12.06.2012

Kisah Jacaranda Kita, Episod 6: Atha Rafiq

"Atha Rafiq!"

Seorang lelaki berkulit sawo matang memanggil-manggil dari luar rumah.

"Jom la main dkt court SQ tu, ramai orang main bola ni!

Rafiq, yang sedang leka bermain dengan telefon pintarnya tersentak seketika. Dia tertanya-tanya siapa yang memanggilnya lantas bangun dari tempat pembaringan. Ruangan tamu di SQ kelihatan lengang tanpa tetamu. Pelajar lain yang menumpang di rumah tersebut keluar, sama ada di luar bersama teman-teman, bermain bola di 'padang' SQ atau berjalan-jalan di persekitaran perumahan Nailsworth. Pemuda berkulit coklat muda itu bergerak perlahan menyelusuri bilik-bilik SQ. Diketuknya satu persatu. Cuma bilik kecil di sebelah kiri membuka pintu, tanda ada orang di dalamnya.

"Ada apa ya, Rafiq?" Furqan bertanya sambil membuka pintu. Pintu putih itu mengeluarkan sedikit bunyi. "Maaflah, Furqan ada kerja sedikit." Senyuman terlakar di celah-celah pipi gebu itu.

Furqan merupakan pelajar tahun terakhir dalam bidangnya, Sains Geologi, dan dia dalam proses menulis thesisnya untuk diberikan pada supervisornya semata-mata untuk mendapat "honours" atau kepujian dalam keputusannya. Seorang yang pendiam dan hanya akan berkata-kata apabila perlu. Di Rumah SQ itu, Furqan, Syauqan, Amjad, Nazri, Harris dan Luqman hidup sebumbung dan masing-masing sedang dalam pengajian tahun terakhir mereka. Mereka bukanlah senior sembarangan kerana masing-masing sangat hebat dalam bidang pengajian yang diceburi dan akhlak mereka juga terselah jika melihatkan bagaimana mereka mentadbir rumah SQ itu.

Solat jemaah ditekankan. Majlis taalim digalakkan. Tadarus Al-Quran beramai-ramai di waktu pagi. Memang perkara yang jarang-jarang dilakukan oleh anak muda sekarang, tambahan lagi anak-anak muda di negara yang serba bebas ini. Pertama kali Rafiq melihat mereka, dia merasakan sesuatu yang berbeza, berlainan dari apa yang disangka-sangka.

"Saya nak ke padang SQ. Saya keluar dulu ye." Rafiq meminta izin terlebih dahulu. Adab sebagai tetamu mesti dipenuhi dan Rafiq bukanlah seorang yang tidak tahu erti menghormati orang lain.

Di lahirkan di Ipoh, Perak, dia tinggal bersama keluarganya yang sederhana mewah. Encik Yunus mengajarnya untuk hidup sederhana dan untuk selalu menghormati orang lain. Walaupun pembawaan dirinya seolah-olah seorang anak yang kaya, tetapi Rafiq sebenarnya seorang yang sangat menghormati orang, terutamanya orang yang lebih tua.

"Nak main bola ye?" Furqan kembali bertanya.

Rafiq mengangguk.

"Balik before maghrib ye. Lepas solat ada majlis taalim."

Sekali lagi Rafiq mengangguk. Dia meneruskan langkah ke arah pintu masuk rumah SQ. Bauan bunga ros singgah ke deria baunya. Merah, Putih dan Kuning memenuhi segenap halaman kecil di hadapan SQ.

"Lambatnya, orang dah nak masuk second round dah." lelaki itu mecebik sambil mengerutkan dahinya.

"Rilek sudah, Zaim. Nanti biar aku wrap up permainan tu." Rafiq tersengih melihat Zaim tersenyum padanya.

"Tahu la star bola, tak payah la over confident sangat."

Rafiq dan Zaim ketawa bersama. Sahabat yang rapat sejak dari Kolej MARA Seremban. Bidang pengajian juga sama. Kejuruteraan Petroleum. Walaupun mereka sebelum ini dari sekolah yang berlainan, mereka akrab sejak dari hari pertama lagi bertemu di KMS. Ayah Zaim seorang pencen bekas tentera manakala ibunya seorang jururawat di klinik kecil di kota Pekan, Pahang.

Petang itu suhunya sedang-sedang sahaja dan angin yang kadang kalanya menghembus sejuk turut membantu untuk mengurangkan kesan teriknya matahari. Adelaide kelihatan seperti biasa. Seperti kota-kota di Malaysia. Tidak ada apa yang berubah melainkan bentuk rumah yang tidak sekata dan menggunakan nama jalan sebagai alamat rumah. Walaupun begitu, jalan-jalan di suburb Adelaide tidak kelihatan serabut seperti di Subang Jaya, bahkan lebih teratur dan sistematik lantas memudahkan orang ramai untuk mengetahui selok-belok rumah-rumah di sini.


Mereka melalui sebuah jalan untuk ke SQ court. Jacaranda St pada pedang itu kelihatan redup sekali kerana pohonan yang merimbun di kiri kanan jalan. Dan di sinilah bakal terukir sebuah persahabatan indah antara dua insan dari dua latar belakang yang berbeza.





Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.