10.10.2012

Tidaklah Bergaji Pekerjaan Ini, Wahai Adik-Adikku.

Sudah hampir 3 tahun aku disiram kesegaran tarbiyah.

Sudah hampir 3 tahun aku menyelami lautan dakwah.

Dahulunya aku adalah pohonan layu, kini dengan kuasaNya, aku yakin pohonan yang layu itu mulai mekar, biarlah tidak se-gah pohonan di Tasik Cemara, asalkan tidak kering dimamah waktu dan teriknya mentari.

Aku bersyukur ya Allah, jikalau bukan kerana Engkau yang menempatkan aku di sini, nescaya kemungkinan besar aku masih akan tercari-cari dalam ketiadaan.

Jikalau bukan Engkau membuka hati-hati mereka untuk mendidik aku hingga aku (sedikit) matang dalam berdakwah, nescaya aku hanyalah pemuda yang biasa hidupnya, tidak pernah cuba menggegarkan hati-hati manusia yang ku temui.

Jikalau bukan kerana Engkau menjanjikan seribu satu ganjaran yang tiada tandingnya dengan ganjaran dunia, mana mungkin bergeraknya para daie ke seluruh pelosok dunia.

Jalan ini penuh mehnahnya ya Allah, itu aku tahu dan aku redhai. Berputus asa dari rahmatMu bukanlah sifat orang yang mukmin!

Kami tidak dibayar gajinya, cuma dijanjikan kemewahan akhirat sana.

Aku yang kini mentertawakan aku yang versi dahulu. Bukan main aku bertempiaran mencari makna Ilahi, rupanya di hadapan mata aku selama ini.

Segala silap, aku hanya mengharapkan Dia untuk mengasihani aku dan memaafkan. Khilafku bukanlah khilaf yang biasa-biasa.

Muslim-Manga.com
Dan aku tujukan entri ini kepada adik-adikku di bawah jagaanku.

Fahamilah tugasan ini bukan tugasan dari manusia kepada manusia, tetapi Urusan Langit kepada manusia. Kami hanyalah manusia biasa, pelajar pula, masakan kami bersuka ria mengajak kamu semua berhalaqah mengingati hari akhirat sana?

Bukan nama atau kemewahan kami kejari, sebab sesungguhnya itu hanyalah bonus di dunia.

Jadi hargailah apa yang ada, berikanlah sedikit masa.

Bukan wang yang kami minta, cuma masa.

Bantulah kami untuk membantu kamu, insyaAllah.




0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.