12.21.2010

melakar pelangi ukhuwah

salam.

tajuk, wow. okay, bukan nak berpuitis tak tentu arah secara berlebihan cuma penulis yang suka bermadah dan bukannya bermegah. tajuk post kali ini adalah ukhuwwah. bukan setakat friendship tu. this is more than that. kita hidup sesama manusia, semestinya at some point, akan ada ukhuwah terjalin antara kita. sebelum penulis menghurai dengan lebih lanjut, jom kita check it out, apa yang dimaksudkan dengan ukhuwah?

ukhuwah dalam kehidupan.

telah diterangkan oleh Imam Hassan Al Banna bahawa ukhuwah islamiyah ialah keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain dengan ikatan akidah. apa bezanya ikatan persahabatan friends-forever-and-ever-and-ever yang selalu digendong oleh pihak barat, dan ukhuwah fillah yang dibawa oleh Islam? tentu sekali pihak barat berkawan dan bersahabat, cukup kuat persahabatan itu, tapi sehingga ke mana mereka membawa ikatan mereka itu? penulis yakin mereka berkawan kerana keperluan dunia semata-mata. manusia mana mahu duduk bersendirian selalu tanpa kehadiran manusia lain dalam kehidupannya? sayang sekali persahabatan mereka selalu berakhir di dunia sahaja. berbeza dengan islam, kita berukhuwah, bukan kerana harta, mahupun pangkat ataupun darjat. kita berukhuwah kerana kita mengharapkan keredhaanNya. kita berukhuwah hingga ke syurgaNya, dalam satu akidah dan keterikatan hati dan jiwa antara satu sama lain.


dalam keterikatan hati dan jiwa inilah yang mendorong kita untuk bersatu padu, berusaha untuk memajukan agama mulia kita, agama Islam. kehidupan yang harmoni dan aman damai tidak akan dapat dicapai jika kita berburuk sangka, tidak menghormati orang lain dan berlaku biadap dalam kehidupan seharian. jika kita benar-benar memahami apa yang dimaksudkan dengan ukhuwah yang mengikat hati-hati dan jiwa-jiwa antara kita, sudah pasti kita akan mampu bangkit menjadi sebuah umat yang cemerlang, secemerlang umat terdahulu, malahan lebih baik lagi kerana kita betul-betul sudah memahami islam itu sendiri. Ini adalah disebabkan islam itulah yang mengajak para ahlinya untuk saling berukhuwah. Ukhuwah kerana Allah.

ukhuwah itu persahabatan.

ukhuwah bukan sekadar berkawan semata-mata malahan lebih dari itu sesungguhnya ia meliputi setiap aspek kehidupan kita. cuba pembaca pikirkan kembali, lihat sekeliling pembaca. betul atau tidak jika penulis membuat hypothesis mengatakan, kawan-kawan yang baik akan membentuk suasana yang baik dan vice versa? lihat saja sekeliling pembaca, tidak kira pembaca dimana sahaja. mungkin di mall, atau pun di kaki-kaki lima. cuba perhatikan tingkah laku para remaja. adakah dalam sekumpulan kaki sap kok lu..(hisap rokok dulu) akan ada seorang yang kaki masjid dan khatam al-quran? takkan ada bukan? ini kerana fitrah manusia adalah mencari mereka yang bersehaluan dengan mereka. fitrah manusia yang suka akan keselesaan dalam kebersamaan.

telah diterangkan di dalam al-quran supaya kita memilih kawan dengan berhati-hati, supaya kita tidak akan tersilap langkah.

"Dia menyeru kepada sesuatu yang (sebenarnya) bencananya lebih dekat daripada manfaatnya. Sungguh, itu seburuk-buruk penolong dan sejahat-jahat kawan."
(Al-Hajj : 13)
Dia disini dimaksudkan manusia yang menyembah Allah swt dengan tidak penuh keyakinan, iaitu mereka yang tidak benar-benar beriman. Sudahpun Allah swt memberitahu kepada para hambaNya untuk berhati-hati dalam berkawan kerana effect seseorang sahabat itu adalah hebat dalam kehidupan masing-masing. kawan yang baik akhlaknya, syumul ibadahnya wajib dicontohi dan didampingi. sungguh merekalah yang dapat membantu kita dalam usaha kita meniti perjalanan di akhirat nanti.


