10.05.2010

Kami bukan setakat Islam...

salam.

semalam penulis bermimpi. agak lama. pelik-pelik. tapi itu bukan intipati blog kali ini. nope. takde ramalan ataupun tafsiran mimpi macam mukjizat Nabi Yusuf. ini bukan blog ramalan mimpi, kalau korang pernah google nak tahu tafsiran mimpi korang la. (actually terkejut jugak dapat tahu, ada blog ramalan mimpi rupanya. wow.)

stop. ini bukan main story for today. no, no, no! ada cerita lagi best. cerita yang mengisahkan tentang kita-kita. ala, kita-kita la. kamu dan kamu. tak payah pandang jauh-jauh. sebelah kita pun dah cukup. tengok cermin pun okay jugak. kisah kita yang mengisahkan kita yang beragama Islam. boring. eh sabar la! tak baca lagi dah pun pandai label-label neh. sabar.


"...sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar." 2:153
Erti Muslim

sebenarnya, entri ni dah lama terbuku dalam note. takde la lama sangat, tapi agak cukup lama untuk direview kembali. apapun, pernah terdengar term "Muslim"? of course la kalau korang memang muslim. tapi for those yang tak tahu menahu, or even memang seorang muslim tapi tak pernah ambil pusing makna dia, inilah pengertian wikipedia.


 "Literally means, one who submits, (to God)" source: wikipedia

wiki je? okay-okay penulis usahakan sedikit la, untuk korang dapat tangkap apa sebenarnya muslim.



Seorang muslim artinya orang yang telah berpasrah diri, dalam hal ini
berpasrah kepada Tuhan, tetapi dalam rangking manusia ber­kualitas,
seorang yang baru pada tingkat muslim berada pada tingkatan terendah.
source: Hamba Allah

sekali penulis google, terkeluar bahasa indonesia ya pak? lebih kurang macam nilah, di maksudkan oleh si penulis blogger itu adalah, seorang muslim adalah orang yang telah menyerahkan diri, yakni berpasrah, sepenuhnya kepada Tuhan, yakni Allah S.W.T. Tapi dalam ranking atau level of human itself, is at the lowest level. Lowest pun lowest lah, insyaAllah naiklah ranking aku nanti! (monolog sebentar, kalau yang rapat, tahulah penulis monolog camne.)

So, you think you're a muslim?

Syaratnya anda dan anda di luar sana hanya perlu;
1) berserah
2) menyerah
3) pasrah
kepada Allah swt setiap masa.
(perlu diingatkan berserah, menyerah, dan pasrah bukannya sampai tahap untuk kita tidak berusaha langsung. tawakal pun memerlukan kita untuk berusaha terlebih dahulu.)

Jom imbas kembali kehidupan kita. Ala-ala tayangan movie lewat malam dekat channel 9. (bukan cerita 'itu'!)

Bangun pagi
bangun pagi, gosok gigi, minum kodomo lion. rasanya ramai yang bangun terus tengok jam, dan mengeluh dan mengeluarkan pelbagai ragam.

lambatnya aku hari ini!
oh, mari skip lecture, dan sayang bantal busukku mari sambung tido!
ada apa ye kat bawah tudung saji kat dapur tu?
dan bermacam ragam lagi.

berapa kerat yang bangun lalu memuji Allah swt kerana memberi izin untuk hidup pada hari seterusnya? renungan untuk kita semua. penulis pun mudah lupa, siap bangun dari tido terus check tudung saji lagi. (okay adelaide, takde tudung saji, so, perkara ini berlaku di Malaysia.)

teringat kisah pak cik penulis. cerita dia sayu. sayu sangat. dia 'pergi' dalam keadaan 'tenang' selepas solat subuh. dia cuma membaringkan badannya lalu nafasnya pun pergi dibawa angin. tinggallah mak cik penulis kesunyian. rasa rugi sangat tak rapat dengan pak cik. (dahulu penulis tak berapa berkenan dengan 'pak lebai', atas sebab-sebab jahiliyyah). betullah la kata orang, bila orang baik itu meninggal, terasa seperti semua kebaikan di dunia pergi bersamanya. orangnya tenang, mukanya bersih, matanya tajam tapi penuh kasihan. senyumannya paling 'tenang'. rindu pun ada. semoga pak cik dirahmati Allah swt selalu. cuba kita renungkan jikalau kita pergi, esok hari, ketika belum sempat kita menyahut seruan subuhNya atas kengganan kita untuk bangun? para sahabat nabi yang dijanjikan syurga pun risau sama ada layak ke syurga atau tidak, inikan pula kita manusia kudus dina di pandanganNya.

