10.04.2010

Reality Check: Revamped

Sekiranya kalau ramai yang bertanya kepada penulis, kenapa sudah lama tidak menulis? sungguh penulis akan terdiam terfikir. bukanlah penulis tidak mahu menulis, mahupun tiada idea untuk ditulis. masa juga bukanlah penghalang. ada saja masa untuk menulis sebanyak mana hati ini mahu menulis. cuma belakangan ini penulis terfikir. sebagai seorang kaki blogger, apa matlamat penulis?

matlamat? ya, untuk apa penulis menulis?

sekadar mengisi masa lapang? mungkin boleh jadi ia adalah masa terbuang. menulis tanpa matlamat, tanpa arah tujuan seolah-olah memberi kita petanda bahawa, masa yang terluang boleh berubah menjadi masa terbuang, dengan hanya tidak mempunyai matlamat sahaja. jikalau penulis seorang penulis yang bermatlamat, boleh jadi masa terbuang akan berubah menjadi masa terluang.

Quran_by_darkness_life

merencanakan perihal harian, pun seronok sekali sekala. matlamat sekadar berkongsi perasaan dan rasa. tidaklah membuang masa, sekiranya bermanfaat pada semua.

dan maafkan jika semua ini terlalu cepat bagi kamu dan kamu. mungkin sebab inilah yang penulis tercari-cari selama ini. jadi penulis tidak mahu berlengah lagi. titik tolak untuk segala-galanya. apa yang penulis perlukan adalah semangat. sokongan. dan mungkin sedikit kekuatan. teguran dialu-alukan sama sekali. semoga kita sama-sama saling menasihati.

“…dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar” 103:3

perkara baik harus disokong, jadi mengapa harus berlengah lagi?

jadi, mulai hari ini, blog penulis yang dulunya tidak bermatlamat, or jika ada, matlamatnya sangatlah trivial jika dibandingkan dengan matlamat baru ini, melancarkan reality check: revamped. same concept, same author. different goal, different methods. afterall, this IS my blog.

semoga kita masing-masing dapat menambahkan amal dalam saling menegur ke arah kebaikan. cheers matey Smile

p.s: kalau ada apa-apa comment, sila. help yourself.

1 comment:

  1. Ramai org menulis blog dgn tujuan masing2..dan biarlah apa yg kita tulis mendapat keredhaan Allah=)

    ReplyDelete

This box must be used with care.