12.08.2010

perasaan yang perlu, lahirkan segera!

*tarik nafas* *tiup* fuhhhhhhhh!

salam!

berhabuk sungguh keyboard penulis. berhabuk lagi blog neh. maafkan penulis kerana jarang menulis. barangkali penulis sibuk selepas exam, barangkali penulis sedikit lalai dengan masa lapang yang ada. maafkan penulis yang semakin lelah. secara tidak langsung penulis merasakan sangat jauh dengan Dia Maha Pencipta, macam lost contact for quite some time. Astaghfirullah! Nasib baik ada kawan baik penulis point out something yang penulis neh asyik duduk bertenggek buat kerja tak berapa nak berfaedah.

sungguh betul bila orang cakap, masa yang lapang itu sangatlah bahaya jikalau tidak di isi dengan perkara yang berguna dan bermanfaat. free time kills! it had killed me, luckily someone resuscitate me! bagus la ada kawan-kawan macam nih. ha, tu tertanya la tu, selama ini penulis buat apa? hehe mana boleh bagitau, aib orang mana boleh cerita. hish! tapi itu bukan main headline kali ini. seperti biasa, penulis akan berceloteh separuh page, baru nak start. warm up la katakan.

hubungan yang melahirkan dan membelai.

pada post yang lalu, penulis telah menerangkan hubungan kita-kita neh sebagai students dengan Dia Maha Kuasa, Allah swt. hubungan yang takkan putus, takkan hilang, takkan boleh disconnect tak macam line broadband Streamyx dekat Malaysia yang asyik putus, on-off bila-bila masa. hubungan mulia berkeluarga. ya, hubungan students dengan ibu bapa. hubungan yang lebih tinggi darjat dan harganya jika dibandingkan dengan hubungan yang belum lagi sah dan sempurna yang semakin meruncing dikalangan masyarakat kita. hubungan apa tu? rasa macam tak perlu google je. tepuk dada, tanya iman.

cuba kita pikir balik, berapa kali ye kita call parents dalam sebulan? okay done? and then cuba pikirkan berapa kali ye kita call si dia? okay, call saja macam too narrow. how about, berapa kali kita hubungi ibu bapa kita dalam sebulan? sms, call, skype, anything to let you know you are doing okay here. compare pulak dengan berapa kali kita keep in touch dengan si dia? kepada yang tidak berpunya, boleh compare dengan masa lapang yang diisi dengan perkara-perkara lain.

penting sungguh hubungan ibu bapa terhadap kita-kita students neh. for one, they are our parents, and like no other people do or might do in the future, no one supports you more like your own parents. tak perlu tanya kenapa mereka selalu berbuat demikian. cukuplah perit jerih membesarkan anda menjadi bukti yang jelas lagi nyata. ya, mungkin ibu anda suka berleter, dan ayah anda suka merenung tajam ketika marah, tapi bukankah lebih baik mempunyai ibu dan ayah yang marahkan kita kerana sayang dari mempunyai ibu dan ayah yang tidak mengendahkan aktiviti kita langsung atau mungkin tidak mempunyai sebarang ibu atau ayah sekali pun. yang mahu penulis tekankan di sini adalah kepentingan untuk bersyukur.

bagaimana mahu bersyukur dengan kehadiran ibu bapa di dalam kehidupan kita? Selain mentaati perintah dan meninggalkan larangan Allah swt, sudah tentu korang boleh agak kan? Taatilah kedua ibu dan bapamu.

redha mereka adalah redha Allah swt juga. sungguh Allah swt telah mengangkat darjat mereka, tidak lain dan tidak bukan untuk kamu dan penulis bersyukur dengan kehadiran ibu bapa masing-masing. merekalah yang berpayahan membesarkan kita, tidak berkira sedikit pun, kerana mereka sayangkan kita.

perasaan yang perlu, lahirkan segera!

bukankah kita juga diperintahkan untuk selalu berbuat baik kepada mereka? bukankah itu menjadi suatu tuntutan kepada kita? bukankah itu menjadi kewajipan kita?

“ Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik dan berbakti kepada kedua ibu bapanya … ” (Al-Ankabut : 8)
“Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, katanya : “ Saya telah bertanya kepada Nabi SAW : “ Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah ? ” Baginda menjawab : “ Sembahyang dalam waktunya. ” Beliau bertanya lagi : “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Kemudian berbakti kepada ibubapa. ” Beliau bertanya lagi: “ Kemudian amalan manakah pula? ” Baginda menjawab: “ Berjihad di jalan Allah. ” Beliau berkata lagi: “ Baginda SAW telah berbicara kepada saya tentang semua itu. Seandainya saya meminta Baginda SAW menambah lagi, pasti Baginda SAW menambah untuk saya.
(Hadis riwayat Bukhari)
sungguh kita sudahpun diseru supaya berbuat baik kepada mereka, mengapa ramai masih tidak mengerti? ada yang derhaka dengan melawan kehendak ibu dan ayahnya. ada juga yang tidak ambil peduli akan hal ehwal kesihatan mahupun makan minum mereka. tak patut tu!

