3.14.2011

amalkan yang baik-baik

assalamualaikum.


Kindness from a Stranger by ~piratefuriousteddy

maafkan penulis yang sibuk seketika ini, maklumlah musim persekolahan sudah pun bermula. pelbagai kelas telah penulis hadiri dan satu persatu penulis amati perbezaannya. nyata sekali di dunia yang begitu luas ini, terdapat pelbagai subjek yang telah dijelajahi manusia. dan jika diingatkan kembali, subjek Anthropology of Everyday Life adalah yang paling menarik kerana subjek ini ingin mendekatkan manusia kepada mengapa mereka berinteraksi diantara satu sama yang lain dalam kehidupan seharian. Penulis merenung kembali perspektif yang ingin di bawa oleh manusia dari sudut pandangan zahir manusia kepada perspektif sudut agama Islam yang sesungguhnya tidak pernah terbatas oleh waktu mahupun zaman.

Bagaimana harus kita berinteraksi antara satu sama yang lain dalam scope seorang mukmin?

Seorang mukmin hendaklah melakukan kebaikan dimana jua dia berada, dengan sesiapa sahaja dia bersama walaupun dalam apa jua keadaan.
Dari Abu Ya’la Syaddad bin Aus radhiallahuanhu dari Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam bersabda : Sesungguhnya Allah telah menetapkan perbuatan baik (ihsan) atas segala sesuatu . Jika kalian membunuh maka berlakulah baik dalam hal tersebut. Jika kalian menyembelih berlakulah baik dalam hal itu, hendaklah kalian mengasah pisaunya dan menyenangkan haiwan sembelihannya.
(Riwayat Muslim)
Di sini, hadis mengajak manusia untuk melakukan kebaikan dalam setiap perkara kepada setiap makhluk ciptaan Allah swt, walaupun dalam perbuatan menyembelih binatang sembelihan. Berbuatlah baik sesama manusia, sesama mukmin, dan janganlah berkira apa yang disumbangkan kerana balasan Allah swt sungguh tiada jangkauannya.
Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu dia berkata : Rasulullah shollallo
hu ‘alaihi wa sallam bersabda : Setiap anggota tubuh manusia wajib disedekahi, setiap hari dimana matahari terbit lalu engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertikai) adalah sedekah, engkau menolong seseorang yang berkendaraan lalu engkau bantu dia untuk naik kendaraanya atau mengangkatkan barangnya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju shalat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan dari jalan adalah sedekah.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sedekah. Setiap amalan yang baik adalah sedekah dan pahala sedekah amatlah banyak dan tidak dapat dihitung oleh manusia nilainya di hadapan Allah swt. Mungkin di hadapan manusia, nilai sedekah ataupun berbuat kebaikan itu sangat kecil, tambahan pula perbuatan yang dibuat itu sangatlah tidak signifikan nilainya di mata manusia. Tetapi tidak di hadapan Allah swt, kerana setiap perbuatan yang baik, tidak kira sebesar zarah sekalipun, akan dikira!

Bukannya susah. Cuba mulakan dengan orang sekeliling kamu. Senyum setiap kali masuk menghadap kedua ibu bapa kamu. Bermanis muka dengan adik beradik kamu. Setiap yang baik itu adalah sedekah, dan setiap sedekah itu ada ganjaran pahalanya, dan setiap pahala akan dihitung tanpa akan ada terlepas satu pun.Kehidupan kita memerlukan kita sentiasa berinteraksi antara satu sama yang lain, maka kenapa tidak kita jadikan setiap interaksi itu sesuatu yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain?

Setiap langkah diikuti dengan pahala yang lumayan supaya dijadikan galakkan untuk berbuat baik dalam setiap perkara.

Apa yang kamu semua tunggu lagi? Jom!

p/s: sedikit kekeringan idea. insyaAllah akan tampil lebih hebat dan padat.


Categories:

4 comments:

  1. Senyum setiap kali masuk rumah ketemu housemates. Bermanis muka dengan ahli rumah sendiri..

    paling penting, bersangka baik dgn semua yg ada.

    ReplyDelete
  2. Senang je kan nak dapat pahala?

    ReplyDelete
  3. senyum semua, senyum itukan sedekah :)

    ReplyDelete

This box must be used with care.