat study overseas. Scholarship lagi. Mewah sebenarnya kita neh. Boleh beli macam-macam lagi as students. Handphone sampai 4-5 sorang. 1 untuk calling-calling local. 1 untuk calling-calling rumah (Malaysia). 1 untuk reply message si dia. 1 lagi untuk terima message si dia. 4 je dia sorang.

 

alg_texting

 

Haih, lebih dari yang perlu rasanya. Kemudahan kita, kita gunakan untuk apa? Kemewahan adalah ujian Allah swt. Salah guna, maka berdosalah kita. Cukuplah setakat yang perlu, mungkin 1 untuk local-local dan satu lagi calling-calling Malaysia. Cukuplah penulis stress apa yang perlu. The rest korang boleh fikirkan sendiri. Takkan semua penulis nak kena bagi tahu?

Nilai Sebuah Taqwa

So, apa yang dijadikan ukuran di sini?

"Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu." al-Hujurat:13

Nampaknya harta-harta kita ni takde la grand sangat. Material stuffs. Takde nilai di sisi Allah swt langsung. Takde value. Nada. Porque? Sebab Allah swt lebih memandang mulia mereka yang bertaqwa kepadaNya. Itulah merit kita kepada Dia yang maha pemberi. Nilai taqwa di dada masing-masing.

Mana tahu, pak mat jual tempe dekat-dekat rumah korang yang korang pandang sebelah mata pun tak nak tu lebih mulia di sisi Allah swt kerana nilai taqwanya dan Datuk Si Polan bin Si Polan yang satu Malaysia sanjung tu pulak takde value di sisi Allah swt, juga sebab nilai taqwanya. Penulis tidak menunding jari. Penulis mahu korang berfikir.Kemuliaan manusia di antara manusia, berbeza kemuliaan manusia dengan penciptaNya.Nilai taqwa? Siapa tahu? Penulis tak tahu menahu, tapi penulis pasti yang Allah swt tahu semua nilai taqwa hamba-hambaNya. Cukuplah kita takut kepadaNya dengan membuat segala suruhan dan meninggalkan segala laranganNya.

Taqwa dan Iman

Apa relationnya sekarang? Chill dulu brothers and sisters. (assuming ada sisters yang baca, qof3) Taqwa. Iman. Taqwa. Iman. Hurm.

solat2

Taqwa adalah perasaan takut kepada Allah swt sebagai pencipta, pemilik, dan penaung seluruh alam dan makhluk-makhluk yang ada. Kita la tu, makhluk-makhluk. Iman pulak adalah kepercayaan sepenuhnya dengan membenarkan dengan hati, mengakui dengan lisan, dan mengamalkan dengan anggota badan. Bukankah kita perlu menyakini dengan sepenuh hati kita tentang kewujudan dan kekuasaan Allah swt sebelum kita merasa takut kepadaNya? Easy equation. Maka, tingkatkan iman di dada, seiring dengan nilai taqwa kita. Penulis dah lama ketinggalan, nak catch-up pun still semput-semput. Jom tolong-tolong antara kita.

Hubungannya?

Mungkin kalau di pikirkan balik, apa relationship students dengan Allah swt? Well, my friend, bukankah students itu hamba kepada Allah swt? Memanglah korang, termasuklah penulis, adalah pelajar, dan belajar adalah salah satu ibadat kepada Allah swt. Tidakkah Nabi saw pernah berpesan,

alt

"Kejarlah dunia seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya! Dan kejarlah akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari!"

Nampak ringkas je pesanan neh. Simple and sweet. Rasanya, ramai yang ambil first part tu sebagai pedoman hidup. Siapa tak mahu hidup mewah? Kejar dunia memanglah digalakkan. Tapi bersederhanalah! Jangan lupa final destination kita semua!. Dunia adalah hanya tempat persinggahan semata-mata. Takde yang abadi. Not even your family, your special ones, bestfriends and so on. Ni tidak, kejar dunia seolah-olah immune kepada panggilan cik kubur. Firaun yang super healthy, tak pernah-pernah sakit dulu pun mati mereput, kita-kita neh? Wallahualam.

solat2

Belajar pun belajar jugak. Jangan lupa tuntutan yang lebih penting, seperti solat pada awal waktu.Jangan lupa, yang memberikan kita berakal bijaksana dan berlapang dada bukanlah parasponsors, ibu bapa mahupun peer pressure dari rakan-rakan. Allah swt. Dia yang berikan segala-galanya. Janganlah terpedaya dengan diri sendiri. Sedang sibuk-sibuk menalaah, apa salahnya solat awal waktu. Nak tambah berkat? Solat la berjemaah. Tak rugilah. Untung pun ada. Pahala berlipat ganda, ukhuwah pun terjalin. Islam itukan mudah! Jangan susah-susahkan apa yang senang.

Dekatkan dengan Doa

Mari kita dekatkan diri kita neh dengan Allah swt. Bangun qiam. Buat solat sunat tahajjud, hajat, taubat dan sebagainya. Moga-moga Allah swt menerima segala amalan kita. Banyakkan berdoa-doa, sesungguhnya Allah swt suka hamba-hambaNya yang banyak berdoa.

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepada engkau tentang Aku, maka sesungguhnya Aku sangat dekat (kepada mereka). Aku perkenankan doa orang-orang yang mendoa apabila ia memohon (mendoa) kepada-Ku. Sebab itu, hendaklah mereka memenuhi (seruan)-Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, mudah-mudahan mereka mendapat petunjuk.” Al-Baqarah:186

Dan berfirman Tuhanmu “Memohonlah (mendoalah) kepada-Ku, Aku pasti perkenankan permohonan (doa) mu itu.” Al-Mu'min:80

cute_2

Doalah apa yang patut, dan apa yang perlu. Semoga Allah swt memakbulkan segala permintaan kita. Kalau tidak dikabulkan segera, usah risau, teruskan berdoa. Have a little faith. Mana tahu Allah swt suka mendengar kita berdoa, oleh itu dia lambat makbulkan. Tetapi tak semestinya apabila Dia cepat makbulkan bermakna Dia tidak menyukai doa-doa kita. Semua adalah kerja Allah swt. Cukuplah kita sekadar tahu tugas kita sebagai hambaNya adalah untuk berdoa dan yakin kepadaNya.

Usah gusar, Dia maha mengetahui apa dalam isi hati mu!

Penulis pun mahu exam. Ayuh score!

P/s: Lately rasa sangat letih, telinga siapa free?

Categories:

5 comments:

  1. aqila aini likes this! nice one chom!

    err.. aku sister. *qof2*

    ReplyDelete
  2. Really like your post... full of contents.. heehee

    ReplyDelete
  3. chom does his revamping very well..
    =)

    ReplyDelete

This box must be used with care.