2.08.2011

malu untuk diriku.

Assalamualaikum kepada para peminat setia penulis,
(qof3..jangan baling batu sudah >.<)

ini bukan penulis, gambar hanya hiasan.

Haha. Saja penulis mahu berseloroh, bukan mahu menunjukkan kelemahan diri yang poyo-moyo-yoyo-o je. Just so I wanna let you know, that maybe I was serious? Tak kot. Berseloroh atau bergurau senda perlu ada caranya. Nabi Muhammad SAW pun suka bergurau senda, tapi yang benar je lah. Kiranya kalau nak bergurau pun, tak boleh la sampai menipu. Karang nanti ada yang pengsan ke or sakit jantung ke, terkejut mendengar berita yang tak diingini. Islam itu kan mudah, semua benda covered! No worries mate!

Begitu pun semua hendaklah dilakukan secara sederhana dan tidak berlebihan, kerana itulah Islam yang mengajar para penganutnya untuk bersederhana dalam menjalani kehidupan seharian. Batasan yang ada supaya manusia berjaga-jaga dalam setiap perihal harian.

Lelaki pemalu.

gambar sekadar hiasan.

Jadi telah Allah swt ciptakan sifat pemalu dalam setiap diri manusia, supaya dapat menjadi pengawal peribadi kepada kita-kita yang sering bertindak mengikut kemahuan hati yang dihasut nafsu. Sungguh orang yang paling mulia di antara kita semua, iaitu Nabi Muhammad SAW pun mempunyai sifat malu, bahkan dia lebih malu dari malunya seorang wanita.
Pernah diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari bahawa nabi Muhammad SAW “lebih pemalu daripada perawan wanita bercadar".
Maafkan penulis, tapi setelah sekian lama penulis amati maksud perawan wanita bercadar, penulis hanya mampu membuat andaian bahawa maksudnya adalah wanita yang masih suci yang belum pernah disentuh oleh mana-mana lelaki. Bagaimana dengan kita sekarang? Masih adakah perasaan malu terselit di celah-celah keimanan kita? Pergaulan bebas mengatasi batasan syarak. Bercouple sana sini. Kemana perginya perasaan malu kita? Bukankah Allah swt telah ciptakan kita sama sahaja, mana mungkin malu tidak pernah wujud dalam diri kita?
Daripada Abu Mas'uud 'Uqbah ibn 'Amru al-Ansarie al-Badrie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya antara kata-kata ungkapan Kenabian terdahulu yang dapat diketahui dan dipetik oleh manusia ialah: Jika engkau tidak malu, maka lakukanlah apa sahaja yang engkau mahu.
(Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari)
Apakah malu itu bukan lagi keperluan? Remaja kita tidak malu lagi untuk bermaksiat. Ramai diantara kita tidak lagi malu untuk berbuat dosa. aneh pulak, kalau diajak berbuat kebaikan, ramai yang mengundur diri atas alasan malu untuk tampil kehadapan. Sesungguhnya ajaran untuk kita berasa malu sudahpun bermula di zaman nabi-nabi sebelum nabi muhammad itu sendiri, mustahil kita tidak pernah dididik dengan perasaan malu sedikit pun? habis, kenapa kita berpakaian lengkap menutup aurat? bukankah itu tanda kita malu dengan Allah swt sebagai hamba? jika benar anda tidak pernah rasa malu, mengapa bersembunyi disebalik detik hati yang bergema mengatakan anda harus berasa malu?

Ketahuilah sifat malu itu lahirnya dari iman kita, disebabkan ia sendiri adalah cabang keimanan kita. Pernah diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. yang berkata bahawa Nabi Muhammad SAW telah bersabda bahawa:
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Hadis Riwayat Muslim)
Sebagai seorang mukmin yang mengaku dirinya beriman, tidakkah korang rasa korang bertanggungjawab menjaga sifat malu korang? Okay mungkin antara korang ada yang akan laungkan, "kami takdelah tak tahu malu, tapi kami ini open minded sket..bla...bla..bla..malu biar bertempat, bro!

masalah meruncing dikalangan remaja.

betul. betul. penulis sokong sangat. MALU BIAR BERTEMPAT. Tapi sayangnya rasionalnya otak dan pemikiran remaja kita sudah pun dimamah media barat. Apa nak jadi? Remaja muslim kita sudahpun menidakkan hukum syarak dengan pergaulan bebas. Memang korang tidak bersentuh dalam bercouple, memang korang tak ada niat untuk seks luar nikah, tapi bukankah indahnya kalau korang tak couple langsung? takdela mak ayah korang nak tanggung malu dapat tahu anak-anak berdating dkt Taman Rimba. Dah la Taman Rimba tu memang merimbun bagaikan rimba hutan. eloklah spot korang nak berdating kan? bertenggek 'kawan-kawan' korang menunggu nak memanah cinta hangat ke hati masing-masing.

mak ayah kasi dating? baguslah. salahkan parents yang benarkan. larangan Allah swt kau tak kira pulakkan? sesungguhnya malu itu pelindung kita dari melakukan perkara yang terlarang!
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan."
(Hadith riwayat Imran bin Husaini r.a)
Jika korang berasa malu untuk berbuat dosa dan maksiat terhadap Allah swt, sudah pasti korang tidak akan melanggar segala perintahnya. Benar, malu itulah yang dapat mengawal kita dari tersungkur dari kemuliaan seorang mukmin. Benar juga kalau malu tidak boleh digunakan dalam semua perkara, kerana apa yang baik, tidak perlu malu untuk mengerjakannya, melainkan kita berlebihan dan bersikap riak dalam melakukannya.

Wanita solehah seindah hiasan dunia.

Pernah berdegup jantung tatkala mata terpaut melihat wanita? (soalan untuk lelaki sahaja). Dari yang seksi sampailah mereka yang menutup penuh aurat mereka, sudah pasti korang pernah bukan?

Rasulullah SAW pernah bersabda,
“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifat malu.” (Hadis riwayat Baihaqi)
Wanita yang mempunyai sifat yang malu akan berasa dirinya harus menjaga tingkah lakunya dari berlebihan supaya tidak mengundang fitnah kepada diri mereka dan orang sekeliling. Sifat malulah yang menjadi perisai kepada kaum wanita dari melakukan apa yang terbatas bagi mereka. Walaupun begitu, tetap masih ramai yang tidak tahu malu, berpakaian yang tidak mengikut syarak, berpacaran bagaikan dia masih belum baligh, tidak mengerti erti pahala dan dosa.

Malumu untuk dirimu, dan maluku untuk diriku.

Jadi bertindaklah bijak, mengikut hati yang sihat dan iman yang mantap. Janganlah biarkan nafsu bermaharaja lela mengemudi fikiranmu yang pernah suatu hari dulu sihat dan bersih dari segala noda. Jika terlajak perahu masih boleh diundur! Tiada istilah terlalu lambat. Allah swt kan Maha Penyayang. Berdoa dan bertaubatlah, sungguh Dia akan mengampuni dirimu yang telah lama terlajak.

p/s: jangan tak tahu malu.
Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.