7.22.2012

Kisah Jacaranda Kita, Episod 4: Kerana Kasut?



"It's $4.30 for one-day trip ticket."

Pemandu bas berambut coklat menghulurkan tangannya.

"Yes, please."

Aidil mengeluarkan beberapa wang syilling dari dompetnya dan diserahkan kepada pemandu tua itu. Razif yang dibelakangnya mengeluarkan sejumlah wang yang sama untuk membeli tiket yang dibeli Aidil. Ubaid dan Ifwat masing-masing mengeluarkan tiket kecil berwarna hitam lalu dimasukkan ke dalam mesin pengimbas tiket.

"Adelaide metro ni guna dua tiket. satu untuk time peak, satu lagi untuk time off-peak." Ubaid menerangkan kepada kami berdua dengan penuh semangat, sangat bersemangat sehinggakan matanya tidak berkelip. Ifwat hanya mengangguk-angguk sahaja menandakan dia setuju.

Cuaca pada pagi itu sangat tenang dan trafiknya juga sangat lancar, seolah-olah tidak akan berlakunya sesuatu yang bakal menganggu perjalanan hari ini. Walaupun begitu, perancangan Allah swt lebih berkuasa terhadap segalanya. Suasana dalam bas itu bercampur. Ada yang sedang asyik membaca buku, tidak kiralah buku yang diperbuat dari kertas dan ink ataupun e-book. Tidak lupa juga mereka yang sedang rancak bersembang. Di sudut kiri bas penuh dengan remaja yang berpakaian lengkap uniform sekolah. Dan di sudut kanannya pula ada beberapa kelompok manusia yang mengenakan pakaian kemas yang sesuai untuk dipakai ke tempat kerja.

Aidil melihat dirinya yang hanya mampu berpakaian biasa-biasa, tidak seperti sahabatnya, Razif yang mempunyai kemampuan untuk berbelanja mewah, terutamanya pakaiannya yang hanya berjenama sahaja. Tiba-tiba perasaan cemburu yang kuat mula menyelubungi segenap ruangan hatinya tanpa Aidil sedari.

"Bersyukurlah!" gertak si hati.

Aidil tersentak dari lamunannya.

لاَ حَسَدَ إِلاَّ فِى اثْنَتَيْنِ رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالاً فَسُلِّطَ عَلَى هَلَكَتِهِ فِى الْحَقِّ ، وَرَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ الْحِكْمَةَ ، فَهْوَ يَقْضِى بِهَا وَيُعَلِّمُهَا

Teringat dia akan kata-kata seorang murabbinya ketika dia masih di sekolah menengah. Ustaz Mustafa bukanlah seseorang yang boleh dilupakan begitu sahaja kerana kehadirannya sangatlah membawa impak yang besar kepada para pelajar. Seorang murabbi yang sejati, meninggalkan jejak di dalam hati setiap manusia yang pernah bertembung dengannya. Senyumannya dapat memaniskan kembali muka yang hambar. Kata-katanya yang lembut terus menyelinap ke dalam jiwa dan tidak dibuang begitu sahaja. Itulah Ustaz Mustafa yang dia kenali selama ini.

"Aidil, kita tak boleh iri hati dengan sahabat kita tak kisahlah dia kaya ke, handsome ke, pandai main bola ke..tak elok..bukan sifat orang mukmin tu!" Ustaz Mustafa melabuhkan punggungnya di sebelah Aidil.

"Tapi, saya pun buat benda yang sama, kenapa orang lebih hargai apa yang dia buat berbanding saya?" Aidil yang sedang berpakaian prepnya menjawab kembali. "Mentang-mentanglah saya anak orang biasa-biasa saja."

Ustaz Mustafa menghela nafas panjang sambil berdiri.

"Macam ni lah Aidil. Nabi Muhammad SAW pernah bersabda,

Tidak boleh hasad (ghibtoh) kecuali pada dua orang, yaitu orang yang Allah anugerahkan padanya harta lalu ia infakkan pada jalan kebaikan dan orang yang Allah beri kurnia ilmu (Al Qur’an dan As Sunnah), ia menunaikan dan mengajarkannya." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)."

"Kamu rasa mana yang lebih elok, orang yang kaya tapi kekayaannya dibiarkan sahaja atau orang kaya yang banyak bersedekah?"

Aidil terdiam sebentar. Mungkin ada sesuatu yang ingin disampaikan oleh murabbinya itu.

"Mestilah yang banyak infakkan hartanya tu." Aidil hanya menjawab ringkas.

"Lebih baik kita iri hati dengan mereka yang banyak menginfakkan harta dan mereka yang banyak berbakti ke jalan Allah swt. InsyaAllah, akan terbit di dalam hati perasaan untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan nanti. Bukankah kita diajar untuk berlumba-lumba dalam kebaikan?"

"Tak mengapa biasa-biasa saja di dunia ni Aidil, janji kita tidak fakir di akhirat kelak." Ustaz Mustafa bangun  sambil senyuman terukir di bibirnya.

"Dah gi mintak maaf dengan budak tu.."

Bus terhenti dengan serta merta lalu mengejutkan Aidil dari lamunannya.

"Hai, lamanya termenung dekat kasut aku. Kenapa, nak pinjam ke?" Razif tersengih-sengih melihat telatah Aidil.

"Takpelah, macam mahal je.." Aidil menolak tawaran itu.

"Nanti kalau nak pinjam, cakap jelah. Boleh je. Takdelah mahal mane.. Chow Kit je ni.." Razif ketawa kecil sambil tersenyum menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu.

Aidil hanya tersenyum dan mengangguk menandakan dia setuju dengan tawaran sahabatnya itu.

"Eh korang! Dah nak sampai dah ni.. Tekan loceng tu please!" Ubaid lantas bangun dari tempat duduknya.

Ifwat dengan segara bangun dan mencapai tangganya ke butang merah yang mempunyai simbol loceng ditengah-tengahnya. Dan mereka berempat pun meluru keluar di perhentian yang seterusnya iaitu di tengah-tengah kota Adelaide.



0 coretan:

Post a Comment

This box must be used with care.