8.03.2011

Perantau, Hinggapnya Sementara.

Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engkau yang tahu
~♪♫





Setiap kali terdengar lagu ni, pastinya fikiran penulis akan melayang ringan kembali ke Malaysia. Yelah, siapa tak rindu kampung halaman, tempat kita dilahirkan dan dibesarkan. Perasaan rindu itu adalah suatu perasaan yang menjadi fitrah kepada seseorang apabila berjauhan daripada orang yang dikasihi. Dalam erti kata lain, sesuatu perasaan yang natural, lahirnya ia bukannya perlu dipaksa-paksa kerana perasaan rindu itu lahir dengan serta-merta. Terus terang, walaupun sudah lama berjauhan dari kampung halaman, merantau di negara orang sambil menimba ilmu dan pengalaman, perasaan rindu ini bukanlah kepalang. Siapa yang tak rindukan tempat kita bermain lumpur ketika kecil suatu masa yang lalu? Siapa tak rindukan masakan ibu yang dengan masakannya lah kita dibesarkan sebegini rupa? Mesti korang semua rindukan nikmat bersama keluarga korang kan?

Itu adalah perasaan rindu sesama manusia, bagaimana pula perasaan rindu kita terhadap nikmatnya beribadah dalam bulan ramadan? 

Pengunjung setia, datangnya seketika membawa erti bermakna.



Setahun ia datang sekali, tak mungkin ia berkunjung lebih dari itu. Dan setiap tahun itulah, penulis berfikir jika Tuan empunya jasad dan roh ini mahu meminjamkan lagi baranganNya untuk penulis gunakan untuk menghadapi bulan-bulan ramadan yang bakal menjelang. Bulan yang penuh barakah ini menjanjikan pelbagai lubuk yang penuh dengan habuan bagi para hambaNya yang tidak kenal erti leka dalam berkejar-kejar menjalankan ibadah. Korang kalau dapat tahu parents korang nak kasi upah double pergi kedai runcit, confirm-confirm korang buat kan? Bayangkan Allah swt menjanjikan pahala ibadah wajib kepada segala ibadah dan amalan sunat, dan sepatutnya kita-kita ni merasa lagi inspired dan bersemangat untuk melakukan kebaikan. Jangan tunggu dan lihat je, start la jogging, orang lain dah sprint dah menuju ke garisan penamat. Dan yang paling penting, jangan jadi penonton yang melihat sahaja tanpa ada sebarang benefit kepada diri mereka langsung.

Apa yang bestnya tentang ramadan ni?


Everything!

Bulan inilah di mana Al-Quran telah diturunkan, bukan saja Al-Quran, malah semua kitab-kitab lain juga di turunkan semasa bulan Ramadan. Menurut sumber hadis sahih dari Imam Ahmad, kesemua kitab-kitab agama langit ini diturunkan semasa bulan Ramadan. Istimewa ke tak istimewa bulan ni? 


"(Kamu diwajibkan berpuasa) pada bulan Ramadan yang mana diturunkan al-Quran pada bulan itu. (Al-Quran itu) menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan juga membawa keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (al-Baqarah: 185)
Pintu syurga akan dibuka seluas-luasnya, dan pintu neraka akan ditutup serapat-rapatnya! Syaitan pulak akan diikat rapi dan dibelenggu dari menganggu manusia. Sudah pasti puasa ini menjanjikan suatu perjalanan ibadah yang mudah bukan?

قَدْ جَاءَكُمْ رَمَضَانُ شَهْرٌمُبَارَكٌ افْتَرَضَ اللهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ تُفْتَحُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَنَّةِ وَيُغْلَقُ فَيْهِ أبْوَابُ الْجَحِيْمِ وَتُغَلًّ فَيْهَ الشَّيَاطَيْنُ فَيْهِ لَيْلَةٌ خَيْرٌ مِنْ ألْفِ شَهْرٍ 
Telah datang Bulan Ramadhan, bulan penuh berkah, maka Allah mewajibkan kalian untuk berpuasa pada bulan itu, saat itu pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup, para setan diikat dan pada bulan itu pula terdapat satu malam yang nilainya lebih baik dari seribu bulan. (Hadis Riwayat Ahmad)
Sudah tentu tidak. Adakah korang lupa si "kecil" yang bernama nafsu itu? Jangan diremehkan pujukan si nafsu ini kerana ramai yang terjerumus dek hasutan si nafsu. Kenapa Allah swt mengikat Syaitan sepanjang Ramadan? Supaya hamba-hambanya dapat belajar untuk mengawal hawa nafsu masing-masing dan inilah antara mujahadah yang terbesar, iaitu melawan nafsu yang sudah sebati dengan diri kita sejak kita dari kecil.


Selain itu, telah dijanjikan satu malam yang nilainya tersangatlah baik jika dibandingkan dengan seribu bulan. Malam lailatul qadr. Sungguh bertuah bagi seseorang hamba itu jika dapat bertemu dengan malam tersebut kerana inilah antara "event" yang dinanti-nanti ketika bulan Ramadan.



Terdapat lagi beberapa perkara jika dilakukan dalam bulan Ramadan akan memberikan ganjaran yang berlipat ganda.
أيُّ الصَّدَقَةِ أفْضَلُ؟ قَالَ صَدَقَةٌ فَيْ رَمَضَانَ 
Rasulullah SAW pemah ditanya; Sedekah apakah yang paling mulia? Beliau menjawab: “Yaitu sedekah dibulan Ramadhan.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)


مَنْ فَطَرَ صَائِمًا كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أجْرِ الصَّا ئِمِ لَا يَنْقُصَ مِنْ أجْرِ الصَّائِمِ شَي
Barangsiapa memberi perbukaan (makanan atau minuman) kepada orang yang berpuasa, maka dia akan mendapat pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut. (Hadis Riwayat Ahmad
Ini adalah antara jenis kebaikan yang jika dibuat akan mendapat balasan yang berlipat ganda daripada Allah swt selagi kita mengikhlaskan hati kita dalam menjalankannya. Jadi sebagai seorang perantau di bumi asing Australia ini, penulis ingin mengajak korang semua, tak kisah la budak overseas ke, budak underseas ke untuk menghargai erti sebuah Ramadan sebaik mungkin. 

Kita mungkin tidak akan hidup untuk menghadapi Ramadan yang seterusnya jadi hargai dan semailah Ramadan tahun ini dengan pelbagai jenis ibadah. Dekatkan diri kita kepada Maha Pencipta dengan harapan segala kesalahan dan dosa yang lalu diampunkan. Ayuh! Dekatkan diri dan pintalah keampunan dengan setulus hati!

Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.