1.22.2013

Ku Tak Mungkin Kalis Dosa

Ku tak mungkin kalis dosa, 
kalis noda...♪♫
-edited version of Kalis Rindu - Elyana

Tajuk entri kali ni.. wah sangat...'flashy'.

Agak-agaknya cliché ke kalau asyik minta maaf sebab jarang menulis. Ada orang ambil kisah ke? Hmmm. Apapun penulisan ini kalau tidak dibaca orang lain, akan dibaca oleh saya sendiri. Okay la tu kan? At least saya boleh ambik ibrah dari entri saya sendiri. *senyum-kambing*

Banyak isu yang sedang bergolak di Malaysia, cuma bagi kita yang sudah lali, nampak macam isu-isu remeh temeh, yang boleh dilepas pandang. Ya, mungkin kita tidak diserang oleh berdas-das tembakan dari pihak lawan seperti Palestin dan mungkin juga kita tidak disembelih dengan parang seperti saudara kita di Rohingya dan juga mungkin kita tidak dipijak di bumi sendiri seperti saudara kita di Syria.

Bentuk ancaman yang kita hadapi berbentuk halus dan telah lama hadir dalam kehidupan kita sejak dari dulu lagi. Isu-isu yang cuba saya ketengahkan adalah seperti isu liberal, syiah, sekular dan sebagainya. Amatlah menakutkan jika suatu hari nanti, Islam di Malaysia bakal merubah wajah dan tidak lagi suci seperti yang kita harapkan selama ini.

Kita tidak akan merasakan ia sebuah ancaman kerana selalunya untuk merasakan sesuatu itu sebagai ancaman kita perlu kenal pasti bentuk ancaman tersebut bukan?

Seperti isu Islam Liberal. Apa maksudnya? Siapa pendokongnya?

Masalah ni. Kalau digembar-gemburkan pada mereka yang tidak tahu, nescaya mereka akan ingat ini adalah suatu penambahbaikan kepada Islam itu sendiri.

Gayanya yang "moden" lagi menepati citarasa "terkini", sesuai dengan tema yang ingin dibawa oleh agenda Liberal.

Contoh yang ketara adalah dari seorang wanita yang bernama Irshad Manji yang mendakwa dirinya adalah seorang lesbian dan juga seorang Islam. Dia mengeluarkan hujahnya yang berlandaskan akal semata-mata bahawa wanita tidak diwajibkan untuk bertudung dan malangnya Irsyad ini bukanlah seorang yang biasa-biasa kerana dia telah menerbitkan pelbagai buku untuk menerangkan pemahamannya.

What I am trying to emphasize is that most likely this woman here would have many followers by now. Kasihan sekali kepada siapa yang mempercayakannya! Tetapi ada kisah yang sedih di sebalik kehidupan beliau yang mungkin membentuknya hingga menjadi seperti.

Doakan supaya dia berubah ke arah yang lebih baik, bukannya mengeji dan mengutuk dia. Bukankah Islam mengajak kita untuk membalas kejahatan dengan kebaikan. Lihatlah kisah Nabi Muhammad saw dengan seorang mak cik yang tua dan penduduk

Kita lihat pula kepada kisah di Perancis.

Masjid Gay pertama di Europe. (Tekan untuk ke artikel) Wow! Masjid GAY pertama di EUROPE. Makes me wonder kenapa diorang tak claim pertama di dunia? Mungkin dah ada masjid sebegini di tempat-tempat lain?
pengasas masjid dan 'homosexual muslims of France

Ironi sekali melihat keadaan sebegini. Mahu solat dan beribadah dalam keadaan diri yang sedang berbuat dosa. Maksud saya, mereka mahu diterima sebagai masyarakat gay yang melakukan amalan songsang dan pada masa yang sama mahu dilihat sebagai seorang yang taat kepada agamanya? Macam mana ni? Mana boleh dua benda yang berbeza wujud pada waktu yang sama.

Either Dosa atau Pahala. Syurga atau Neraka.  Lelaki atau Perempuan.

Ironi sekali. Seperti seorang yang sukakan koay teow kerang tetapi tidak mahukan kerang didalam hidangannya. Seperti saya seorang yang Islam memilih mana ibadat yang saya suka tetapi tinggalkan mana yang saya rasa tidak sesuai dengan saya. IMPOSSIBLE.

Pasti ada yang berbisik,
"Tak mungkinlah jadi di Malaysia, Malaysia kan negara Islam."

Mungkin sekarang tidak. Siapa tahu 10 tahun lagi? 20 tahun lagi? Mungkin dalam senyap. Mungkin berlaku pada jiran-jiran kita.


Di Malaysia ada beberapa tokoh yang terkenal dan antaranya yang memimpin Islamic Renaissance Front atau IRF. Bunyi gempak habis, janji ada Islamic mesti baik tujuannya. Tetapi disini kita sering tersilap. Jika dilihat balik tujuan penubuhannya, kumpulan ini kononnya mendakwa akan membebaskan kita dari cengkaman pemikiran yang sempit kepada lebih terbuka. Contoh yang diberi adalah seperti zaman Renaissance di Eropah yang jelas menolak tepi agama untuk memberi ruang kepada ilmu dan akal untuk berfungsi dengan sepenuhnya. Begitulah mereka di IRF yang menekankan penggunaan akal semata-mata untuk tujuan yang sama.

Menakutkan bukan.

Jadi apa tanggungjawab kita?

Untuk lihat adik-beradik kita suatu hari nanti memperjuangkan agenda kebebasan keterlaluan yang melampaui batas?

Jangan disebabkan kita mahukan sesuatu perkara sampai bersedia untuk gadaikan sesuatu yang lebih berharga.
Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.