8.06.2012

Orang bukan Muslim pun tahu...

Assalamualaikum wbt.

Tajuk bunyi macam nak buat kontroversi je kan? oh tidak, penulis tidak berniat sedemikian, cuma mahukan pembaca untuk berfikir seketika. jom ikuti imbasan kembali peristiwa yang berlaku pada diri penulis ketika mahu pulang dari masjid selepas solat tarawikh.

Ketika penulis sedang leka berjalan-jalan di ruangan letak kereta di tepi masjid, mata penulis tertarik kepada sebuah kereta peronda polis South Australia. Penulis hairan lalu cuba merapati kereta itu untuk mahu tahu dengan lebih lanjut tetapi apa yang penulis dapati adalah lebih dari itu.

Polis: bla..bla.. yeah.. yeah..
Penjaga Pintu Masjid (PPM): bla..bla..uhuh..
Polis: hmm is this Ramadhan? So you guys have a full house during this month? Wow..
PPM: yes. yes, indeed.

Hmm, penulis terfikir sesuatu. Baguslah kalau dia tahu bulan Ramadhan ini bulan semua umat manusia sejagat yang bergelar muslim sangatlah taat beribadat tanpa jemu kepada Maha Pencipta. Bagus juga dia tahu begitu. Tetapi penulis terfikir sesuatu. Apa yang penulis terfikir sama ada, dia memikirkan umat Islam ini hanya taat pada bulan ini, tetapi tidak taat pada bulan-bulan yang lain? They'll get busy this month of the year and after that the parking lots in the masjid will be empty like usual again. Macam Kristian mengunjungi Gereja hanya pada hari Ahad, dan tidak pada hari lain.


Alangkah bagusnya jika dia dapat melihat Muslim ini sentiasa sibuk beribadat tidak mengira musim mahupun waktu. Apa yang penulis ingin ketengahkan adalah perlunya kita sentiasa ISTIQAMAH dalam beribadah, tidak mengira bulan-bulan yang ada pada kalendar. Bukan setakat bulan Ramadhan saja, tetapi pada bulan-bulan yang lain juga.

My point is, semarakkan masjid-masjid berdekatan dengan anda, tidak kiralah hari apa, bulan apa dan tahun apa. Istiqamahlah dalam beribadah dengan harapan Allah swt menerima segala amalan-amalan kita.

P/s: Jom-jom, tak sabar nak iktikaf ni!

Jom I'tikaf!

Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.