1.17.2009

Bagus sangatlah tu.

Penulis tak tahu kenapa, dan pastinya penulis mahu tahu kenapa. Kenapa remaja sekarang suka-suka nak mencarut tanpa sebab, dan suka mengeluarkan perkataan kotor dari kolonialist terkenal itu? Mungkin lama sangat dijajah, kita mula terikut-ikut dengan apa yang mereka telah terapkan suatu masa dahulu. Tapi yang diterapkan kepada bukanlah anak remaja, tapi orang dewasa yang mampu berfikir baik buruknya sesuatu. Penulis hairan, kenapa remaja yang terjebak? Kurang didikankah? Atau terlebih perhatiankah? Pelik. Itulah penulis mampu fikirkan. Pelik sungguh. Kenapa mereka mudah melafazkan ayat-ayat "lakhnat" itu dari melafazkan ayat-ayat yang baik lagi elok?



Penulis berfikir dan mendapat satu idea "Bagus sangatlah tu".

Mungkinlah, mungkin mereka ini berfikiran dengan dapat mencarut-carut, memaki-hamun, mencaci-caci, dan mengeluarkan kata-kata kesat, mereka akan kelihatan lebih cool atau bagus daripada remaja lain. Kenapa dengan memaki-hamun dapat merasakan dirinya lebih bagus? Penulis pun hairan. Tetapi penulis rasakan, jika mereka dapat melakukan sesuatu yang lain dari yang lain, mereka akan dianggap hebat di mata masyarakat. Masyarakat yang terpesong hatinya dan pandangan mata, mungkin ya, tetapi kalau masyarkat yang bertamadun fikirannya dan mengikuti sepenuhnya ajaran Islam, mungkin tidak sama-sekali. Penulis sendiri membenci perkataan sebegitu, tetapi penulis hanyalah manusia. Kadang-kadang terlepas dari mulut ini. Penulis hanya mengeluarkan perkataan-perkataan sebegitu kepada diri sendiri, mungkin selepas penulis melakukan kecuaian. Tidak pernah pula terlintas di pemikiran penulis untuk memaki-hamun manusia lain. Penulis bukannya Tuhan maha Kuasa, bukannya ada hak untuk melaknat seseorang.

Sesama manusia, kita patut tahu lebih isi hati masing-masing, dan pastinya penulis tidak suka dicaci-maki oleh orang lain yang belum tentu layak untuk mengkritik hal ehwal penulis. Sesama manusia haruslah menjaga hati dan perasaan orang lain. Janganlah main ikut sedap mulut untuk berkata-kata. Allah S.W.T sudah kurniakan otak dengan akal fikiran lagi. Mengapa persiakan pemberian-Nya? Rugilah, tidak digunakan sebaik-baiknya. Apa kata, gunakan akal fikiran, dan fikir sebelum mahu berkata-kata. Penulis bukan mahu mengajar orang ramai untuk berhipokrit. Tetapi, apakah salahnya menjaga hati dan perasaan orang lain. Penulis ingat lagi kata-kata Ustazah penulis ketika di Tingkatan 3.

"Kalau mahu hati dan perasaan dijaga, mula-mula, kita mestilah menjaga hati dan perasaan orang lain,"

Susahkah sebenarnya mahu menjaga perasaan orang lain? Tidak kan?

Sudahlah pasal remaja sekarang. Yang pastinya penulis dapat bersalam dengan Pak Lah, ya perdana menteri kita sekarang itu. Semalam, beberapa rakan penulis, A'kak dengan "Wahida" (perlu bunyikan syahdu yang perlu) telah menghadiri pelancaran "Kempen Belilah Barangan Malaysia" Memetik ucapan Pak Lah:

"Seharusnya kita mencuba dahulu. Cuba dulu, baru kita tahu." - Pak Lah of PM Malaysia.

Rasanya, ada kebenaran dalam apa yang Pak Lah cuba sampaikan. Kita mestilah mencuba dulu dalam apa-apa perkara (yang jahat janganlah dicuba-cuba, takut dicoba pulak) barulah kita tahu apakah kebaikan dan keburukannya. Seperti membeli barangan Malaysia, ramai yang berfikiran stereotaip bahawa, produk Malaysia tidak setanding dengan barangan yang diimport lain. Sebenarnya, penulis berfikiran begitu dahulu. Mungkin dikaburi dengan pengiklanan secara mega oleh syarikat-syarikat ternama itu. Tetapi, pernah suatu ketika, ayah penulis membeli televisyen jenama Khind, dan sampai sekarang masih elok lagi digunakan. Dan terlintas di hati penulis, "Produk Malaysia taklah teruk sangat seperti yang orang sangka.".

Apa-apa pun, semalam kami kenyang. Penulis merasa itu dan ini. Sedaplah perusahaan biotek Malaysia. Tak sangka sungguh penulis. Tetapi seronok lagi berjalan-jalan dengan meraka yang memahami. Dan paling muka tak malu, sudah tentulah "Wahida". Adakah patut suruh penulis mintak banyak-banyak Laksa Shack?

P/s: Belilah barangan Malaysia.
Categories:

2 comments:

  1. yeah. sometimes aisya pn wonder. huuhu. knape la these people cant stop swearing.
    tiada apa dgn swear. :P
    i dun thnk it'll make someone feel better pn after swearing n swearing.

    ReplyDelete
  2. betul betul tu aisya! bnyk mencarut mcm saje2 buat dosa.. tp kenkadang chom akan mencarut to myself for being clumsy.. mungkin dah naturally kut.. so i'll try not to curse myself.. haha

    ReplyDelete

This box must be used with care.