7.21.2011

Sesenggat Waktuku di Adelaide

Assalamualaikum wbt, penulis mulakan bicara.

Sunyi, blog ini penulis sengaja biarkan sunyi. Kenapa? Penulis mahu menduga sampai tahap mana hubungan penulis dengan blog yang menjadi medan penulis untuk berdakwah. Tampak sekali dengan entri yang tidak seberapa, hubungan kami tidaklah semesra yang penulis harapkan. Tapi tidak mengapa, kerana salahnya bukan terletak pada blog ini sama sekali. Mungkin penulis yang kekeringan idea untuk bercerita, ataupun masa lapang yang ada tidak penulis gunakan dengan sebaiknya. Maafkan ngomelan tadi. Hehe.


Sebentar tadi, penulis baru selesai bermain futsal bersama para sahabat handai dan juga adik-adik junior. Boring. Ya, mungkin bagi kamu dan kamu, tetapi tidak bagi penulis. Kenapa pulak? Sebab sepanjang penulis hidup dan bernafas di muka bumi Allah swt selama 21 tahun ini, jarang-jarang sekali penulis menyentuh objek berbentuk sfera bernama bola, apatah lagi berlari dan berkejaran dan menendang sekuat hati untuk menjaringkan gol. Minat menonton bola pun tidak, apatah lagi mahu bermain? Tetapi kenapa penulis tetap turun padang walaupun tidak berminat? Medan dakwah ini senantiasa perlukan pengorbanan dan agaklah mustahil untuk penulis bersenang lenang sepanjang perjalanan ini. Penat berfutsal, hanya badan yang mampu merintih tetapi apa yang penulis pasti, ia adalah worth it. Kalau mungkin di fasa awal waktu penulis di Adelaide tidak memaksa penulis untuk bergiat secara mendalam, fasa pertengahan merubah segala-galanya. Takkan penulis akan terus menerus di tahap yang sama. Impossible.

Untuk menggerakkan seseorang yang berada dalam takungan kita, bukankah kita orang yang harus menjadi penggerak terlebih dahulu? Bagaimana mahu menyentuh hati-hati para takungan jika tangan kita tidak mencuba sebaiknya untuk menggapai hati-hati mereka?


Penulis keletihan, itu penulis mengaku. Keletihan secara rohani bukannya jasad dan itu ramai yang tidak dapat lihat. Kadang-kadang penulis merasakan tanggungjawab yang diberi teramatlah berat. Membawa dan mengajak manusia kembali ke siratul mustaqim amatlah sukar, tambah-tambah lagi bagi penulis yang baru setahun jagung dalam usaha dakwah ini. Pernah merasakan ingin berhenti pun juga ada. Maklumlah berdakwah ini sepanjang masa, bukannya bermusim, jadi ia akan memakan sebahagian besar dari masa yang kita punya. Masa untuk belajar, berukhuwah, berkeluarga dan paling penting masa untuk diri sendiri. Tetapi memandangkan risalah yang ingin dibawa bukanlah sebarang risalah, tetapi risalah agung membuatkan penulis merasakan tanggungjawab yang amat besar sekali, masakan penulis boleh berhenti?

Tetapi, apa yang pasti, sesenggat waktu di Adelaide ini, penulis tidak mahu sia-siakan.


Banyak lagi perkara yang harus dilaksanakan dan menanti untuk dilaksanakan oleh penulis dan jika penulis masih di takuk yang lama, sudah pasti hasil yang dibuahkan tidak seranum yang penulis harapkan. Dan perjalanan dakwah ini mengajar penulis serba-serbi itu dan ini tentang kehidupan. Untuk menjadi lebih baik dan semestinya terbaik, kita tidak boleh berada dalam keadaan stand still. Kita kena take risk, learn  more strive more. Sungguh, pengorbanan yang penulis buat dan bakal buat akan membuah hasil yang lumayan dan membuatkan penulis seorang jutawan di akhirat kelak.

Jikalau disoal kelak tentang waktu penulis di Adelaide, penulis mahu menjawab dengan tenang bahawa penulis telah lakukan yang terbaik demi dakwah dan tarbiyah di sini.
Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.