4.08.2010

pegan tapi cencong

udara autumn adelaide menghambar,
rasanya makin pintang meruyup,
secorok tempat mula mengadem,
aku masih pegan tapi cencong,
cencongku hanyalah melatah.

kainotophobic kah aku?
bungkam hatiku kerana aku bukan filsuf,
takwilnya ku lemah lagi daif.
aku hanya ingin kamil sahsiahku,
fi'ilnya kafi seindah-indah ciptaan-Nya.

wejanglah aku supaya dimengertikan,
sungguh anak adam ini khilaf caturannya,
menggalur ku mencari makna alam,
tanpa Dia, harusnya aku menyengap,
supaya bebas peganku, tenggat cencongku.

p/s: manusia mana tiada pernah khilaf?
Categories:

9 comments:

  1. arghh!!! ssh nye nk paham

    ReplyDelete
  2. datang rumah nnti sy cerita. :)

    basically apa yg sy rasa lepas JML.

    ReplyDelete
  3. hahaha.. mari umair saya tolong. tapi tak semua maksud saya tau jugak neh. :D ini pun kalau kena pada maknanya lah.

    pegan - terpegun
    pintang - hilang
    meruyup - mengantuk tak silap :D
    mengadem - tempat yang sejuk lah lebeyh kurang
    kainotophobic - takut pada benda baru
    filsuf - ahli falsafah
    takwil - penjelasan
    kamil - sempurna. ni tau kut. :p
    kafi - sempurna jugak tak silap ni.
    wejang - bagi nasihat
    khilaf - kelemahan or kesilapan
    menyengap - diam or senyap (ni drama indon banyak guna) huhu..
    tenggat - dihadkan

    haa.. :D cencong tu saya tak tau. tanya chom sndiri. hee.. :D

    ReplyDelete
  4. cencong = bebelan, tuturan etc. etc.

    ReplyDelete
  5. alahai.. pnt nk blajar ni.. xpe.. semangat!!!

    ReplyDelete
  6. jgn risau. take your time. sy pun belajar dr radzi senyap2 la :)

    ReplyDelete
  7. =.=

    aku...

    lost.

    =.=

    terasa baca nomadic aksara 2.

    ;P

    ReplyDelete
  8. dah ditafsir radzi kan.. huhuhu. aku belajar dari yg best :D

    ReplyDelete
  9. yezza.. da faham..
    byk perlu dibualkan lg kita ni chom..hoho

    ReplyDelete

This box must be used with care.