10.29.2010

kebiasaan ke atau tak biasa dengar?

"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan zina seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang. (Hadis Riwayat Muslim)

Dulu berita-berita sebegini masuk headline. Berita menggemparkan. Sebab apa menggemparkan? Sebab tak pernah dibuat orang. Ala time ibu ayah kita-kita nih.Mana ada orang buang-buang bayi nih. Kalau buang je confirm masuk headline berita utusan, harian, malay times, nanyang siang pow and so on. Headline ni kawan-kawan, berita-berita hebat je dapat masuk. Therefore, buang bayi dulu adalah perkara sangat menjijikan bagi masyarakat, tak kisahla islam ke, buddhist ke, sampailah layak ke status headline.

buang-bayi-8

Sekarang, bukanlah penulis mahu sendiri labelkan perkara buang bayi tidaklah lagi menjadi keutamaan para pemberita mahupun journalist. Cuma sekarang sudah menjadi kebiasaan bagi kita-kita ni mendengar perkara tersebut, therefore, perkara ini sudah jatuh anak tangga, dan tidak lagi melayakkan 'beliau' untuk sentiasa memegang title headline tersebut.

Yang ni paling takut, sudah menjadi kebiasaan.

Dulu-dulu, tak sempat sampai berita dekat paper tu dah ada dah headline dekat satu kampung. Makcik-makcik dulu sangat efektif ye dalam menyampaikan message di dalam sesebuah kampung. cakap je, kalau anak si lebai tu buat hal, satu kampung datang bawak sepanduk depan rumah si lebai tu, protes katanya. At least, diorang concern. Benda tak elok jangan dibiarkan.

cinta-monyet31

Berbeza dengan sekarang, kalau ada kes buang bayi, hangatnya dua-tiga minggu la. at most. lama-lama dah tak jadi headline, tapi masuk jugak berita, bukan apa, nak report biar cukup syarat. Terlalu banyak kali mendengar berita orang buang bayi, sampai dah naik lali dah telinga mendengar. KEBIASAAN. sangat bahaya. secara tak langsung kita telah menerima bahawa, KEBIASAAN untuk mereka berzina, berkhalwat tak tentu hala. Cukupla pembuangan bayi ni sebagai amaran kepada kita-kita semua neh.

i love you darling.

Fitrah manusia mahu berkasih sayang. Penulis pun, tak salah nak berkasih tak salah nak bersayang. Salahnya fitrah apabila salahnya perbuatan dan cara. Penulis tidak mahu menghentam mana-mana pihak, tapi selalunya pihak ini kalau terasa mesti ada terkhilaf jalannya. Tahukah kebanyakan mereka yang membuang bayi ini adalah dari golongan mereka yang terlanjur, ataupun lebih tepat ‘melanjur’.

advisory_0011

Takkan boleh telanjur bang, kalau tak cari pasal.”

“Abang ni, asyik cakap terlanjur-terlanjur, ke abang saja je nak melanjur?”

Tolonglah sedar kepada mereka yang bercouple.

Kami couple ikut cara Islam. Islami gitu. Tak sentuh-sentuh macam couple lagi satu tu. Tak Islamik langsung. Tapi adalah sket kami calling-calling malam, bergelak ketawa, bermadah mesra. Ala, call je pun. Bukannya kami berdua-duan. Ada je roomate duk pasang telinga. Lagipun dapat restu mak ayah kot kami bercouple neh. Chatting pun kadang-kadang. Takkan tu pun tak boleh.

25276_379164629821_583679821_3766956_5166526_n

Ha, eloklah, redha Allah swt kau tak nak carik pulak kan?

Memang call depan kawan-kawan, tapi tahukah korang, yang bertenggek di telinga korang tu siapa? SYAITANNNNNNNNNNNN~ (jeng jeng jenggggg). memang la penulis tak nampak ada syaitan ke tak, but, bukankah mereka itu musuh yang jelas lagi nyata?

Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam dengan selengkapnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata. - (al-Baqarah 2:208)

Sudahpun Allah swt menyeru sekalian manusia untuk memasuki agama Allah secara LENGKAP. LENGKAP. Berpakej bagai. Janganla pulak sekejap Islam, sekejap tak. Don’t be a walking joke to our deen. I may sound harsh, but I know deep inside you’re admitting its true. Sudah pun Allah swt bagi heads up untuk kita supaya lebih berwaspada dengan cik syaitan di rejam neh. Kenapa harus tunggu? Majoriti ulama’ mengharamkan perhubungan sebelum nikah atas dalil-dalil naqli. Siapakah anda untuk membangkang keputusan mereka? Bukan anda yang membuat kajian keatas kitab-kitab zaman dahulu kala. Tetapi para ulama’. Ingat!

Ada hadis nak kongsi sikit.

“Wahai Rasulullah, aku ingin Islam. Tetapi, aku tidak bisa meninggalkan zina.”

Seketika emosi para sahabat terpancing. Mereka meminta penjelasan tentang perbuatan dan ucapan seperti ini di hadapan Nabi Saw. bagi mereka, pernyataan itu hanya mengikuti nafsu.

