5.30.2011

Kembali Terasing

Assalamualaikum,

Its been a very busy week for everyone I'd say including me too. Sibuk itu dan sibuk ini, sehinggakan tiada masa sangat untuk menulis. mungkin juga lebih kepada tiada isi yang mahu ditulis?  :) Minggu peperiksaan, nak buat camne ye dok? Sesiapa yang bergelar pelajar lah, tak kisah la muda ke, yang beranak pinak ke, semua pasti sibuk mengulang kaji pelajaran, ataupun menyiapkan assignment bagi mereka yang bergantung kepada internal marking semata-mata.

Dalam kesibukan kita mengerjakan dunia, pernahkah kita duduk seketika dan merenung kembali suasana dunia sekarang?


Mungkin jarang, dah kata pun sibuk, bilalah nak duduk fikir pasal dunia. Daripada fikir pasal dunia, baik fikir pasal hal sendiri. Hal sendiri pun tak selesai-selesai lagi, buat apa nak sibuk-sibuk hal manusia lain? Settle masalah sendiri baru la boleh settlekan masalah umat ke, negara or even dunia sekalipun takde hal punya.

Hish, mana boleh macam tu.

Are you not part of this ummah too?

Hey, I don't see where you are going with this conversation.

Penulis nak tanya soalan, tak perlu jawab kuat-kuat, dalam hati pun jadilah. Kalau kuat-kuat nanti, orang sebelah tengok dengan pandangan kurang senang dengan kita pulak. Tak waras ke ape? (terkenang pengalaman di computer suite law library.)


Ada adik? Kalau takde buat-buat ada macam penulis. Bayangkan adik tu korang sayang sangat, yelah jaga dari kecik lagi, membesar sama-sama, kiranya memang sayang habislah dekat si adik ni. Sekarang, bayangkan adik yang korang sayang selama ini, terjebak dalam satu gejala, nak lagi extreme, 2-3 lagi gejala. Dadah, merempit, dan sebagainya. Agak-agak apa perasaan korang? Marah, kecewa, sedih, dan ingin BERBUAT sesuatu? 

Kenapa terjebak? Masalah umat sekarang adalah umat makin jauh dari agama, dari Islam. Sedetik mereka lalai, sedetik lagi dalam mereka menggali lubang kemaksiatan diri sendiri.

Korang tak rasa sekarang sebab?
-korang takde adik, mahupun abang atau kakak.
atau
-adik-beradik korang clean as whistle.

Tapi cuba renungkan seketika. Mereka, remaja kita yang sering kali keluar masuk akhbar tu. Mereka tidak ada keluargakah? Tidak ada ibu dan ayah, kakak dan abang mahupun adik? Betul, mereka tu anak orang, adik orang, abang atau kakak orang.

"Orang lain tu, selagi tidak berbin atau bintikan dengan nama ayah aku takpelah. Bukan masalah aku pun."

Tapi, fikirkan dengan lebih halus lagi. Kalau adik/abang/kakak orang lain boleh terkena, masakan adik/abang/kakak aku sendiri immune? Entah esok, diri sendiri pun terjebak sekali.

Lagi menyedihkan, mereka yang terjebak itu beragama Islam, agama yang cukup indah, mengajak para penganutnya supaya berbuat kebaikan dan meninggalkan segala bentuk kejahatan. Islam sekarang terasing kepada kita semua. Lahir sahaja dalam keluarga Islam, diberikan pula nama-nama yang indah dan cantik-cantik. Malangnya, pendidikan agama tidak ditekankan ataupun lebih teruk lagi tidak pernah ditekankan langsung kepada anak-anak. Tambahan pula di dunia yang serba sekular ini, Islam tidak lagi relevan sama sekali kepada mata masyarakat kita, dan lagi menyedihkan, ada yang berpendapat, jikalau terlalu taksub mengikutinya, kita akan ketinggalan dan menjadi sebuah negara yang mundur.


Cukup sedih melihat keadaan umat kita.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, "Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang orang yang asing"Hadis riwayat Muslim

Dakwah yang dimulakan Nabi Muhammad SAW adalah dalam keadaan yang asing, di mana era jahiliah sedang berleluasa. Masyarakat cukup jauh menyimpang dari ajaran Islam yang sebenarnya. Di ketengahan kerosakan masyarakat itulah, Rasulullah SAW memulakan dakwahnya. Baginda mengajak manusia kembali kepada agama yang benar, yang mengtauhidkan Allah swt dan pada fasa permulaan hanya beberapa manusia sahaja yang bersama-sama dengan ajaran baginda.


Dakwah pula dikembangkan dengan lebih pesat dengan pembukaan kota Madinah dan seterusnya, diteruskan oleh Khulafa Ar-Rasyidin, setelah kewafatan baginda. Agama Islam disebarkan di seluruh tanah arab dan beberapa lagi negara jiran. Kemudian disambung lagi oleh Zaman Umaiyyah, Abbasiyyah, dan Turki Uthmaniyyah. Ketika itu Islam berkembang dengan begitu pesat dan merupakan sesuatu cara kehidupan yang telah sebati dalam kehidupan seharian manusia ketika itu.

Tetapi lihatlah dunia sekarang, sejarah hanya tinggal sejarah buat kita.


Terlalu banyak yang menyimpang jauh. Terlalu banyak yang tidak tahu menahu tentang Islam yang bagi mereka, agama turun termurun. Kehidupan dan Islam tidak lagi relevan, dan Islam hanyalah relevan ketika mereka mahu berkahwin, mahu mengkebumikan seseorang dan seterusnya.  Tinggallah ajaran Nabi kita di dalam masjid-masjid dan juga surau-surau. Bila perlu baru cari. Bila tak perlu, ditinggalkan. Mana boleh begitu, risalah ini tanggungjawab bersama.

Andai kata kita mati esok hari, apakah jawapan kita kepada Dia yang Maha Esa jika ditanya apa bakti yang telah ditaburkan terhadap agama Islam? Yang pasti, penulis mahu menjawab bukan sekadar dengan kata-kata, tapi juga dengan keringat, sakit-perit penulis untuk menyebarkan dakwah ini sebaik mampu.
Categories:

4 comments:

  1. jzkh kh. peringatan yg bermanfaat. apsal nizam cam xpernah tau kewujudan blog ni? rahsia ke sblm ni? huhu

    ReplyDelete
  2. oh biasa je. hehe

    nizam: lama dah ada. nizam je tak tahu.

    ReplyDelete

This box must be used with care.