9.27.2012

Aku yang bertopengkan Akh!

pinjam gambar ye tuan gambar :)



aku merangkak dari hari ke hari,
mengendong secebis hati yang lusuh,
umpama telur yang busuk lagi rapuh,
sebuah kemaksiatan membusuk,
yang layaknya hanya dibuang jauh.

aku mengeluh,
aku semakin terjatuh,
bebanan ini semakin,
merobek sihatnya jiwa,
mematah semangat waja,
memamah akal sejahtera,
mentakhtakan nafsu noda,
sehingga aku
bermandikan fata morgana.
ini semua kerana hanya
aku yang bertopengkan akh!

mereka insan mulia,
memandangkan jahiliyahku dengan penuh husnuzon,
dengan penuh simpati,
dengan kasih tiada bertepi.
dengan kasih bertalikan Illahi.

ya rabb!
di penghujungnya malam,
aku yang bertemankan cahaya bintang,
aku yang bertemankan bunyian alam,
dan sejuknya bayu ciptaan tuhan,
bersujud dengan penuh pengharapan,
mengharapkan dibersihkan segala noda,
segala karat-karat di dalam jiwanya,
segala kekotoran yang membekas dalam hati,
dan sehingga aku dapat lahir semula,
sebagai sebuah akh yang sejati,
tidak lagi terbeban di dalam hatinya,
sebuah jahiliyyah berlapikkan bahagia.
Categories: ,

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.