4.25.2011

ketawa & hati

seminggu yang lepas, penulis menghadiri majlis graduasi salah seorang senior yang sudah lama penulis nanti-nantikan. yelah, penulis ni sangat tak sabar nak graduate dah, korang takkan tak rasa benda yang sama kalau kakak-kakak, abang-abang korang dah nak graduate?

tapi maklumlah, penulis baru sahaja 2nd year di bumi Adelaide ni, mestilah ikut setiap step by step dalam mengejar segala impian di negeri orang.

assalamualaikum :)

tetapi pada hari itu, penulis tersentak sendirian. mungkin ada dua-tiga manusia sahaja yang perasan kepada lainnya penulis semalam. entah, penulis rasa sangat bersalah pada diri sendiri dan juga Dia. sudah banyak kali penulis berjanji untuk tidak terbawa-bawa dalam pergaulan, tetapi bagi penulis semalam, penulis agak keterlaluan dalam berbicara. berjenaka tidak henti-henti. bergelak ketawa tanpa batasannya. bunyinya penulis terlalu sangat menghukum diri penulis sendiri, tetapi penulis telahpun berjanji dengan diri sendiri supaya lebih sopan dalam adab berbicara.


but then again, its not just about me alone, its about everyone else too.


entri kali ini bukanlah untuk menghukum penulis semata-mata, tapi sebagai ingatan dan pengajaran kepada semua orang. gelak yang berlebihan itu sensungguhnya dapat mematikan hati.

adab pergaulan dan ketawa

ketahuilah, dalam kehidupan seharian, kita sangat digalakkan untuk bersederhana dalam setiap perkara. ha, termasuklah jugak dalam bergembira dan bergurau senda. bukannya agama suci Islam yang dibawa kita ini mengharamkan kita untuk bergembira, mahupun untuk bergurau senda dan menjadikan korang down, sedih serta merta kerana tidak dapat bergembira.Tetapi indahnya Islam itu terletak pada kesederhanaannya dalam setiap perkara supaya kita tidak berlebihan dan terlupa akan sesuatu yang jauh lebih penting, iaitu kehidupan akhirat sana!

sesungguhnya, perasaan gelak itu telah diciptakan sendiri oleh Allah swt.

"Dialah dzat Allah yang menciptakan tertawa dan menangis". An-Najm: 43

sifat tertawa adalah sifat yang sudah lama tercipta oleh Allah swt dan bukannya suatu sifat yang telah ditolak bulat-bulat dalam kewujudaannya. ia menjadi terkutuk apabila dilakukan secara keterlaluan dan berlebihan. penulis mengaku dalam pergaulan seharian, kadang-kala penulis hilang pertimbangan dan terbawa-bawa dalam bergurau senda. Rasulullah saw, pernah bersabda;

"Demi Dzat yang diriku berada di tanganNya seandainya kalian mengetahui seperti apa yang aku ketahui, niscaya kalian pasti akan sedikit tertawa dan banyak menangis." (Silsilah Hadits Shohihah)  
"Janganlah kalian banyak tertawa, sebab banyak tertawa menyebabkan hati menjadi mati". (Shohih At Targhib)

kenapakah hati dikatakan mati ketika kita-kita ni semua sedang bergelak ketawa tanpa henti?

apabila kita sedang gelak ketawa, di hati kecil kita sudahpun lalai dari mengingati Allah swt dan kehidupan seterusnya, iaitu mati, saat di mana kita akan dihidupkan kembali. sesungguhnya gelak yang berlebihan akan menutup hati kita untuk mengingat Allah swt dan apabila itu berlaku, kita mudah terjebak untuk melakukan perkara yang lain. segeralah kita mengucapkan istighfar!

tidak salah untuk bergelak ketawa, cuma kita sentiasa harus tahu segala batasannya yang ada. cuba kita contohi akhlak Rasulullah saw. Suatu hadis dari Aisyah r.a;

Aku belum pernah melihat Rasulullah terbahak-bahak hingga kelihatan lidahnya, namun beliau hanya tersenyum” (HR. Bukhari dan Muslim).

Apa yang kita dapati dari hadis ini, Rasulullah saw hanya tersenyum dalam setiap perkara dan tidak pernah tertawa sehingga melampaui batas. Sifat Rasulullah saw itu yang sentiasa bersederhana dalam setiap perkara membuatkan baginda disegani ramai manusia yang hidup di sekelilingnya. Bukan mudah bagi kita, hamba Allah swt yang biasa yang imannya kadang kala turun naik bagaikan skala seismograph yang cuba sedayaa upaya untuk menduga hadirnya gempa bumi.

“Siapa yang melihat baginda pada pandangan pertama, tentu merasa enggan berpaling dan siapa yang bergaul dengan baginda, pasti mencintainya. Ada seorang menyebut, “Aku tidak pernah melihat orang sepertinya, sebelum dan sesudahnya.” (Riwayat Bukhari, Tirmizi, Ibnu Majah dan Ahmad).

Ini adalah Rasulullah, manusia yang dipilih sendiri oleh Allah swt untuk membawa panji-panji agama Islam, seorang yang sangat hebat. tetapi adakah itu alasan untuk tidak mencuba sama sekali untuk meneladani sifat-sifat yang terpuji nabi?

Mungkin susah untuk dimulakan pada awalnya. Mungkin juga kita akan sering terlupa. tetapi sesuatu yang susah akan menjadi mudah jika dilakukan bersama. salinglah kamu semua menasihati antara satu sama yang lain, mudah-mudahan Allah swt merahmati kamu. kawan yang baik akan mengajakmu untuk berbuat baik setiap masa, menegurmu dalam ketika kamu lalai mengingati Allah swt. ketika kita sedang lalai dalam pergaulan, bertawa bagaikan tiada henti, disitulah peranan kawan untuk memberi tahumu untuk berhenti.


Contohilah akhlak terpuji Rasulullah dalam pergaulan dan ambillah segala sirah para nabi dan sahabat sebagai sempadan untuk menjalani kehidupan.

P/s: Tidak semua yang zahir itu nyata.
Categories:

0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.