First post bersempena dengan pelancaran nama domain yang baru berserta layout yang bagi penulis, tersangatlah menarik. (korang ada ke gamba header slide-slide? :P) kenapa iniakmalg.com? adakah penulis bersekongkol dengan inianwarhadi.com (masakan encik AnwarHadi mempunyai blog berdomainkan sedemikian? tidak terlintas lansung di pemikiran penulis untuk mengambil, mengadaptasi dan mencetak nama mana-mana pihak, even for the fact that I am personally friends with Mr Anwar himself, since primary school, which I can't leak which school we had attended before. Apapun, post ini bukan pasal nak clarify this naming issues and so on, but to tell you something nice for all of us to ponder.
The Path Less Traveled by *pinkparis1233 |
Sebenarnya, penulis hanya mahukan secalit mimik muka yang penuh dengan kefahaman. Senang kata, penulis ingin sampaikan sendiri apa yang penulis fahami tentang dakwah kasih sayang yang dicurahi sepanjang tahun semasa penulis sendiri masih mentah, sementah pohon yang baru hendak mekar bunganya. Penulis tidak akan tergesa-gesa dalam mencapai objektif penulis. Langkah harus disusun biar teratur dan mudah untuk melaksanakan setiap lagnkah yang perlu dilaksanakan. Mengapa perlu tergopoh-gapah dalam berjalan, sedangkan perjalan kita masih panjang dan sepanjang perjalanan itu, mustahil bagi kita untuk menduga sebarang perkara yang bakal berlaku? Langkah yang cermat, memastikan peluang untuk membuat kesalahan dalam mencapai objektif kurang, dan jika timbul sebarang masalah, tindakan yang proaktif dapat diambil dengan segera.
Jika kita ingin memberikan sesuatu kepada seseorang, bukankah kita semestinya mempunyai 'sesuatu' terlebih dahulu?
Jika penulis ingin menyampaikan kefahaman penulis kepada adik-adik yang sedia untuk menerima, penulis mestilah terlebih dahulu memahami 'kefahaman' itu. Tidak ada gunanya, malah memudaratkan jika kita cuba mengajarkan sesuatu kepada orang yang lain sesuatu perkara yang kita belum pasti akan betul atau salahnya. Bayangkan jika kita cuba mengajarkan adik kita cara-cara untuk memperbaiki radio yang rosak dan kita sendiri belum tentu paham selok belok circuit dan electrical stuffs and lingos yang digunakan untuk memperbaiki radio yang sedia adanya rosak itu? Boleh jadi radio itu kekal rosak seadanya, ataupun kerosakannya akan bertambah serius, sehingga tidak dapat dihidupkan lansung.
Radio by ~RHWW |
Kita dianugerahkan oleh Allah swt dua organ yang kedua-duanya digunakan untuk memahami sesuatu perkara. Otak dan juga Hati, dan tidak, bukan organ hati yang bertujuan untuk merembes enzim-enzim. Kefahaman manusia ditentukan hati dan bukannya 'otak' manusia.
Al-A'raf 7:179 |
"Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai."
“Sesungguhnya di dalam diri manusia itu ada seketul daging. Apabila daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota. Dan apabila daging itu rosak, maka rosaklah seluruh anggota, ketahuilah itulah hati.” (Hadith riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim.)
Mereka mempunyai hati, tapi tidak mahu memahaminya.
Penulis yakin, kamu semua mempunyai hati, seketul daging yang jika baik, baiklah seluruh anggotanya, dan sebaliknya. Hati yang ada, jangan dicemari dengan perkara yang kotor dan jijik, kerana itulah anggota yang paling penting dalam memahami perkara yang penulis ingin sampaikan. Bersihkan hati yang sudah lama berhabuk terabai, dan gunakanlah ia untuk memahami apa yang tidak tercapai oleh akal mu itu.
p/s: kefahaman buat semua.
0 coretan:
Post a Comment
This box must be used with care.