Lalu apa yang dilakukan Nabi Muhammad Saw?

Rasulullah Saw. bersabda, “Biarkan dia!”

Kemudian Rasulullah Saw. mengajaknya berbincang-bincang dan membuatnya puas. Nabi Muhammad Saw tidak mengata-ngatainya dan tidak mencelanya dengan keras di depan orang. Rasulullah Saw. tidak mencelanya.

Beliau hanya bertanya,

“Relakah kamu bila ibumu dizinai? Lelaki itu menjawab, “Tidak.”.

Rasulullah Saw. bersabda,

“Relakah kamu saudarimu dizinai? Lelaki itu menjawab, “Tidak.”.

Rasulullah Saw. bersabda,

“Relakah kamu puterimu dizinai? Lelaki itu menjawab, “Tidak.”.

Rasulullah Saw. bersabda,

“Relakah kamu bibimu (dari pihak Ayah) dizinai? Lelaki itu menjawab, “Tidak.”.

Nabi Muhammad Saw . bersabda,

“Relakah kamu bibimu (dari pihak Ibu) dizinai? Lelaki itu menjawab, “Tidak.”.

Nabi Muhammad Saw . bersabda, “Bagaimana orang lain akan rela, padahal kamu sendiri tidak rela dengan hal itu.”.

Lalu, lelaki itu sekarang memiliki semangat keagamaan (keislaman).

Dia membayangkan sikap orang-orang ketika kerabat wanita mereka dizinai, seperti sikapnya ketika kerabat wanitanya dizinai. Lalu lelaki itu berkata,

Aku bertaubat kepada Allah dari perbuatan zina.”

Nabi Muhammad Saw . bersabda, “Ya Allah, jagalah pendengaran, penglihatan, dan kemaluannya.” (HR. Ahmad dan Al-Thabrani)

Nabi Muhammad SAW tak suka zina-zina nih. Macam mana nak contohi nabi kalau perkara seperti zina masih berleluasa.

Eleh, kau macam baik sangat.

Penulis baik ke? tak pernah pulak penulis tulis kata penulis baik. i’ve been on rough roads and times. i can’t tell you what it is. Biarlah menjadi rahsia penulis dengan Dia Maha Pengampun. Apa penulis boleh cakap, penulis sedang memperbaiki diri. Kalau korang rapat dengan penulis, tahulah apa perubahan yang ada. Penulis bukan lah baik, dan masih belum baik. I am human afterall. Bukan justifikasi membolehkan seseorang berbuat salah, tapi adalah untuk sentiasa memperbaiki diri.

Perlukah mencari kesalahan lampau seseorang semata-mata mahu mengenali sesorang itu dengan lebih lanjut?

Korang sedar ke tak, sebab perbuatan korang yang super kepochi tu membuatkan seseorang itu segan mahu berubah?

Jangan kepochi! Tak semua orang mahu membuka pekung di dada. Sebab, mana tahu kalian yang pada mulanya neutral, kemudian terus berubah muka mendengar perbuatannya yang lampau lagi melampaui batas. Cukuplah tahu, kita semua pernah terkhilaf di perjalanan masing-masing. Tak perlu menuding jari. Peringatan untuk penulis dan semua. Yang penting bukanlah kita-kita ini berbuat dosa besar atau dosa kecil, tapi samada kita ni buat dosa atau tidak.

ukhuwah islamiyyah

Berbaik sangka itukan perbuatan paling mulia dalam bersahabat. Carilah sahabat yang mengingatkan korang kepada Allah swt, sungguh itulah sebaik-baik sahabat. Dan jauhilah perbuatan dilarang Allah swt, sungguh penulis sayang kepada sahabat-sahabat penulis. Hidup ini, tanpa redhaNya, sungguh penulis takut untuk memikirkannya.

Dari Abdullah bin Umar (Ibnu Umar), Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Sebaik-baik sahabat (menurut pandangan Allah) adalah yang paling baik kepada sahabatnya, dan sebaik-baik tetangga adalah yang paling baik kepada tetangganya." -
(HR. Tirmidzi, derajat hadits : hasan/baik)

Remember, don’t be a walking joke to our deen.

P/s: Dont judge me. Penulis pun manusia. Pernah terkhilaf langkah. Lebih penting dan dihargai jika korang support penulis dari mengejar kesalahan lampau penulis. I’ll appreciate it for life.

Thanks a lot for those who’ve been listening to me. You know who you are.

Astalavista Always. :)

Categories:

2 comments:

  1. nanyang bukannya nyanyang
    menuding bukannya menunding
    :)
    kpd kepochians, sedarlah

    “Barang siapa menutup aib seseorang Islam, maka Allah akan tutupkan aibnya di dunia dan di akhirat." (Hadis riwayat at-Tirmidzi)

    ReplyDelete
  2. banyak typo ye. terima kasih kerana point out. hehe

    :)

    ReplyDelete

This box must be used with care.