1.25.2011

terpaksa baik?

Pernahkah anda merasa terpaksa? tak kiralah apa pun jenis keterpaksaan. mungkin dipaksa makan ulam padahal lidah membenci kepahitan disebabkan tiada sayuran, ataupun menulis thesis di lewat waktu kerana tahu jika seminit tidak digunakan sepenuhnya akan terlewat siap. tidak mengapa, penulis pun begitu, kadang-kadang kehidupan memaksa kita untuk berbuat sesuatu.

stressed by ~velocity3

Tapi dalam kehidupan sekarang, terpaksa tidak lagi membawa sebarang erti. terpaksa bukan lagi kerana kesempitan sesuatu yang lapang tapi disalah erti untuk menjustifikasikan apa yang bukan halal baginya. memilih kejahatan bukanlah niatnya. itu bagi mereka yang tiada pegangan kehidupan. bagaimana pula mereka yang merasakan "terpaksa" untuk berbuat baik?

baik dan terpaksa?

mengapa kita terasa terpaksa untuk berbuat baik? adakah environment kita yang memaksa kita untuk berbuat baik? kalau begitu, dimanakah fungsi hati kita dan juga iman kita sebagai pembimbing? sudahkah ia menjadi lemah lantas tidak lagi mampu untuk membimbing kita? tepuklah dada sekuat mungkin, tanyalah iman sebanyak mampu.

"Barang siapa yang kebaikannya membuatnya senang dan keburukannya membuatnya sedih, maka dia orang mukmin."
(Hadis Riwayat Al-Hakim)
Mengapa harus merasakan terpaksa terhadap kebajikan? Bukankah ia sesuatu yang baik?Bukankah fitrah kita sebagai manusia mengdambakan kebaikan? Seharusnya hati yang terjaga dari sebarang unsur yang merosakkan dan iman yang mantap lagi kuat merasa senang hati melakukan kebaikan bahkan berasa melonjak kegembiraan setiap kali dipanggil untuk berbuat demikian. Mereka terpanggil untuk bersedekah, berbuat kebajikan tanpa disuruh. Tidak perlu berfikir sejenak, mereka memberikan yang terbaik dalam membuat amal kebajikan tanpa disuruh. itulah ciri seorang mukmin.

the flower meadow by Pitrisek

perasaan terpaksa lahir hanyalah dari hasutan nafsu dan syaitan yang bergerak secara teamwork, lalu berkerjasama meruntuh pegangan diri yang dikemudi iman. manakah letaknya rasional diri jika menolong orang yang dalam kesusahan dan dirinya tidak merasakan gembira sebaliknya susah hati untuk berbuat demikian. selami jiwa mu sedalamnya, dan tanyakan kepada dirimu, mengapa hati mu menentang kebaikan?

ringankan tangan yang berbuat kebajikan.

"Daripada al-Nawwas ibn Sam'aan r.a. daripada Nabi SAW baginda bersabda:

Kebajikan itu ialah keelokan budi pekerti dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam dirimu dan engkau benci orang lain mengetahuinya."
(Hadis Riwayat Muslim.)
latihla dirimu untuk meringankan tanganmu yang gemar berbuat kebaikan. jangan fikirkan baik atau buruknya berbuat kebaikan. sudah pasti setiap kebaikan yang dilaksanakan tidak akan menjadi sia-sia kerana ganjaran Allah swt hebat untuk mereka yang beramal dengan ajaranNya. Apakah ganjarannya? Syurga yang kekal selama-lamanya, tiada tertanding oleh kemewahan dunia.

Jadilah seorang mukmin sejati, dengan menggunakan hati dan firasatnya, dia dapat menduga baik atau buruknya sesuatu perkara tersebut. lapangkan dada dalam beramal, usah fikirkan ganjaran duniawi yang hanya sementara. kejarlah apa yang kekal selama-lamanya, iaitu Syurga di sana.

Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.