biarlah penulis berbicara atas pengalaman penulis sendiri. dahulu penulis yakin penulis bersahabat kerana penulis tidak mahu hidup kesunyian, tapi tidak pernah terlintas di benak pemikiran penulis bahawa kita bersahabat haruslah bermatlamat, tahu arah mana harus ditujui, supaya persahabatan yang terjalin tidaklah disia-siakan. penulis akui, sejak penulis bertemu dengan 'mereka' yang berukhuwah kerana Allah swt semata-mata, penulis dapat rasakan a different light dalam bersahabat. penulis merasakan semua ini dilakukan kerana atas dasar mengasihi erti sebuah persahabatan kerana Allah swt dan bukannya atas dasar-dasar keduniaan semata-mata. penulis harus mengakui yang bahawa tidak pernah penulis menyayangi seseorang manusia yang tidak mempunyai pertalian darah dengan penulis seperti mana penulis menyayangi 'mereka' ini. walaupun sekejap sahaja kami berkenalan, tapi impaknya sangat kuat, lebih kuat dari apa yang pernah penulis lalui.

kuatkan ukhuwah di dalam dada.

apa gunanya berukhuwah jikalau tidak dijaga dengan penuh istiqamah? di sini ada beberapa cara untuk kita sentiasa istiqamah dalam menjaga ukhuwah yang dibina supaya ia terus berkekalan.

baginda rasulullah s.a.w pernah bersabda,

Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
sungguh mudah. jangan kelukan lidah anda, ringankan mulut anda, cabar ego anda, dan luahkannya kepada mereka yang perlu tahu. sesungguhnya kita berkasih dalam rahmat ilahi, tiada apa yang perlu ditakuti. kita bersaudara kerana Allah swt semata-mata.

apa salahnya jika kita mendoakan perkara yang baik untuk sahabat kita? bukankah itu adalah amalan yang baik dan mulia?

"Tidak seorang hamba mukmin berdoa untuk saudaranya dari kejauhan kemungkaran melainkan malaikat berkata, dan bagimu juga seperti itu"
(Hadis riwayat Muslim)
sungguh tidak rugi dan salah jika mendoakan kebaikan untuk sahabat kita, malahan ia dapat membantu sahabat kita yang ditimpa kesusahan.

perkara yang semudah senyuman juga dapat dijadikan salah satu cara untuk merapatkan hubungan ukhuwah sesama kita. betullah, siapa yang tak suka melihat orang lain memberi senyuman terhadapnya?

“Janganlah engkau remehkan kebaikan apa sahaja yang datang dari saudaramu dan jika engkau berjumpa saudaramu maka berikan dia senyuman kegembiraan”.
(Hadis riwayat Muslim)
sungguh seronok dapat melihat sahabat-handai anda tersenyum girang terhadap anda selalu. senyumlah, walaupun hidup anda penuh dengan musibah dan cabaran.

tak salah juga ucapkan selamat terhadap sahabat anda ketika mereka memperolehi sesuatu yang baik.

“Barangsiapa mengucapkan selamat kepada saudaranya ketika saudaranya mendapat kebahagiaan nescaya Allah s.w.t mengembirakannya pada hari kiamat”. (Hadis riwayat Tabrani)
sungguh Islam menggalakkan kita untuk bersaudara sesama kita. tidak rugi kita berukhuwah kerana semuanya adalah kerana Allah swt. ayuh, pergi keluar dan jalinkan ukhuwah sesama kita!


p/s: semakin ramai yang buat blog, kena tulis lagi mantap neh. hehe

Categories:

4 comments:

  1. bagus2.teruskan penulisan yg hebat2 dan lebih hebat, jgn jd mcm sy.

    ReplyDelete
  2. subhanallah byknye hadis psl kepentingan bersaudara

    “Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya”. (Hadis riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

    ReplyDelete
  3. syahr: ye, pasti improve :D

    paku: tak bleh, atas sbb peribadi. :S

    annas: say it, i know want to say it to me. hahaha :P

    ReplyDelete

This box must be used with care.