Tengah hari dan petang
Ni la kemuncak segala-galanya dalam kehidupan seharian. Tengah hari la nak pergi lunch, tengah hari la nak sibuk-sibuk ada kelas. Tengah hari la nak ada group meeting. Tengah hari la nak ada segala macam kejadian nak ada. (takde idea dah.) pernah terfikir tak, kadang-kadang kita sebagai hamba, meletakkan sesuatu tidak mengikut urutan yang sepatutnya? tuntutanNya mula bercampur dengan tuntutan manusia.

contoh terang lagi bersuluh la, nanti tak payah nak pusing-pusing dah.

anda sedang sibuk menaip assignment/report/chat.

iPrayer di iPhone anda sibuk berkumandang. menandakan zohor telah pun masuk. tak cukup iphone, laptop anda yang dilengkapi dengan software Athan pun sama naik, berkumandang merdu, kalau boleh nak bagi tau satu rumah dah masuk waktu.

apa anda buat yah? assignment petang due. report esok nak pass up. chat dengan kawan baik di Malaysia yang kalau tak chat kali ni, putus kawan selama-lamanya.

rasa hiba pun ada, bila lihat mereka yang meletakkan assignment, report dan chat mengatasi seruanNya. mungkin tuntutan lecturer, manager, dan best friend tu lagi tinggi agaknya. mungkinlah. mungkin 10 minit tu akan merugikan dia. lagipun masa itu kan emas. dia pulak kesempitan waktu. tapi janganlah lupa yang melapangkan kita bukanlah lecturer, manager, mahupun best friend, tetapi Dia maha Kuasa. lapang sebelum sempit!

petang? tok sah nak gebang la. (sorry, terhambur bahasa ibonda I) yang bersukan dan bersukaan sampai ke maghribnya. nak kena tunggu mak bapak datang hambat baru nak balik ke bang? you're not 10 anymore.  tak kira lagi yang pakai shorts. nak naik juling mata penulis melihat. apa kata balik 10-20 minit awal. boleh prepare-prepare ke masjid. imarakkan masjid. berkat pun berkat. pahala pun berganda. bersukan dan bersukaan boleh, tapi mesti kena gaya dan caranya, Islam itukan mudah!

Malam
Pasang kejap laptop. Tengok kejap telenovela dalam laptop tu. Oh, Rosmelda ku!~ (Weh, zaman telenovela tu dah lama la bro!) Okay, korea la pulak. Okay, jepun kejap. Okay, penulis mengaku. Penulis pun ada tengok series, but i am trying my best to reduce the number of series im watching. Mungkin tambah 1-2 series. Series seumpamanya adalah;




Ilmiah pun ilmiah. KCB tu, ada saja hukum hakam yang dia mention. pelakon pulak mantap. bertutup rapi. banggalah kalau penulis produser/pengarah. syurgamu ramadhan ni banyak kali nak try tengok, tapi macam tv 3 tak nak kasi je. register 2-3 kali. tak dapat-dapat jugak tengok. haih. dengar kata macam best. rezeki takde nak buat macam mane la ye. sob. sob.


"Berhibur tiada salahnya
Kerna hiburan itu indah
Hanya pabila salah memilihnya
Membuat kita jadi bersalah
" - Mari Berhibur, Raihan
Renung-renungkanlah lirik ini ye.

Islam dan Muslim bertempat dan berwaktu.

Pelik pulak bila dapat tahu ada orang mengaku Islam dan Muslim, tapi dia bukanlah mengamalkannya. Kononnya moden la mengaku Muslim tapi mengaku 'non-practicing'. Suka hati dia je nak label diri sebagai 'non-practicing' Muslim. Never heard of such term before, not until I've reached Australia. Kenapa dia mengaku Muslim yang sepatutnya pasrah dan berserah kepada Allah swt semata-mata, tetapi dia enggan melaksanakan segala perintah dan laranganNya? Its contradicting you see. How can you be a robot who heavily relies on your master, but in the end, act like you're not relying on your master at all by doing things your master haven't created you for? Its absurd.


Sepatutnya kita kena jadi FULL-TIME muslim. katakan tidak kepada part-time atau unemployed tu! (suka-suki je gunakan terms economic). Takde masa atau tempat yang dapat membataskan keIslaman kita. Jangan biarkan perkara ini terjadi kepada kita! Ingat kita bukan setakat Islam di hadapan Ahmad, Latif, Umar dan di masjid-masjid ataupun surau-surau, kita juga mesti Islam di hadapan Rahul, Mei mei, Spencer dan juga di shopping mall dan di pasar malam. Senang cerita seorang Muslim tidak ada butang switch on/off. Once you're on, you're on baby! Orang yang malu dengan keIslamannya je yang main on/off neh. Korang tak tahu malu kan? Good! Tak sia-sia penulis berceloteh.


"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya dan dia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi." 3:85
Tak rugi bersama Islam ni, kenapa nak on/off pulak?

Okay, kelas pun dah nak start. Selamat beramal people!

Categories:

2 comments:

  1. non-practicing Muslim? Sungguh kelakar statement tersebut..

    Proud of you man..
    ^_^

    ReplyDelete

This box must be used with care.