udara autumn adelaide menghambar,
rasanya makin pintang meruyup,
secorok tempat mula mengadem,
aku masih pegan tapi cencong,
cencongku hanyalah melatah.
kainotophobic kah aku?
bungkam hatiku kerana aku bukan filsuf,
takwilnya ku lemah lagi daif.
aku hanya ingin kamil sahsiahku,
fi'ilnya kafi seindah-indah ciptaan-Nya.
wejanglah aku supaya dimengertikan,
sungguh anak adam ini khilaf caturannya,
menggalur ku mencari makna alam,
tanpa Dia, harusnya aku menyengap,
supaya bebas peganku, tenggat cencongku.
p/s: manusia mana tiada pernah khilaf?
4.08.2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
arghh!!! ssh nye nk paham
ReplyDeletedatang rumah nnti sy cerita. :)
ReplyDeletebasically apa yg sy rasa lepas JML.
hahaha.. mari umair saya tolong. tapi tak semua maksud saya tau jugak neh. :D ini pun kalau kena pada maknanya lah.
ReplyDeletepegan - terpegun
pintang - hilang
meruyup - mengantuk tak silap :D
mengadem - tempat yang sejuk lah lebeyh kurang
kainotophobic - takut pada benda baru
filsuf - ahli falsafah
takwil - penjelasan
kamil - sempurna. ni tau kut. :p
kafi - sempurna jugak tak silap ni.
wejang - bagi nasihat
khilaf - kelemahan or kesilapan
menyengap - diam or senyap (ni drama indon banyak guna) huhu..
tenggat - dihadkan
haa.. :D cencong tu saya tak tau. tanya chom sndiri. hee.. :D
cencong = bebelan, tuturan etc. etc.
ReplyDeletealahai.. pnt nk blajar ni.. xpe.. semangat!!!
ReplyDeletejgn risau. take your time. sy pun belajar dr radzi senyap2 la :)
ReplyDelete=.=
ReplyDeleteaku...
lost.
=.=
terasa baca nomadic aksara 2.
;P
dah ditafsir radzi kan.. huhuhu. aku belajar dari yg best :D
ReplyDeleteyezza.. da faham..
ReplyDeletebyk perlu dibualkan lg kita ni chom..hoho