12.31.2010

menguji dugaan, menduga ujian.

salam ukhuwah.

hidup bagaikan roda, tak selalunya anda atau penulis diatas. mungkin boleh jadi esok kita dibawah, boleh jadi esok kita masih dibawah. tapi adakah itu alasan untuk kita terus mengalah?


...ferris wheel... by ~llMacabreShadowll

cuba pikirkan kembali ketika kita masih muda, mungkin semasa kita kanak-kanak? bukankah hidup ini mudah dan simple bagi kita? semuanya adalah possible, boleh saja dilakukan jika ada kemahuan. tapi as we grow up, perkara-perkara yang dahulunya mudah belaka telah menjadi susah lagi menyusahkan? kenapa ye? mungkinkah kita telah 'dewasa' dan mengetahui bahawa betapa susahnya untuk merealisasikan sesebuah perkara?

ujian untuk menguji.

ujian dan dugaan yang menimpa, bukanlah sesuatu yang dapat kita ketahui sebelumnya ianya berlaku. ketahuilah bahawa Allah swt tidak akan sesekali membiarkan para hambanya dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang ujian untuk menguji sama ada kita ini sebenar-benarnya beriman kepadaNya.
Adakah manusia mengira, bahawa mereka akan dibiarkan saja, dengan mengatakan: Kami telah beriman, padahal mereka belum lagi mendapat cubaan?” (Al-Ankabut: 2)

sudah tentu kita semua telah pernah diuji, ataupun masih sedang diuji tetapi apa yang sudah pasti ujian Allah swt ini tidak putus-putus dan Allah swt akan sentiasa menguji hambaNya. walau apapun, ujian Allah swt ini bukanlah ujian kosong semata-mata. Ianya penuh hikmah dan pengajaran agar kita semua dapat terus meningkatkan keiman kita terhadapNya. di dalam surah yang lain Allah swt juga telah memberi beberapa contoh yang mungkin akan dijadikan sebagai ujian terhadap hambanya yang beriman.
Dan sesungguhnya Kami akan memberikan sesuatu percubaan kepada kamu, seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan…
(Al-Baqarah : 155)
Bukanlah ujian yang datang adalah sebulat-
bulatnya begini, tetapi ini adalah antara jenis-jenis ujian yang mungkin akan menimpa kita semua. boleh jadi dalam kehidupan ini kita sering terasa kesempitan dek tidak berharta? mungkin? janganlah para pembaca gusar jika tidak berduit mahupun berharta kerana sungguh duit bukanlah segala-galanya.

waiting for summer by P0RG

penulis sungguh baru dalam bidang ini, dan jikalau dibandingkan mereka diluar sana, penulis ini tersangatlah mentah. dikala baru mahu mulakan langkah, pelbagai cabaran mula menerjah dan terasa seperti mahu berhenti seketika dan biarkan dunia berbicara sesama mereka. tetapi, penulis tidak boleh berhenti, (mungkin boleh berehat seketika? hurm) kerana penulis yakin yang bahawa tanggungjawab dan kerja yang penulis pikul masih banyak dan perjalanan yang penulis mahu tempuhi ini masih panjang dan berliku.

sabar hingga ke syurga.

setiap ujian itu bertujuan untuk menguji kita sebagai hambaNya. di setiap ujian yang kita hadapi, kita mempunyai berbagai pilihan, dan semestinya bukan semua pilihan yang dibuat adalah pilihan yang terbaik. bukankah disetiap ujian yang dihadapi harus ditempuhi dengan sabar, biarlah apapun pilihan yang dibuat?
Sangat mengagumkan kepada seorang mukmin, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali bagi seorang mukmin: jika mendapat nikmat ia bersyukur, maka syukur itu sangat baik baginya dan bila menderita kesusahan ia bersabar, maka sabar itu lebih baik baginya.”
(Hadis riwayat Muslim)
Nabi Muhammad s.a.w memberitahu kepada kita bahawa lebih baik kita banyakkan bersabar ketika menghadapi sebarang jenis musibah. dengan bersabar, kita dapat mengelakkan diri kita dari melakukan perkara yang mungkin akan menjejaskan diri sendiri di masa yang hadapan. Sebagai contoh, seorang penggangur yang cuba mencari kerja tetapi tidak berjaya, kerana tidak BERSABAR, dia telah memilih jalan untuk merompak dan meragut walaupun dia benar-benar tahu bahawa perbuatannya itu berdosa. di sini jika kita dapat lihat, bentuk ujian yang diberikan Allah swt kepada dia adalah kemiskinan dan kelaparan. jikalau dia lebih bersabar dan istiqamah dalam mencari perkerjaan yang halal lagi baik, nescaya dia akan berjaya.

penulis tahu bahawa sabar itu adalah sesuatu yang sangat susah untuk dikecapi, ditambah pulak jikalau sesuatu berlaku kepada kita dan kita pula bersabar menghadapinya, akan ada pihak yang mengatakan kita ini tidak mahu mempertahankan hak kita, lemah dan sebagainya. well, in this kind of situation, adalah sangat penting untuk kita terus bertahan dan banyakkan bersabar? bukankah Allah swt telah menjanjikan syurga?
"Mereka itu akan dibalas dengan tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima di dalam syurga itu ucapan selamat di dalamnya."
(Al-Furqan: 75)
"Dan kerana kesabaran mereka, mereka dibalas oleh Allah dengan syurga dan (persalinan dari) sutera."
(Al-Insan: 12)

dan contohi lah nabi yusuf yang sering berdoa kepada Allah swt ketika ditimpa ujian yang berat ketika menjalankan dakwahnya sebagai seorang nabi.
"Ia berkata: Hanya kepada Allah kesusahan, keresahan dan keperihanku ini aku adukan.
(Yusuf: 86)
jikalau perjalanan ini, terasa berat, mohonlah diberikan kekuatan. sungguh, Dia Maha Mendengar, lagi Maha Memberi.

p/s: this is for a friend of mine, who i cherish so much. be strong, for the two of us. :)

Categories:

3 comments:

This box must be used with care.