Abi Bakrah radhiallahu 'anh berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam pernah bertanya tiga kali:

“Mahukah aku memberitahu kalian tentang dosa yang paling besar?”

Mereka (para sahabat) menjawab: “Sudah tentu wahai Rasulullah!”

Baginda menjelaskan: Syirik kepada Allah, derhaka kepada ibubapa (perawi menerangkan, bahawa baginda ketika itu duduk sambil bersandar, lalu menyambung) dan sumpah yang palsu. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)


‘Abd Allah ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma pernah menerangkan bahawa dosa-dosa terbesar ada sembilan, iaitu:

Mempersekutukan Allah, membunuh orang lain (tanpa hak), melarikan diri daripada pertempuran, memfitnah seorang wanita (dengan tuduhan zina), memakan riba’, memakan harta anak yatim, berbuat maksiat dalam masjid, menghina ibubapa dan (menyebabkan) ibubapa menangis disebabkan kederhakaan (anak kepada mereka berdua).
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
bukankah lengkap seruan Islam terhadap sesuatu itu? Islam menyuruh kita supaya berbuat baik kepada kedua ibu dan bapa kita dan melarangkan kita sekeras-kerasnya dari menderhaka kepada mereka. sungguh, siapalah kita tanpa mereka? cuba korang pikirkan. jikalau mereka decide pada suatu masa yang dahulu, mereka tidak mahu membesarkan korang, malah diorang buang korang, kat dalam tong sampah, mangkuk tandas, balutan daun pisang, macam kes buang bayi yang semakin meruncing sekarang tu. rasa-rasanya, korang ada lagi tak nak baca blog neh?

Ibu berbanding Ayah?

sungguh di dalam banyak riwayat hadis, banyak yang menggalakkan kita-kita neh supaya melebihkan si ibu jika dibandingkan dengan ayah. antaranya adalah,

Abu Hurairah radhiallahu 'anh berkata:
Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam dan bertanya:
“Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ibu kamu.”
Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”
Baginda menjawab: “Ayah kamu.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Seorang lelaki pernah bertanya kepada Ibn ‘Abbas radhiallahu 'anhuma, “Saya meminang seorang wanita tetapi dia menolak pinangan aku. Setelah itu datang orang lain meminangnya lalu dia menerimanya. Saya menjadi cemburu kepadanya dan saya membunuhnya. Apakah ada taubat untuk saya?”
Ibn ‘Abbas bertanya: “Apakah ibu kamu masih hidup?”
Dia menjawab: “Tidak.”
Ibn ‘Abbas berkata: “Bertaubatlah kepada Allah dan mendekatlah kepada-Nya semampu mungkin.”
Atha’ bin Yasar (yang hadir sama saat itu) bertanya kepada Ibn ‘Abbas: “Mengapa engkau bertanya kepada lelaki tersebut sama ada ibunya masih hidup?”
Ibn ‘Abbas menjawab: “Saya tidak tahu perbuatan yang paling mendekatkan (seseorang) kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala melainkan berbakti kepada ibu.”

(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
mungkin ada pelbagai sebab mengapa di dalam Islam, ibu dilebihkan sedikit jika dibandingkan dengan ayah. mungkin kerana wanita adalah kaum yang lemah jika dibandingkan dengan kaum lelaki, maka mereka lebih berhak untuk dihormati dan disayangi. jika tidak, tentu saja ramai yang akan menderhaka terhadap ibu masing-masing kerana sesungguhnya ibu nature-nya yang lemah lembut dan baik hati membuatkannya di dalam position memudahkan dia di derhakai, maka di situ Islam telah menutup lubang kelemahan dalam sistem kekeluargaan, supaya hak-hak ibu dilindungi.

tidakkah kita berasa tak senang kalau tak tahu tentang perihal ibu dan ayah kita? kalau ya, silalah kerap menghubungi ibu dan ayah anda. kalau tidak, mungkin anda terlalu kerap berhubung dengan ibu dan ayah anda, dan anda pun mulai tidak risau. :) either way, lebihkanlah ibu dan ayah korang, yang telah bersusah payah membesarkan korang, memberi makan dan minum, menyekolahkan korang dan memberi sokongan padu terhadap cita-cita korang.

mungkin korang sedang dilamun cinta, dan si dia adalah segala-galanya dan hidup mati korang bersama si dia yang belum tentu halal bagi korang.

tapi ingat! di saat ada suatu cacat cela dengan korang, dan si dia mulai meminggirkan korang, di saat itu korang akan tahu siapa yang selalu ada, no matter what! jadi leraikan hubungan mentah korang-korang ada, dan lengkap hubungan korang dengan ibu-bapa masing-masing. sungguh itulah lebih baik dan diredhai Allah swt.

p/s: a face only a mother could love.

Categories:

1 comment:

  1. setuju dengan penulis
    kekasih beribu boleh dicari, ibu seorang yg hilang, mana mungkin ketemu ganti
    jom berbakti kpd ibu bapa, sementara mereka masih ada!

    ReplyDelete

This box must be used with care.